Banyak Sangat Kes Anak Hilang, Ini Kesalahan Mak Ayah Yang Mereka Tak Sedar!

Share

Sekarang ni dah banyak sangat kes hilang dan culik anak. Lebih tragis lagi, culik dan kemudiannya dibunuh. Tak ada patah perkataan yang hendak diucapkan melainkan minta Allah lindungi anak-anak kita saban hari.

Bila kes culik dan anak hilang mula terpampang di media sosial, ramai mak ayah mula rasa bimbang, takut dan mula prihatin sekejap mengenai anak-anak mereka. Bila keadaan mula reda, mereka mula tidak ambil kisah semula. Adakah kerisauan mak ayah hari ini bermusim?

Sebenarnya sebagai mak ayah kita kena sentiasa peka dan amalan berjaga-jaga perlu buat setiap hari, bukan ikut musim sahaja. Adakalanya kes anak hilang atau culik ni berpunca dari mak ayah sendiri. Antara kesalahan yang mak ayah selalu buat tapi mereka tak perasan, 13 perkara ni kena jaga.

1. Lambat Ambil Anak
Adakalanya ibu atau bapa selalu terlambat mengambil anak daripada sekolah sehingga anak-anak menunggu lama di pintu pagar sekolah. Hal ini sama sekali tidak patut berlaku.

2. Tak Peduli Anak
Melebihkan kerja daripada anak-anak sendiri. Sanggup membiarkan anak menunggu lama di sekolah gara-gara menyiapkan kerja terlebih dahulu.

3. Tidak Kenal Rakan
Ibubapa tidak pernah mengenal rakan-rakan anak mereka atau dengan siapa anak mereka berkawan. Bukankah lebih baik mereka ambil tahu akan siapa ibu bapanya dan butiran keluarga jika perlu.

4. Tak Kenal Pemandu Van
Pemandu van sekolah anak-anak adalah perkara penting untuk anda ketahui siapa dan di mana pejabatnya. Mungkin sekurang-kurangnya perlu mengenal keluarganya. Itu perlu!

5. Biar Anak Bebas Berkawan
Bukan tidak boleh membiarkan anak berkawan bebas, namun ambil tahu dengan siapa anak anda berkawan. Kenali siapa dia dan keluarganya.

6. Pantau Anak
Pantaulah setiap pergerakan anak. Jika di sekolah, kelas tambahan atau sebagainya, berusahalah menelefonnya untuk mengetahui akan perkembangannya. Siapa tahu kelas tambahannya dibatalkan pada hari tersebut dan dia masih tidak pulang.

7. Fokus Gajet
Ada ibubapa terlalu fokus pada gajet ketika menemani anak bermain. Ini salah sama sekali. Cubalah ambil masa anda bersamanya dan pantau setiap pergerakannya.

8. Harapkan Abang & Kakak
Membiarkan anak kecil anda keluar bermain dengan kakak dan abangnya adalah alasan yang tidak lagi wajar kini. Seorang abang dan kakak yang hampir sebaya usia dengan adiknya tidak mampu berbuat apa-apa jika dilarikan oleh orang asing. Fikirkan.

9. Harapkan Sekolah & Guru
Baik ibubapa dan masyarakat, mereka meletakkan tanggungjawab pada guru dan pihak sekolah seratus peratus. Ini salah dan tidak patut berlaku.

10. Kurang Bergaul
Kurang bergaul dengan masyarakat terutama jiran adalah satu kesalahan. Cubalah untuk bertegur sapa dan mengenal siapa orang disekeliling anda. Mana tahu ada masanya merekalah orang yang paling layak membantu kita.

11. Lepaskan Anak Main
Jangan lepaskan anak bermain sendirian. Apabila anak meminta untuk bermain, temanilah dia atau jika anda tidak mampu menemaninya, minta sahaja dia bermain di rumah.

Girl in New York

12. Tak Beri Cukup Informasi
Ada ibubapa tidak langsung pernah mengingatkan anak-anak mereka akan bahayanya kes penculikan. Memberi informasi yang sepatutnya kepada anak-anak adalah sangat perlu!

13. Jaga Pakaian Anak
Jagalah pakaian dan aurat anak. Sekalipun dia berusia 2 tahun, jagalah anak kecil anda daripada disaksikan oleh orang lain yang tidak tahu akan hala tujunya.