Bapa Dukung Bayi 5 Bulan Sepanjang Naik Bukit Tanpa Baby Carrier, Buat Ramai Kagum!

Share

Zaman sekarang dapat dilihat ramai ibubapa terutamanya yang masih muda sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan bukit. Ini kerana ia merupakan aktiviti yang sering mereka sertai sejak dasri zaman bujang. Malah ada juga yang bertemu jodoh sewaktu menyertqi aktiviti ini.

Seperti sudah menjadi satu trend, sewaktu hujung minggu sahaja ramai yang menghabiskannya dengan aktiviti ini. Malah bagi yang mempunyai kumpulan sendiri, mereka gemar menjelajah seluruh gunung atau bukit di Malaysia demi kepuasan peribadi.

Bagi yang sudah berkeluarga, ada juga menjadikan ini sebagai aktiviti keluarga. Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, pendedahan kepada tumbuhan dan alam menjadi misi utama ibu bapa pada anak-anak.

Baru-baru ini, viral di laman media sosial TikTok apabila seorang bapa yang dikenali sebagai Muhammad Furqan Othman dilihat melakukan aktiviti pendakian ini dengan membawa anaknya yang berusia 5 bulan tanpa menggunakan pengendong atau baby carrier.

[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

Bayi yang berusia 5 bulan bernama Marissa Faitihah Hana dilihat sangat tenang dan tidur sepanjang pendakian tersebut. Hanya melekap kemas di badan bapanya.

Tambah si bapa ini lagi di dalam video perkongsian, anaknya itu akan menangis jika bapanya berhenti lama ketika pendakian. Hal ini menyebabkan mereka meneruskan jalan pendakian dengan lancar.

Apa yang menariknya, bayi tersebut akan mudah menangis apabila berada di dalam rumah berbanding berada di kawasan luar yang lebih tenang dengan alam.

Furqan berkata dia juga pernah membawa anaknya itu mendaki ke tempat paling tinggi seperti di Bukit Broga dan turut mempunyai perancangan ke Gunung Angsi dan Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan.

Dalam ruangan komen, ramai warganet yang kagum dengan Furqan kerana bukan mudah untuk mengendong bayi untuk melakukan aktiviti ini namun ada juga yang menasihatkannya agar berhati-hati sewaktu menjalani pendakian kerana risau bayi terjatuh kerana jalan licin ataupun tiba-tba meragam di dalam hutan.

Ada juga yang teruja dengan apa yang dilakukan ini dan ingin cuba melakukannya bersama anak-anak.

@syareelizamali Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.. 🫡 #nature
#hiking #healing #forest #bukitgasing #petalingjaya #selangor #malaysia #fit #fitforlife #fypシ #fyp ♬ original sound – SIA

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club