“Banyak Sangat Tudung Awak Bagi Saya. Semoga Bermanfaat Untuk Awak dan Juga Saya…”- Elyana Kongsi Kebaikan Arwah Siti Sarah

Share

Lazimnya bila seseorang memberi hadiah kepada teman atau sahabatnya, itu bermakna sebagai salah satu cara untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang dan sekali gus hadiah tersebut bolehlah dijadikan kenang-kenangan.

Dan inilah yang pernah dilakukan oleh arwah Siti Sarah kepada sahabatnya Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33 dengan menghadiahkan tudung setelah mengetahui penyanyi ‘Kalis Rindu’ ini  membuat keputusan untuk berhijab pada Jun lalu.

 

Menerusi laman Instagram miliknya, Elyana ada memuat naik satu video di mana dia memberitahu Allahyarham Siti Sarah telah menghadiahkannya tudung yang banyak kepadanya dan tudung merah yang dipakai  itu juga adalah antara salah satu yang dihadiahkan oleh Siti Sarah.


Di dalam video tersebut, Elyana turut berkongsikan kenangannya manis bersama Sarah sepanjang karier nyanyian mereka bersama-sama. Ujarnya, Sarah seorang rakan yang tidak pernah lupa bertanya khabar. Bahkan, Elyana turut mendoakan supaya Allahyarham Siti Sarah ditempatkan yang terbaik di sisi Allah SWT.

Elyana juga turut menyanyikan lagu Hampa-Ari Lasso yang cukup menyentuh perasaan dan buat ramai peminatnya tersentuh hati dan berasa sedih mendengar lagu yang penuh penghayatan daripada penyanyi kesayangan mereka.

“Al Fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah.. Awak meninggalkan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama-sama membesar dalam industri.. dari remaja, sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar.. saya jual kuih, awak beli… sangat supportive. Dah la cute, pandai nyanyi, baik pulak tu!


“Hari ni, saya pakai salah satu tudung yang awak bagi. Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah, sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung-tudung yang awak bagi hari-hari. I love u Sarah… Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT..,” tulisnya.

Sumber : Ig@elyanaofficial1 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/  

atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club