Pemergiannya mengejutkan ramai, Allahyarhamah Adibah Noor dipercayai turut merahsiakan penyakit kanser Ovari yang dihadapinya daripada pengetahuan keluarga termasuk bapanya sendiri.
Memetik laporan Utusan, bapanya, Mohd. Omar Zainal Abidin berkata Allahyarhamah tidak pernah memberitahunya mengenai penyakit tersebut.
“Tak tahu. Dia tak beritahu. Saya pergi hospital. Dia tak beritahu apa-apa. Saya hiba. Tak ada apa yang nak dikatakan lagi, Allah SWT dah pilih dia,” katanya.
Dia juga menyifatkan anak ketiganya itu sebagai seorang yang baik dan peramah.
“Dia anak saya nombor tiga. Seorang yang taat. Pada saya, dia okey,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, abang kepada Allahyarhamah berkata adiknya ada memaklumkan mengenai penyakitnya sekitar beberapa bulan yang lalu.
“Arwah maklumkan kepada kami agak lambat. Kami tahu beberapa bulan lalu kerana dia sendiri dapat tahu penyakitnya agak lewat.
“Rawatan dan pembedahan berjalan lancar. Kami baru-baru ini ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.
Ads
“Khamis lalu, kami dimaklumkan arwah menjalani sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya kurang pasti.
“Dos diberikan lebih sedikit untuk membuang sel (kanser),” katanya.
Ads
sumber utusan
Terdahulu, pelakon dan penyanyi itu dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 7.30 malam di Hospital Gleaneagle, semalam akibat kanser ovari tahap empat.
Jenazahnya telah dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat serta selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Ratusan orang dipercayai menghadiri pengebumian tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan selebriti seperti Sharifah Amani, Datuk M.Nasir, Datuk Hans Isaac, Niki Palikat, Datuk Afdlin Shauki dan Linda Onn.
Pelakon dan pelawak terkenal, Ilya Buang Shaharum atau lebih dikenali sebagai Pakya tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mana tidaknya, umum sedia maklum dengan bakatnya dalam dunia hiburan seni yang sudah mula terserlah sejak pertengahan zaman 90-an lagi menerusi satu program realiti televisyen TV3 iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan.
Selepas sahaja mengungguli pertandingan tersebut, beliau pula mengambil tempat dalam mengetuai sebuah kumpulan lagenda yang popular suatu ketika dahulu iaitu Senario.
Kemudian, bakat Pakya dalam dunia lawak mula menyinar apabila beliau menyertai kumpulan Sepahtu ketika Maharaja Lawak Mega bersama dengan Jep dan Shuib pada tahun 2014.
Baru-baru ini tular satu video di sosial media yang memaparkan Pakya bersama seorang lagi lelaki yang seiras wajahnya sedang duduk di sebuah warung.
Ternyata lelaki yang memiliki wajah seiras Pakya itu adalah abang kembarnya sendiri yang dikenali sebagai Yang Sharkawi Shaharum.
Difahamkan, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, abang kembar Pakya adalah seorang pendidik yang juga merupakan pengetua di sebuah sebuah sekolah menengah di Perak.
Susulan itu, ramai yang terkejut dan sempat berseloroh jika Pakya menukar tempat dengan abangnya itu dalam rancangan Sepahtu Reunion, pasti penonton tidak akan perasan mengenai perkara tersebut memandangkan mereka adalah saudara kembar.
Sumber: TikTok @etiezjimy36
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kanak-kanak sememangnya sukar lebih-lebih lagi jika mereka sudah meningkat umur dan mula panjang akal. Jadi sebagai ibu bapa, kita seharusnya lebih peka dalam menjaga anak-anak lebih-lebih lagi dari faktor keselamatan.
Jangan hanya membiarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan kerana di peringkat usia ini, mereka masih belum mengerti akan erti bahaya.
Kisah kanak-kanak maut kerana terkurung dalam mesin basuh sudah banyak kali terjadi dan ini seharusnya menjadi pengajaran buat para ibu bapa semua.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita bernama Azura Sapari menceritakan detik cemasnya ketika sedang berada di sebuah kedai dobi.
Sewaktu menguruskan pakaian untuk dikeringkan, kebetulan terdapat seorang lagi ibu di sana bersama empat orang anak yang turut menggunakan mesin basuh layan diri yang lokasinya tidak dinyatakan.
Sementara menunggu pakaian siap dicuci di dalam kereta, Azura melihat kanak-kanak berkenaan sangat aktif bermain tolak bakul tanpa ditegur oleh ibu mereka yang ralit bermain telefon.
“Saya masuk baju (dalam mesin) untuk keringkan, kemudian saya masuk kereta yang menghadap bahagian dalam dobi. Jadi masa dalam kereta saya tengok budak-budak tu berlari-lari. Saya biar saja.
“Saya perasan mak mereka asyik melihat telefon. Saya tengok mak dia memang tak ada tegur atau buat apa-apa.
“Saya perhatikan anak-anak dia. Salah seorang duduk atas kerusi, dua orang sedang bermain,” ujarnya.
Pada mulanya Azura melihat salah seorang anak wanita tersebut sedang bermain buka-tutup pintu mesin basuh. Tetapi dia mula berasa bimbang apabila melihat si abang cuba mengangkat adiknya yang kecil untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.
“Ingatkan dia nak main buka tutup pintu saja. Tak terfikir pula dia nak masukkan adik dia dalam tu.
“Jadi saya pun tengok telefon semula sebab masa tu saya tengah video call dengan suami. Masa pandang semula (ke arah dobi) eh ada adik dia dalam tu.
“Saya terus keluar dan beritahu salah seorang kawan lelaki yang ada dekat dobi tu. Kawan saya pun terkejut masa tu. Selepas itu barulah wanita berkenaan perasan yang salah seorang anaknya sudah berada di dalam mesin basuh,” katanya.
Mulalah mak dia menggelepar cari telefon sampai terketar-ketar nak call. Ada juga yang cuba cari spanar untuk ketuk pintu mesin basuh tersebut.
Jelas Azura lagi, wanita itu lantas memarahi anaknya dianggarkan dalam lingkungan usia empat hingga lima tahun sebelum cuba menelefon pemilik dobi tersebut.
Mujurlah tiada sesuatu yang buruk terjadi dan mesin basuh yang terkunci itu boleh dibuka semula dengan selamat, cuma anaknya keluar dalam keadaan berpeluh akibat terkurung.
“Masa tu kita risau oksigen kurang ke apa. Lepas si ibu call tuan kedai barulah dia suruh tutup plug. Selepas beberapa minit pintu boleh dibuka,” imbas Azura lagi.
Tegas Azura, dia berharap agar kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memantau anak khususnya saat berada di tempat awam.
Ibu bapa seharusnya mengutamakan keselamatan anak-anak tidak kira di mana mereka berada kerana risiko dan bahaya sentiasa ada tanpa mengira tempat atau lokasi.
Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar buat para ibu bapa agar lebih berhati-hati dan peka terhadap anak-anak.
Anak demam, batuk dan selesema selalu buat kita rasa buntu. Ada ketikanya ubat yang diberikan doctor tidak serasi, demam dan batuk jadi berlarutan. Jangan biarkan keadaan ini.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, salah satu cara memulihkan anak yang demam, batuk dan selesema adalah menggunakan magnesium. Nak tahu macam mana? Jom ikuti perkongsian beliau.
Magnesium. Antara suplemen selamat yang ibu ayah boleh capai dulu bila anak demam, batuk, selsema. Tak perlu makan, hanya rendam dan sapu je. Baby pun boleh guna.
Lima cara guna magnesium bila anak tak sihat.
1. Macam mana nak rendam magnesium flakes?
Masukkan air suam dalam besen mandi atau bath tub anak. Ambil lebih kurang segenggam magnesium flakes, masukkan dalam bath tub tadi. Kalau baby bawah 2 tahun, letak dalam 2 – 3 sudu je dah cukup, tak perlu sampai segenggam.
2. Berapa lama nak rendam magnesium flakes?
Buat dalam 5 – 15 minit, bergantung pada kerjasama anak. Yang penting jangan stress masa rendaman. Boleh bawa mainan sikit, bagi anak seronok nak berendam sambil main.
3. Berapa kerap nak kena rendam magnesium flakes?
Kalau dapat buat 2 kali sehari, akan cepatkan lagi proses penyembuhan, insyaAllah. Kalau tak dapat. Sekali sehari pun dah ok. Masa anak tak sihat, memang kena buat tiap hari. Ejen detoks jugak magnesium flakes ni.
4. Lepas rendam kena bilas tak? Boleh jirus saja taknak rendam?
Kalau nak kesan optimum dan hasil yang cepat, cubalah rendam anak, bukan hanya jirus. Korang akan nampak, demam cepat suruh, kahak senang mencair. Beza ketara bila anak tak sihat kita buat rendaman dan tak buat rendaman.
Lepas mandi air laut kita bilas kan? Macam tu jugak magnesium. Kepekatan garam dalam magnesium ni tinggi, sebaiknya buat bilasan selepas rendaman.
5. Magnesium oil nak sapu macam mana?
Boleh sapu di tapak kaki. Sekadar 1 – 3 roll, atau 1 – 3 titis minyak, bergantung pada umur anak. Kalau baby, cukup je 1 roll atau 1 titis. Buat patch test dulu sebelum sapu. Sapu setiap malam. Bukan je imun anak makin kuat, tidur pun makin jerap dan kualiti.
Kalau anak batuk, boleh jugak sapu di dada. Kalau serasi, kejap je anak muntah kahak dengan banyaknya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.