Tular sejak semalam video yang memaparkan seorang kanak-kanak ditampar, ditendang dan rambut ditarik oleh seorang pengasuh taska.
Memetik laporan Harian Metro, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipukul berkali-kali di bahagian muka dan kepala ketika makan.
Kejadian berlaku di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Jalan Kampon Seronok Nosoob, Penampang.
Menurut bapa mangsa isterinya terkejut melihat kesan luka di kepala anak mereka.
Ekoran itu, mereka bertindak untuk memeriksa CCTV selepas pihak taska tidak memberikan sebarang jawapan tentang kesan luka tersebut.
“Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.
“Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali.” katanya.
Ads
Dia turut mendakwa sejak Mac lalu ini adalah kali kedua anaknya menjadi mangsa dera di taska tersebut.
“Insiden pertama berlaku dua minggu lalu selepas isterinya melihat kesan lebam dibahagian tangan anak mereka.
“Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) namun mengubah mengatakan dipukul rakannya.
Ads
“Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska.
“Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit.” jelasnya.
Susulan itu, lelaki tersebut melaporkan kes berkenaan di Balai Polis Tanjung Aru manakala anaknya kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Apabila bergelar ibu ayah pastinya kehidupan berubah. Segala yang dilakukan semuanya untuk anak-anak.
Begitulah perasaan yang dialami oleh isteri pelakon, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin mengakui kehadiran dua zuriatnya mengubah kehidupanya 360 darjah.
Melahirkan rasa syukur melalui perkongsian di instgaram miliknya.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.
KEHIDUPAN BERUBAH 360 DARJAH
“Bila dh ada anak2 ni kan, hidup kita 360’ berubah! Walaupun depa kecik dan belum faham pasai hidup pasai dugaan tpi anak2 ni lah yg bukak mata kita ibu bapak supaya jadi lebih baik utk diri sendiri dan utk depa.
“Allahuakhbar betapa powernya hadiah2 dari allah ni, sebb anak2 jugak aku kerja lebih keras dari dulu, sebab anak2 la aku belajaq utk besabaq!!
“Bukan senang utk jadi org yg penyabaq, kadang2 kantoi teruk jugak!.
ANAK PENGIKAT KASIH
“Betul lah org kata, anak2 ni pengikat kasih syg antara kita dan laki kita. Nak buat apa pun lani,semua pikiaq anak dulu.
“Aku harap bila depa dh faham nnti,depa boleh terima yg depa ada bubu yang kepala otak tak berapa nak betoi, syeriv pun duk nampak dah sikit2 dia punya xbetoi tu.
“Moga allah pelihara dan lindungi anak2 aku. Aku rela semua sakit mai pindah kat aku dari anak2 aku yg merasa..amin ya allah,” kongsinya panjang lebar.
Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah mem0tong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya kepada Harian Metro
.
Sementara itu, Shuib menerusi perkongsiannya di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.
“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan keadaan Sarah yang tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.
Anak Tunggal Jatuh Motosikal Mainan, Menangis Berteriak Sebelum Meninggal Dunia.
Hati ibu ayah mana yang tidak sebak apabila anak yang dinantikan sekian lama akhirnya menemui Maha Pencipta Yang Maha Esa. Lebih menyedihkan anugerah Ilahi itu dikurniakan setelah tujuh tahun melayari bahtera rumahtangga.
Detik cemas yang pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hidup buat kedua pasangan suami isteri ini apabila anak yang baru berusia tiga tahun jatuh ketika bermain motosikal mainan disahkan meninggal dunia.
Menerusi perkongsian Mr Wan Cai Official kisah duka ini begitu meruntun jiwa apabila kedua ibu bapa bersama anak tunggal kesayangan buat kali terakhir sebelum disemadikan ditanah perkuburan Islam Selat Klang.
Ikuti perkongsian berikut.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
7 tahun menunggu cahaya mata. Pulangnya seorang anak tunggal kepada Maha Pencipta. Sayang tidak semestinya memiliki.
Redha walau tersakiti. Jatuh airmata melihat seorang ayah menunaikan bakti terakhir buat anaknya.
Sebak melihat kasih seorang ibu membawa kesyurga. Bayangkan kesedihan yang dilalui oleh mereka.
10 tahun melayari bahtera perkahwinan.Dikurniakan cahaya mata selepas 7 tahun menanti. Kebahagiaan yang hadir sudah terhenti.
Anak yang dikasihi kini telah pergi. Hanya kenangan selama 3 tahun 6 bulan tersimpan rapi.
Allahuakbar!
Jasad terbujur kaku ini dikenali dengan dengan nama panggilan adik fazly. Baru berusia 3 tahun 6 bulan dan anak tunggal dalam keluarganya.
ASBAB KEMATIAN
Gambar sekadar hiasan
Punca kematiannya asbab terjatuh sewaktu sedang bermain motosikal mainan bateri.
Berkemungkin kepalanya mengalami kecederaan dalaman akibat hentakan kuat ketika terjatuh.
Kejadian malang yang menimpa adik Fazly berlaku pada 16 ogos sekitar 08.00 pagi.
Ketika itu adik fazly sedang bermain motosika mainan tersebut dengan ditemani oleh ibunya dihadapan rumah.
Adik fazly dikatakan terjatuh ke belakang dari motosikal menyebabkan kepalanya terhantuk dilantai simen.
Selepas terjatuh adik fazly berteriak menangis seperti menahan kesakitan yang amat sangat.
Si ibu yang panik terus mendapatkan adik fazly untuk melihat kesan kecederaan yang dialami oleh anaknya.
Si ibu mendapati tiada sebarang kesan kecederaan yang ada dikepala adik Fazly.
Namun adik fazly dikatakan tiba-tiba berhenti dari menangis dan tidak sedarkan diri.
Si ibu yang panik cuba memanggil nama anak kesayangannya itu sambil mengoyangkan tubuh badannya.
Tetapi adik Fazly tidak menunjukkan sebarang tindak balas walaupun si ibu memanggil namanya.
Si ibu yang ketakutan telah menghubungi suaminya yang ketika itu sedang berkerja.
Si suami yang pulang kerumah menjadi semakin panik bila melihat keadaan anaknya.
20 MINIT TERIMA RAWATAN DISAHKAN MENINGGALKAN DUNIA
Adik Fazly terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setelah si bapa tiba dirumah.
Dalam perjalanan ke hospital pasangan suami isteri ini tidak putus-putus berdoa.
Mereka berharap adik Fazly dapat diselamatkan. Mereka mahu melihat adik Fazly membesar seperti kanak² yang lain. Kerana bagi mereka adik Fazly adalah kunci kebahagiaan dalam keluarganya.
Si bapa yang membawa adik fazly tiba dibahagian kecemasan hospital sekitar pukul 10.00 pagi.
Adik Fazly bergegas dibawa masuk kedalam wad kecemasan untuk dirawat.
Namun pasangan suami isteri ini menerima perkhabaran duka. Anak kesayangan mereka tidak dapat diselamatkan.
Jantung adik Fazly terhenti setelah 20 minit menerima rawatan. Waktu kematiannya dicatit pukul 10.20 pagi bertarikh 16 ogos 2022.
Si ibu dan si bapa tidak dapat menahan sebak.Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah tiada.
Jasad adik fazly telah dibawa ke unit forensik untuk diambil ujian saringan covid-19 sebelum dibedah siasat.
Punca kepada kematian adik Fazly masih lagi dalam siasatan.Ibu bapa adik Fazly telah dimaklumkan oleh pihak doktor forensik.
Ujian makmal akan mengambil masa sebelum punca sebenar kematian adik Fazly diketahui.
Lalu ibu bapa adik fazly telah menghubungi talian hotline kami.Mereka mahu mendapatkan bantuan pengurusan untuk jenazah anaknya.
Kami menyatakan kesediaan untuk membantu. sudah semestinya kami tidak akan menolak.
Membantu pengurusan terakhir untuk adik fazly adalah tanggungjawab kami. Adik fazly adalah satu amanah kiriman Allah.
Jadi kami harus tunaikan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah adik fazly telah kami uruskan cara yang paling sempurna.
Jasadnya selamat disemadikan ditanah perkuburan Islam Selat Klang.
Ketika video ini dimuat naik yakini adik Fazly sedang leka bermain bersama rakan-rakan yang lain. Semoga adik Fazly bergembira didunia barunya.
Buat ibu dan bapa adik fazly. Banyakkan bersabar. Redhakan pemergian anak tunggal mu itu.
Allah memilih adik Fazly kerana Allah sayang. Ada hikmah disetiap ketentuan yang berlaku.
Salam takziah dari kami unit khas van jenazah. Al-Fatihah buat adik fazly! Yang sudah bergelar ayah dan ibu mohon share video ini
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.