Menguruskan anak bukan suatu yang mudah apabila setiap anak-anak mempunyai perkembangan yang berbeza.

Kadang kala, anak-anak yang nakal membuatkan ibu bapa hilang sabar. Akibatnya anak dimarahi bagi tujuan mendidik mereka.

Namun hakikatnya jika salah pendekatan yang digunakan untuk menegur anak, dipercayai mengakibatkan anak mengalami tekanan perasaan.

Ikuti cara yang disyorkan oleh pakar terapi setelah beliau mendapati banyak kes yang diterima adalah dikalangan kanak-kanak.

Tanya emosi anak-anak sebelum tidur

Sebelum tidur, biasanya saya akan bersembang one to one session dengan semua anak-anak saya.

Saya akan bertanya,
“Ada tak perkara-perkara yang membuatkan anak-anak sedang bersedih pada hari ini?”.

“Ada tak anak-anak nak cerita apa-apa yang ada didalam hati pada Ummi?”.

IKLAN

“Macam mana emosi anak-anak sepanjang hari ini memandangkan Ummi dan Walid bekerja?”.

“Ada tak perkara yang membuatkan anak-anak terasa hati yang datangnya daripada Ummi dan Walid?”.

Itu antara soalan-soalan yang saya akan tanya sehingga mereka cerita semuanya.

Sungguhlah, kanak-kanak adalah orang yang sangat jujur. Mereka akan bercerita jika kita bertanya baik-baik.

Selalunya saya akan meminta maaf kalau mereka terasa hati dengan saya ataupun suami. Betul-betul minta maaf dan saya katakan saya takkan ulang semula kesalahan itu.

IKLAN

Seriusly, mereka akan tersenyum polos jika kita meminta maaf dan mengakui kesalahan kita. Malahan, mereka juga turut meminta maaf kepada kita tanpa disuruh. Iya, saling-saling bermaafan.

Kita ibu bapa memang ada ego, tetapi jauh di sudut hati kita, kita mahukan yang terbaik untuk semua anak-anak kita.

Kadang-kadang cara dan kaedah kita terlalu ‘keras’ dan mereka susah nak terima. Lalu di simpan ‘kemas’ di dalam hati mereka. Di bawa hingga mereka dewasa.

Sesi luah perasaan

IKLAN

Banyak Kes ‘Depression’ Kalangan Kanak-Kanak, Pakar Terapi Ini Syor Berbual Luah Perasaan Dengan Anak Sebelum Tidur.

Saya lakukan talk one to one session bersama anak-anak sejak menerima banyak kes Depression dan Anxiety di kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tahun ini. Ramai sangat-sangat.

Kebanyakkan client saya ini membawa beban perasaan yang sangat berat. Memendam rasa atas teknik parenting oleh ibu bapa masing-masing.

Tak rugi pun kita meminta maaf jika kita bersalah kepada anak-anak. Selepas mereka okey, kita jelaskan semula sebab dan akibat kenapa kita lakukan begitu.

Jelaskan baik-baik dengan tenang. InsyaAllah mereka akan senang menerima teguran kita.

Cara didikan kita akan mencerminkan siapa anak-anak kita di masa hadapan.

Sumber: Norzi Malek

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI