Hati mana yang tidak sebak apabila, barang kenangan orang tersayang hilang daripada padangan mata. Lebih menyedihkan jika ia pemberian itu daripada tersayang yang telah pergi berjumpa Sang Pencipta.
Begitulah yang dikongsi oleh saudara Eddie Dieana yang berusaha membantu mendapatkan kembali telefon milik seorang pemuda setelah menyedari banyak kenangan. Mujur nasib menyebelahi pemuda berkenaan, telefon telah dijumpa setelah mendapatkan bantuan pengawal yang bertugas.
Menurutnya, pemuda berkenaan mampu untuk membeli telefon lain, namun pemberian hadiah daripada arwah ibu amat dihargai dan dijadikan kenangan kala rindu datang menerpa.
“Handphone tu pemberian arwah mak saya. Dan yg paling penting bagi saya.Banyak voice note saya berbual dengan arwah mak dan gambar² mak saya dalam tu.”
Sebak dengan perkongsian ini, moga menjadi iktibar buat agar menghargai pasangan dan ibu bapa ketika mereka masih ada di sisi sebelum mereka meninggalkan kita.
Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
Tadi masa saya tengah buat kerja dekat Changi. Ada seorang hamba Allah ni datang dekat saya.
“Bang, Maaf nak tanya. Ada nampak Handphone saya tak, saya tertinggal dalam bakul motor ni tadi?”
Saya pun jawablah. “Sorry bro, kitorang pun baru sampai ni. Memang tak nampak apa² handphone pun masa lalu tadi.”
“Oh,
kalau macamtu takpe lah bro.”
Hamba Allah tu terus pergi meninggalkan saya dan rakan² lain. Tak lama berselang. Saya dan kawan hendak topup CashCard. Saat kami melalui ruang legar pintu masuk bangunan tersebut.
Saya nampak Hamba Allah tadi sedang duduk sambil mengesat air mata dia. Dapat saya lihat dari riak wajah dia seperti baru sahaja menangis.
Saya pun beranikan diri untuk tegur lagi sekali. “Dah jumpa ke bro Handphone awak?”
“Belum bang.”
“Handphone apa yg hilang tu. Iphone ke?” tanya saya berseloroh.
“Tak lah bang, Handphone murah je. Samsung lama”
“Oh, Kalau handphone murah takpelah. Nanti saya ajak kawan² saya buat donation.
Kita beli handphone lain yang murah². Nak tak? Dekat sini $150 dah dapat handphone yg okay². Boleh la buat pakai sementara.”
BANYAK KENANGAN
Gambar hiasan
“Tapi saya taknak handphone lain bang. Saya nak handphone tu jugak.”
“Apa yg penting sangat ada dalam handphone tu?”
“Dalam handhone tu ada macam² bang. Walaupun murah. Tapi……”
“Tapi apa?”
Handphone tu pemberian arwah mak saya. Dan yg paling penting bagi saya.
Banyak voice note saya berbual dengan arwah mak dan gambar² mak saya dalam tu.”
“Apa?
Voicenote dari arwah mak dan gambar² mak?”
Saya terdiam. Berkaca jap mata. Tak jadi nak tanya lagi. Saya cuma cakap.
“Jangan pergi kemana². Duduk situ dulu sebab saya nk cuba tanya Security dekat sini.”
“Baik bang”
DAPATKAN BANTUAN PENGAWAL KESELAMATAN
Saya pun dengan kawan saya cepat² pergi ke bilik security. Sebab kebetulan Security dekat situ memang kami kenal rapat.
“Bang,Tadi ada nampak handphone tak tertinggal dekat bakul motor.”
“Bakul motor, Motor apa?”
“Motor LC135 bang.”
“Oh, ada. Masa buat rondaan tadi budak aku jumpa. Dia letak atas meja ni.”
“Terima kasih bang.”
Saya pun tandatangan dekat buku sebagai tanda terima barang tersebut dan cepat² lari ke hamba Allah tadi.
Bila nampak wajah dia tengah kusut. Saya terus tegur.
“Bro, Nah. Amek ni nyawa awak.”
“Ya Allah, Abang jumpa kat mane.”
“Dekat bilik security.”
Dia terus bangun dan peluk saya dan kawan saya. Dia ucap terima kasih lebih dari 10x sambil kesat air mata dia.
Sebelum beredar dia sempat ambil gambar saya. Dan dia ada cakap.
“Sebenarnya, saya mampu je untuk beli handphone yg lebih baik bang. Tapi sebagai tanda menghargai pemberian arwah mak. Saya tetap akan pakai walaupun handphone ni selalu je hang(Sangkut²).
Saya harap abang dan kawan² hargai mak abang selagi mereka masih ada.”
Tersentap dengan kata² akhir dia. Saya pun cepat² video call mak saya.
Semoga arwah mak awak ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Bertuah mak awak dapat awak. Sebab sangat menghargai emaknya.
HARGAI TERSAYANG SEMENTARA MASIH ADA
Buat teman² saya diluar sana.
Hargailah ibu anda selagi mereka masih ada.
Sayangilah ibu kamu kerana mereka yg melahirkan kamu dan membesarkan kamu dengan kasih sayang dan penuh belaian.
Sama seperti mana kamu menyayangi anak kamu sekarang.
Untuk anak² lelaki.
Walaupun kamu sudah beristeri sekalipun, syurgamu tetap di bawah telapak kaki ibu mu,
Janganlah sesekali menjatuhkan air mata dan melukai hati ibu mu.
Wahai wanita yg bergelar isteri pada suami. Janganlah jadikan suami mu derhaka terhadap Ibunya,
Sayangilah Ibu suami mu seperti mana kamu menyayangi Ibumu sendiri.Sumber: Eddie Dieana
Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA
Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA
Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA
Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA
Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. – KELUARGA
Petua dapur: Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA
VIDEO: MACARONI CHEESE PAPRIKA, SIAP 10 MINIT JE