Memasuki Fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai karenah dan perangai orang ramai yang dilihat sepanjang ia dilaksanakan. Ada yang mendengar arahan dan hanya berada di rumah. Tak kurang yang memberikan pelbagai alasan dan keluar rumah walaupun arahan sudah diberikan.
Natijahnya, ramai yang ditangkap dan dikenakamn denda. Namun, kisah seorang bapa yang membayarkan kompaun untuk anaknya cukup menyentuh hati. Dia dikatakan terpaksa mengorek duit tabung demi membayar denda tersebut.
Kisah ini dimuat naik oleh saudari Siti Rohaiza. Moga kisah ini menjadi pengajaran buat anak-anak di luar sana dalama menghormati dan mengikut arahan dari pihak berkuasa.
Terima bayaran kompaun pagi tadi dr seorang bapa… Yang kena anaknya berumur 18 tahun. .. Kenapa ada duit syiling??? Knp guna duit RM1.. Jenuh iza nak mengira pagi td… Bila ditanya… Jawapannya “KOREK TABUNG” 😥😥😥 sentap hati ni dengar… 😰😰
Wahai anak2 sekalian terutama yg masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah.. Janganlah mengada2 nak lepak2 dengan kawan2 bagai… Jangan mengada2 konon2 tunjuk hero naik motor merayap sana sini… Sekali kena nah ko susahkan mak pak… Korang ingat senang nak cari duit???
Please duduk rumah
Stay at home
#sentappagini
#kitajagakita
#stayathome