Bapa Bebas Dari 40 Tuduhan, Anak Ahmad Zahid Luah Rasa Syukur!

Share

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan dan membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem Visa Luar Negara (VLN).

Anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah meluahkan kesyukuran berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bapanya daripada 40 pertuduhan rasuah itu.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Nurulhidayah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi menitipkan doa untuk bapanya yang juga Presiden Umno itu.

“Allahuakbar. Alhamdulillah. Segala syukur dan pujian hanya kepada Allah yang Maha Berkuasa.

“Mewakili keluarga saya, dengan rendah hati kami ingin berterima kasih kepada keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan abah,” tulis wanita berusia 44 tahun itu.

Naib Pengerusi MQ Tech itu berkata, segala kebaikan dan semangat berterusan daripada para penyokong hanya mampu dibalas Allah SWT.

“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian atas doa dan kata semangat yang tak pernah putus-putus. Aaminn,” katanya yang mesra dipanggil Kak Long.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut turut berkongsi rasa syukur selain tumpang gembira atas ‘perjuangan’ tersebut selepas bertahun-tahun bapanya menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Sumber: Instagram Nurul Zahid

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini