Kisah benar ini membuatkan sayu hati membacanya. Sebuah perkongsian cerita dilaman facebook oleh seorang Doktor Bius, DrHanaHadzrami yang menyingkap bahawa kehidupan harus ditunjungi sebuah kasih sayang.
Ia berkisar seorang pesakit belum berkahwin tetapi dilimpahi kasih sayang orang yang menyayanginya. Sebaliknya pula kisah seorang pesakitnya yang mempunyai keluarga tetapi anak-anak tidak menghiraukannya ekoran kesilapan masa silam hidupnya.
Semoga kisah ini menjadi kite motivasi untuk berbuat baik kepad sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Apa yang pasti, kasih sayang adalah tunjung kebahagiaan abadi.
KANDUNG
Encik Azlan baru saja kami selesaikan kemasukannya ke ICU. Pernafasannya dah distabilkan dengan mesin bantuan, jantungnya stabil dengan sokongan dua jenis ubat penampung tekanan darah.
Sekarang kami perlu beritahu ahli keluarga Encik Azlan tentang perkembangannya. Dia kritikal tetapi agak stabil buat masa sekarang.
“Dia single doktor. Takde isteri, takde anak”, beritahu misi kepada saya.
Alahai. Kesiannya sebatang kara, fikir saya.
“Takkan takde sesiapa tinggal dengan dia? Adik beradik ke, mak ayah ke?” Tanya saya.
BELUM BERKAHWIN TETAPI DILIMPAHI KASIH SAYANG
Ads
Tiba-tiba ada tiga anak remaja masuk ke ICU menerpa kearah kami.
“Doktor, pesakit yang baru masuk tadi pakcik kami. Macam mana dia sekarang?” tanya mereka.
Rupanya Encik Azlan ini walaupun masih bujang, tetapi dikelilingi oleh ramai ahli keluarga yang menyayanginya.
“Acik Lan ni umpama bapak kami doktor. Dia adik mak saya. Lepas ayah kami meninggal dulu, dialah yang bersusah payah tolong mak besarkan kami semua. Dia buat banyak kerja sambilan nak sekolahkan kami. Tak sempat nak fikirkan diri sendiri, makwe pun takde. Kesian dia.”
Bersungguh mereka cerita pada saya.
Belas hati saya mendengarkan pengorbanan pesakit ini.
ADA KELUARGA TIADA KEBAHAGIAAN
Ads
Mata saya melirik ke pesakit katil hadapan Encik Azlan. Kisahnya jauh berbeza.
Ada isteri, ada anak tetapi tiada siapa berada di sisi. Bersusah payah kami mencari saudara-maranya sehingga memerlukan khidmat polis. Barulah muncul seorang anak lelakinya.
Itupun nampak seperti tak peduli. Hanya sanggup bayar bil tapi tak mahu terlibat untuk menyambung penjagaannya apabila dia bakal pulang ke rumah nanti.
“Dia memang bapa kandung saya doktor. Tapi dia dah tinggalkan saya dan adik beradik lebih 20 tahun. Langsung tiada khabar berita setelah dia ceraikan mak saya.”
“Saya ingat lagi dulu dia layan saya dan adik beradik macam kami ni peminta sedekah. Padahal kami dah tiada pilihan lain jumpa dia minta duit belanja, makan nasi dengan garam telur je masa tu. Sampai hampir kami kena berhenti sekolah. Doktor nak saya jaga dia sekarang?”
“Saya sanggup maafkan dia. Tapi tak sanggup nak terima dia sebab apa yang dia buat pada mak dan adik-adik saya.”
Ads
“Maafkan saya doktor. Doktor carilah bini dia sekarang dengan anak-anak tiri yang dia bela dulu. Kalau tak jumpa juga, hantarkan saja dia ke rumah kebajikan. Saya akan bayar.” Tegas anaknya.
Saya terdiam.
Dulu saya sangka anak-anak yang abaikan ibubapa semuanya derhaka. Saya tak tahu kisah sesetengah mereka yang terlebih dahulu dizalimi oleh ibubapa sendiri.
Ada yang banyak kali berkahwin namun sepi tanpa kasih sayang. Ada yang tak berkahwin langsung tetapi dilimpahi kasih sayang.
Seperti Encik Azlan. Berebut-rebut anak saudara menziarahinya ketika sakit dan melayannya sebaik saja pulih dari koma.
Pada kita ibubapa; usah ingat kita selamanya akan muda, sihat dan kaya. Suatu hari kita akan tua, akan sakit dan akan mati. Saham apa yang kita jadikan bekal dikala itu?
Tiada saham yang lebih berharga dari anak-anak soleh. Tak kira anak kandung atau anak jagaan.
. .
Hana Hadzrami هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga? [Quran 55:60]
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kadang-kadang jika difikir-fikirkan memang pelik dan seakan tidak masuk akal pula jadinya. Apa dan kenapa sebabnya kita boleh beradab sopan dan lemah lembut bila bercakap dengan orang lain, tapi bila dengan keluarga sendiri, gaya bahasa dan intonasi percakapan sering berbeza.
Sedangkan bukankah ahli keluarga ini adalah orang-orang yang kita sayangi dan rapat dengan kita?
Tidak kiralah bila bercakap dengan pasangan, apatah lagi dengan anak-anak. Sering kali terdengar ditengking-tengking tanpa mengira masa.
Hal yang sama juga terjadi pada kenalan Dr Redza Zainol ini. Bersama kita ambil pengajarannya dan berubahlah untuk berlemah lembut bila bercakap dengan insan-insan yang kita sayangi.
Ada kawan saya ni, baik orangnya. Dengan orang sekeliling cakapnya lembut sangat.
Dengan kawan perempuan dia cakap elok. Dengan kawan lelaki tak pernah dia marah-marah.
Satu hari dia kata pada saya, di rumah dia selalu marah pada anak dan isteri.
Anak cakap itu dia marah. Isteri cakap sikit pun dah berangin.
Saya tanya kenapa jadi macam tu.
Dia kata dia pun tak tahu. Tengok muka pasangan dah jadi penat. Tengok rumah bersepah, terus rasa kusut sangat.
Saya cakap, kadang-kadang suami ni, kita fikir kita ialah seseorang yang penting. Kita fikir pangkat kita dalam keluarga tu paling tinggi.
Kita rasa kita berhak dilayan sebagai ketua. Tapi kita lupa yang kitalah yang kena melayan keluarga.
Kita ni bukan siapa-siapa. Isteri dan anak tu cuma amanah dari Allah. Pangkat suami dan ayah tu pun bukan milik kita.
Allah bagi kita merasa ada keluarga dan nak tengok macam mana kita layan keluarga kita, nak tengok ke mana kita nak bawa keluarga kita.
Gambar hiasan
Satu hari isteri dia mengadu pada kawan saya ni.
“Abang cakap dengan kawan semua elok-elok. Dengan saya, hari-hari kena marah, kena tengking.
Abang layan isteri orang lain lagi elok dari layan isteri sendiri.”
Dia terkejut. Tapi dia tahu isterinya betul.
Rasullah tinggalkan contoh terbaik untuk kita. Satu hari, Baginda letak Saidina Hasan di peha kanan dan Saidina Husain di peha kiri baginda.
Baginda cium kedua-dua cucunya dan Baginda doakan supaya Allah sayangi ahli keluarga baginda.
Dengan keluarga, kita jangan berkasar. Balik rumah, lepas bersihkan diri terus saja cari isteri dan anak.
Peluk mereka, layan mereka. Layan keluarga kita baik-baik, insyaAllah rasa hormat tu Allah akan masukkan dalam hati setiap ahli keluarga kita.
Kekangan masa dengan pelbagai tugasan rumah dan anak-anak buat kita tidak sempat untuk melakukan pembersihan dalam peti ais. Terbiar lama tanpa di cuci
dengan kerap buat peti ais kita bertambah baunya.
Di tambah pula dengan menyimpan pelbagai jenis makanan dan bahan memasak yang meninggalkan bermacam-macam bau kurang enak. Ia bukan sekadar membantutkan selera tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan.
Nak kurangkan bau yang tidak enak dalam peti ais? Lima bahan ini pasti membantu.
1. Baking Soda
Untuk menghilangkan bau dari peti sejuk, anda boleh taburkan baking soda di tempat-tempat penyimpanan atau boleh juga memasukkan baking soda di dalam
bekas atau tupperware kecil yang terbuka. Baking soda juga boleh di larutkan dengan air dan gunakan untuk membersihkan peti sejuk.
2. Oatmeal
Sediakan sebuah mangkuk yang diisi dengan oatmeal. Lalu masukkan ke dalam peti sejuk. Dengan cara ini, bau tak sedap di dalam peti sejuk boleh di
kurangkan atau hilang sama sekali.
3. Biji Kopi
Letakkan biji kopi di beberapa sudut dalam peti sejuk anda. Dalam beberapa hari, bau peti ais anda akan hilang dengan sendirinya.
4. Arang
Anda boleh menyimpan beberapa potong arang di dalam sebuah bekas terbuka dan letakkan ke dalam peti sejuk.
5. Lakukan tindakan pencegahan mudah iaitu cuci dahulu sayuran atau buah yang akan dimasukkan ke dalam peti sejuk dan pisahkan bahan-bahan makanan ke dalam kotak atau bekas tertutup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Benarlah pepatah mengatakan bahawa kasih ayah sepanjang masa. Begitulah yang dilakukan oleh pelakon Que Haidar yang tidak pernah berputus asa untuk memastikan anaknya, Cleo berbahasa Melayu.
Malah baru-baru ini, beliau muat naik video yang memaparkan kepetahan Cleo berbahasa Melayu ala-ala macam makcik-makcik bila bercakap. Dulu anaknya bercakap melayu pelat kerana biasa menggunakan bahasa Inggeris di rumah.
Malah, jika Cleo berbahasa Inggeris, sebutan slang London begitu menarik perhatian.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.