Bapa kepada bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru-paru kronik yang tular menaiki motorsikal beberapa hari lalu sebak menerima sebuah kereta.
Seorang pengusaha kedai outomotif dikhabarkan telah bermurah hati untuk menghadiahkan bapa ini, Mohd Azlan Ishak untuk membawa anaknya berulang alik ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Menerusi perkongsian Daniel Firdaus, dia bersyukur kerana dapat membantu keluarga kecil itu yang kesusahan untuk membawa anaknya ke hospital.
“Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada En Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi anaknya yang menghidap paru-paru kronik. Allahu, besar ujian Encik Lan, tapi Encik Lan tetap kuat,” tulisnya.
Ads
Tambahnya lagi, Azlan sebelum ini pernah mengunjungi premis miliknya untuk mencari kereta terpakai dengan harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000 bagi membolehkan dia membawa anak ke hospital ketika waktu hujan.
Ads
Susulan daripada itu, pengusaha tersebut meminta bapa kepada bayi berkenaan memilih sahaja kereta terpakai yang dia rasa bersesuaian sehingga membuatkan suami isteri itu menangis sebak.
Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat yang bapa kepada bayi berkenaan begitu sebak ketika memperoleh kereta tersebut sambil memeluk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu mereka sekeluarga.
Banyak cara untuk kita menjaga kesihatan selain mengamalkan cara hidup sihat ada juga di antara kita suka mengamalkan petua lama yang menggunakan bahan-bahan alami. Pun begitu, jarang-jarang juga kita ketahui adanya petua dari negara Syria untuk penjagaan kesihatan dan di sini dikongsikan untuk info bersama. Bolehlah dicuba!
Alhamdulillah saya dapat satu ilmu dari sahabat Arab Syria. Katanya ini amalan atau petua orang-orang lama di syria untuk jaga kesihatan mereka.
Mereka claim sangat membantu untuk mencegah pelbagai penyakit terutama masalah Kolesterol, masalah gout, gastrik. Sebagai anti kanser, untuk penghadaman, hati berlemak dan paling bagus untuk memberi tenaga.
Ini saya baru simpan 1 minggu. Untuk kesan paling bagus simpan 30-40hari. Insyaallah mudahan asbab beri kesihatan dari petua orang lama.
Setiap negara pasti ada petua untuk jaga kesihatan dan mencegah dari pelbagai penyakit.
Cara makan:
Hari ke 41. Ambil satu sudu minyak zaiton dan makan buah tin, apricot dan Walnut ketika perut kosong.
Apabila terlihat ada habuk di dalam rumah, memang sakit mata dibuatnya. Sedangkan baru sahaja semalam dicuci, namun hendak dibersihkan setiap hari tidak termampu pula rasanya. Masih banyak kerja-kerja lain yang harus dibuat selain menumpukan untuk membersihkan rumah daripada habuk semata-mata.
Jadi apa cara terbaik untuk selesaikan masalah ni?
Melalui perkongsian daripada seorang ibu bernama Puan Yatie, beliau telah pun membuat perbandingan dan bereksperimen berkenaan cara terbaik untuk menghilangkan habuk dengan menyediakan ramuan Multipurpose Dusty Spray ini. Jom kita cuba cara yang dilakukannya dan sebelum itu fahami juga ramuan untuk menghasilkannya.
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas dan bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah dan urusan harian. Nak-nak ramai isteri yang bekerja dan faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip-tip macam ni lah dapat membantu jimatkan masa dan tenaga.
Multipurpose Dust Spray
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
Pastikan
*Sebaik-baiknya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi dan boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok atau paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk dan menjimatkan masa.
• Mengilatkan perabot kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
• Menaikkan warna & melindungi sofa PVC
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu dan lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk dan debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dengan sebelum ni.
• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit-sikit tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama-lama mesti trek tersangkut-sangkut. Saya spraykan aje untuk lancarkan balik.
• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding dan sinki.
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental mana-mana yang sempat je. Tak boleh lama-lama dalam bilik air sebab anak tengah melasak. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin dan di celah-celah. Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin dan sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah-celah jubin. Sebaik-baiknya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja-kerja bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la) Spray sekurang-kurangnya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat
Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja-kerja rumah & urusan harian anda juga
Perut berangin akan menyebabkan seseorang akan rasa tidak selesa dan masalah ini sering terjadi apabila seseorang wanita itu mengamalkan diet yang tidak sihat.
Sama ada makan terlebih atau kurang makan yang boleh menyebabkan udara memenuhi ruang sistem pencernaan dan sekali gus menyebabkan perut jadi kembung dan nampak buncit.
Bila ini terjadi, akan ada orang yang hampir dengan anda bertanya soalan sebegini: Mengandungke? Bila Nak Bersalin? dan macam-macam lagi soalan yang akan mengguris hati anda memandangkan fizikal tubuh sudah seperti wanita mengandung sedangkan anda bukannya hamil.
Oleh itu, cubalah amalkan petua memakan jamu untuk kempiskan perut buncit yang berangin ini. Resipi menghasilkan jamu ini dikongsi oleh Adam Batrisyia.
Bahan-bahan:
3 sudu halba- direndamkan dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
3cm halia muda- diparut
4 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Cara buat :
1. Halba ditumbuk sehingga hancur dan halus.
2. Kemudian dicampur halia,bawang putih dan akhir sekali masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur.
3. Kemudian bahan-bahan tersebut digentel kecil seperti maajun.
×××Jamu ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan letak satu bekas berpenutup. ×××Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Berterusan amalkan diminum dengan air suam.
Manfaat:
1. Badan akan ringan dan angin akan keluar.
2. Perut akan kempis.
Larangan
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan
EKSTRA TIP HALANG PERUT BUNCIT
1.Bersenam
Cubalah bersenam 30 hingga 60 minit seminggu dan lakukan aktiviti yang aktif. Elakkan minuman manis selepas bersenam!
2. Minum air secukupnya
Pastikan minum air putih secukupnya, tiada kuantiti air yang khusus untuk anda, tetapi mulakan dengan tujuh hingga lapan gelas air sehari. Adalah penting untuk sentiasa hidrat bagi mengelakkan perut menjadi kembung dan buncit.
3. Kurangkan tekanan
Apabila tertekan, perasan tak biasanya anda akan mencari makanan untuk menenangkan diri dan akhirnya menyebabkan perut buncit. Oleh itu kawal emosi anda agar sentiasa stabil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...