“Bapa Pesan Kena Ada Di Sisi Isteri Bersalin.” Bakal Timang Baby Girl, Elisya Sandha Suka Membaca & Suami Gementar

Share

Pelakon Elisya Sandha berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin 16 Jun depan.

Berita tersebut dikongsikan pasangan sama cantik sama padan ini usai mengadakan majlis baby shower.

Pemilik nama sebenar, Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh kehamilan dia mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.

“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar.

“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat.

“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Uzair Haqimy atau mesra disapa Haq mengakui gementar namun sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang ayah.

“Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak darah.

“Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Sebab dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nyawa ketika bersalin.

“Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” kata anak kepada pelakon dan pengarah terkenal Sheila Rusly.

Elisya dan Haq berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

 

 

 

 

Sumber:


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club