Bapa raikan hari lahir anak istimewa hidap Cerebral Palsy dengan aktiviti lasak. Kasih seorang bapa. Meskipun mempunyai anak menghidap penyakit Cerebral Palsy Quadriplegia yang terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga, ia tidak menghalang seorang bapa membawa ‘anak syurga’ itu menyertai aktiviti lasak.
Bapa Raikan Hari Lahir Anak Istimewa Hidap Cerebral Palsy Dengan Aktiviti Lasak
Menurut Wira Sudepja Rabu, 49, bahkan setiap tahun pada bulan September dia akan menyambut hari lahir anaknya, Nur Wadihan,16 dengan menyertai misi kayuhan ketempat yang mencabar.
Katanya, antara aktiviti berbasikal yang telah disertai mereka adalah berbasikal Bukit Fraser, menjelajah bukit seperti Bukit Miku Negeri Sembilan; Bukit Sungai Como, Terengganu; Gunung Jerai, Kedah dan penutup di Bukit Wang Kelian Perlis selain menyertai Half Marathon 21 kilometer.
“Tahun ini adalah tahun ke sepuluh sertai aktiviti larian dan berbasikal. Sememangnya setiap minggu kami bersama kelab Bikeisable sebagai salah satu sistem sokongan untuk komuniti.
“Saya suka bawa Dihan keluar hanya untuk mengembirakan dia. Hidup ini satu medan ujian, setiap kita ada bahagian masing-masing,” ujarnya.
Ads
Bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dari kecil hingga umur enam tahun, anaknya hanya menghabiskan masa di hospital.
Jelas beliau, ketika itu anaknya kerap ditahan di wad kerana penyakit yang dihadapi.
“Setelah kesihatan agak stabil, saya cuba bawa keluar dan beriadah. Hingga satu hari berselisih dengan kumpulan berbasikal dan Dihan ketawa.
“Ini menjadi pencetus kami berbasikal dan kemudian berlari. Hari ini ia sudah menjadi rutin kami sekeluarga.
Wira Sudepja turut berkongsi bahawa anaknya akan terlantar seperti bayi berusia empat bulan sepanjang hayat.
“Oleh itu, hargai setiap detik yang ada bersama anak syurga kerana kita tidak tahu berapa lama yang kita ada.
Ads
“Moto kami hidup bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga luar biasa,”ujarnya.
Bagi yang pertama kali menjejak kaki ke Madinah tentunya teruja untuk melihat kota bersejarah ini.
Salah satu lokasi yang menjadi tumpuan ramai adalah Masjid Nabawi. Masjid ini lokasi berada tepat di tengah-tengah kota Madinah, dengan beberapa hotel dan pasar-pasar yang mengelilinginya.
Masjid Nabawi merupakan masjid ketiga yang dibangun dalam sejarah Islam dan kini menjadi salah satu masjid terbesar di dunia. Masjid ini menjadi tempat paling suci kedua dalam agama Islam, setelah Masjidil Haram di Mekkah. Masjid ini dibuka setiap hari.
Perkongsian seorang jemaah yang berkunjung ke Masjid Nabawi meraih perhatian ramai apabila memaparkan beberapa gambar seolah-olah mayat merata di Masjid Nabawi.
Hakikatnya, ia adalah persekitaran yang biasa di lihat oleh masjid berkenaan apabila ramai yang tidur dengan menutup keseluruhan badan.
TERKEJUT INGAT MAYAT
Saya dan isteri dalam perjalanan naik ke dataran Masjid Nabawi daripada tempat parking bawah tanah. Waktu ini sekitar jam 2.30 pagi.
Bila sampai di tangga ini, beliau teragak-agak nak naik tangga ini ke tak, nak naik ke tak.
“Abang, orang mati ke tu?!”
Patut lah teragak-agak. Beliau fikir itu mayat rupanya.
Biasa lah kalau Masjid Nabawi & Masjidil Haram, tidur je lah mana-mana pun. Selagi tak halang laluan orang & tak ada ada yang halau, ikut suka hati lah nak tidur di “hotel” mana satu.
Tapi, kena hati-hati! Risau tengah sedap-sedap tidur tak perasan pakaian terselak.
Pernah lah isteri saya tiba-tiba bisik;
“Abang, pergi tegur lah mamat tu!”
Ingat kan apa, rupanya ada seorang mamat ini elok tidur tengah-tengah dataran masjid Nabawi dalam keadaan pakaiannya tak berapa sempurna tutup. Dah lah waktu itu tengahari buta. Orang lain elok lalu lalang situ
Kalau selubung macam dalam gambar gini, selamat lah sikit. Cuma yang first time tengok, jangan terkejut pula ingat mayat merata-rata!
Uwais Madinah
Malaysian in Medina.
Sumber: FB Madinah Di Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Justeru, asuhan baik, sopan santu didik sejak kecil agak cakna dalam diri.
Begitu juga yang diterapkan oleh pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Azreen yang turut mendidik anaknya mengenai nilai-nilai kemanusiaan.
Terbaharu menerusi muat naik di Instagram Hairul Azreen, memaparkan video kenangan anak sulungnyya Yusof Iskandar memberi sedekah ketika di Mekah suatu ketika dulu. Malah video ini pernah meraih lebih 1 juta view.
Video kembali viral dngan lebih 400,000 view. Rata-rata warganet memuji sikap pasangan suami isteri ini yang cakna mendidik anaknya.
Malah ada yang mendoakan Yusof menjadi anak yang soleh.
Mekah Memories..
Salam Ramadan from @theyusufiskandar
Cepat betul masa berlalu, terasa baru semalam ada antara kita menghantar anak-anak ke sokolah tadika dan tidak sangka hanya berbaki beberapa minggu lagi anak-anak ini akan melangkah ke darjah satu pula.
Sebagai ibu bapa, sudah bersediakah anda untuk melepaskan anak jagaan anda untuk memasuki alam persekolahan? Begitu juga jika ditanya tentang persiapan kita untuk memastikan anak selesa dan biasa di minggu-minggu pertama persekolahan.
Jika masih ragu apa yang perlu dibuat, perkongsian posting fb daripada seorang cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Asmadi Samad ini boleh dijadikan panduan.
1. Tuliskan nama bagi setiap barangan peribadi anak-anak terutama barangan berikut:
– Kasut sekolah
– Alat tulis seperti pensil, pembaris, gam dan pensil warna
– Botol air dan bekas makanan.
– Dompet atau beg menyimpan wang saku.
Nama perlu ditulis untuk memastikan barang-barang ini dapat bertahan lama, tidak hilang atau tertukar dengan murid-murid lain. Ia juga membolehkan barangan ini ditemui semula jika hilang.
2. Latih anak-anak menggunakan dompet untuk menyimpan wang saku. Murid-murid sering tercicir wang saku di sekolah. Murid sekolah rendah adalah sangat jujur. Mereka akan menyerahkan dompet atau wang yang dijumpai kepada guru-guru. Lebih mudah untuk mengesan pemilik dompet yang ditemui berbanding wang yang ditemui begitu sahaja tanpa diisi di dalam dompet.
3. Latih anak-anak mmemberanikan diri meminta izin untuk ke ke tandas. Beri contoh ayat yang jelas dan ringkas kepada mereka contohnya,
“Cikgu, nak pergi tandas” atau “Cikgu, nak kencing”.
4. Latih anak-anak mengurus diri sewaktu ke tandas. Untuk anak lelaki pastikan mereka boleh membuka tali pinggang sendiri dan memasangnya semula. Berhati-hati bila memakaikan tali pinggang kepada mereka. Jangan terlalu ketat sehingga mereka tak mampu membukanya sendiri. Selalu juga berlaku anak lelaki terbuang air di dalam seluar kerana gagal membuka tali pinggang yang diikat terlalu kemas.
Yang ni agak ‘sensored’. Tapi sangat perlu dititikberatkan untuk mengelakkan kecederaan. Tapi lupa nak bagitahu semasa taklimat tadi. Anak-anak lelaki perlu dibiasakan memakai seluar dalam dan berhati-hati dengan zip seluar. Kerap kali kecederaan berlaku pada bahagian sulit mereka kerana tidak berhati-hati sewaktu menutup zip seluar. Kecederaan boleh diminimakan dengan memakai seluar dalam.
5. Pastikan anak anda menyimpan nombor telefon anda dan pasangan anda untuk dihubungi. Nombor telefon tersebut boleh di tulis pada beg sekolah atau disimpan dalam dompet anak-anak. Tulis nama penuh anak dan nombor telefon untuk dihubungi pada beg sekolah anak-anak. Ini kerana pada awal-awal musim persekolahan seringkali juga berlaku beg sekolah ditinggal di merata-rata tempat terutama di kawasan menunggu. Ia juga membantu para guru menghubungi ibubapa sekiranya berlaku kecemasan di luar waktu pejabat.
Semoga perkara di atas dapat membantu rakan-rakan sekalian mempersiapkan anak-anak untuk menempuh alam baru dalam siri perkembangan kehidupan mereka. Dan kita jadikan alam persekolahan sebagai fasa yang paling bermakna dalam kehidupan mereka.
Sumber : Asmadi Abdul Samad
XPDC Darjah 1.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.