Selebriti yang juga pereka fesyen tersohor ini sering berkongsi cerita yang mencuit hati netizen.
Sikap selambanya membuatkan rata-rata netizen terhibur.
Terbaru, Datuk Rizalman Ibrahim menarik perhatian wargamaya apabila melakukan kerja daripada rumah sambil menyuap anaknya makan.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik beberapa video kerja daripada rumah (WFH) untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian tersebut, Rizalman bersama dua anak angkatnya, Umar Nail, 18, dan Aali Nail, 8, dilihat menikmati hidangan nasi kacang bersama rendang kelempong.
Apa yang membuatkan ramai tercuit hati bila mana melihat datuk Rizalman tidak kekok dulu bersila di atas lantai yang beralaskan tikar mengkuang.
Sambil menyuap Aali, Datuk dilihat melayan panggilan persidangan bagi membincangkan perihal kerja.
Rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi WFH Rizalman bersama dengan anak-anaknya.
Sumber: rizalman71