“Banyaknya Kerja Cleaner, Apatah Lagi Ibu Yang Bekerja.” Fedtri Sebak Baca Memo Anak Sulung, Bikin Netizen Terharu!

Share

Siapa yang tidak kenal dengan personaliti yang cukup sinonim dengan rancangan Malaysia Hari Ini. Sebut sahaja nama Fedtri Yahya, pasti ramai akan terbayang cara penyampaiannya yang cukup sopan namun berbunga-bunga.

Lantunan suara yang cukup lembut membuatkan anak kelahiran Perak ini cukup dinantikan kehadirannya terutama dalam rancangan jejak Rasul.

Merupakan seorang ayah kepada empat orang anak, Fedtri juga tidak kisah untuk berkongsi kisah kerjaya ketika bertugas dan juga bersama keluarga. Sering kali dia memuat naik gambar bersama dengan ahli keluarga.

Terbaru, Fedtri memuat naik sekeping kertas yang bertulis tangan anak perempuan sulungnya. Dalam surat tersebut, anaknya yang bernama Indah Sutera Jannah memberitahu yang dia bermain bersama adik-adiknya berkenaan kerja.

Kakak main dengan adik-adik pasal kerja. Hari ni dia jadi cleaner. Itu servis yang dia tawarkan. Tapi daddy ‘sebak’ baca

Apa yang membuatkan Fedtri sebak adalah, anak sulungnya itu menjadi cleaner dan antara tugas yang perlu dilakukan adalah sapu sampah, lipat kain, cuci pinggan, lap meja.

Perkongsian Fedtri tersebut mendapat respond dari pengikutnya.Rata-rata menzahirkan rasa kagum dengan caranya mendidik anak-anak.

Malah ramai mengakui itulah pengorbanan dan juga tanggung jawab anak sulung.

Kecik-kecik dah pandai buat kerja rumah

Kartina Azhan Alhamdulillah…dah boleh displinkan diri dr kecik…semoga menjadi anak kebanggaan ayah & ibu d Masa hadapan.
Wahida Hakimi Kecik2 dah pandai buat kerja2 rumah.. Alhamdulillah… Semoga membesar menjadi anak yang solehah & bertanggungjawab…
Siti Nazirah Binti Shasuddin Begitulah kehidupan anak sulung. Anak sulung saya lelaki, saya memang paksa buat kerja rumah dan jaga adik-adik. Kadang sedih jugak kalau dia luahkan asyik dia je yang kena buat kerja
Zainab Husin Bagus nye cucu opah..kecik lgi tpi pemikiran matang..boleh tolong mama kt dapur..

Indahnya budi pekerti seindah nama
Nora Zura Indahnya budi pekerti seindah namamu.Kak long yg bijak ,rajin dan bertanggung jawab.
Sya Echa

Alhamdulillah.. Dia ad sikap tanggungjwb kt adik2 dia… Smg indah jdi kakak yg
terbaik untuk mak ayh dan adik2 ya.. Aminnm

Penyejuk hati ibu ayah
Sharifah Yusof Alhamdulillah…kecil lg da tahu erti tanggungjawab sebagai seorang anak dn juga kakak…..moga jadi anak yg soleha penyejuk hati ibuayah.
Nick Ukhty Fillah Daddy sebak sebak tgk byk nya keja seorang cleaner… Apatah lg seorang ibu yg bekerja…..

Sumber : Fedtri Yahya