Bapa Dedah Tak Tahu Allahyarhamah Adibah Noor Sakit Kanser – “Saya Pergi Hospital. Dia Tak Beritahu Apa-Apa”

Share

Pemergiannya mengejutkan ramai, Allahyarhamah Adibah Noor dipercayai turut merahsiakan penyakit kanser Ovari yang dihadapinya daripada pengetahuan keluarga termasuk bapanya sendiri.

Memetik laporan Utusan, bapanya, Mohd. Omar Zainal Abidin berkata Allahyarhamah tidak pernah memberitahunya mengenai penyakit tersebut.

“Tak tahu. Dia tak beritahu. Saya pergi hospital. Dia tak beritahu apa-apa. Saya hiba. Tak ada apa yang nak dikatakan lagi, Allah SWT dah pilih dia,” katanya.

Dia juga menyifatkan anak ketiganya itu sebagai seorang yang baik dan peramah.

“Dia anak saya nombor tiga. Seorang yang taat. Pada saya, dia okey,” ujarnya lagi.

Sementara itu, abang kepada Allahyarhamah berkata adiknya ada memaklumkan mengenai penyakitnya sekitar beberapa bulan yang lalu.

“Arwah maklumkan kepada kami agak lambat. Kami tahu beberapa bulan lalu kerana dia sendiri dapat tahu penyakitnya agak lewat.

“Rawatan dan pembedahan berjalan lancar. Kami baru-baru ini ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.

“Khamis lalu, kami dimaklumkan arwah menjalani sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya kurang pasti.

“Dos diberikan lebih sedikit untuk membuang sel (kanser),” katanya.

sumber utusan

Terdahulu, pelakon dan penyanyi itu dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 7.30 malam di Hospital Gleaneagle, semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazahnya telah dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat serta selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Ratusan orang dipercayai menghadiri pengebumian tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan selebriti seperti Sharifah Amani, Datuk M.Nasir, Datuk Hans Isaac, Niki Palikat, Datuk Afdlin Shauki dan Linda Onn.

Sumber : Utusan Malaysia