Kalau hendak diceritakan tentang ragam dan kerenah anak-anak, ternyata macam-macam kisahnya. Kalau dikenang balik, mungkin boleh buat kita tersenyum sendiri dan tidak kurang juga seakan tidak percaya dengan apa yang dilakukan mereka ketika di zaman kanak-kanak.
Pun begitu, dalam banyak-banyak kejadian ada satu kisah yang viral baru-baru ini cukup unik dan boleh mengundang pelbagai reaksi warganet. Apa tidaknya di mana seorang anak perempuan dimarahi bapanya selepas ‘ditangkap’ membawa beberapa keping wang kertas bernilai RM50 dan RM100 ke sekolah. Jumlahnya bukan sedikit namun mencapai ribuan ringgit!
Video ini viral di aplikasi Tiktok , apabila dilihat kesemua duit tersebut diisi dalam beg sekolah dan kata bapanya, dia membawa duit tersebut untuk diberikan kepada kawan-kawan yang dikatakan daripada keluarga susah di sekolah.
@waniscktBertuah punya anak♬ bunyi asal – WANIS CHARKETEOW PENANG
“Dekat kawan berapa orang bagi? Seorang saja, sebab apa… dia susah?
“Allahuakhbar, dia kata kawan susah, lepas tu dia bawa duit banyak. Rupa-rupanya duit abah dia hilang, selamat abah jumpa hari ni sebab Allah nak tunjuk.
“Banyak hari abah cari.a.. beg baru beli, dia letak duit abah dalam ni bawa pergi sekolah nak tolong kawan-kawan susah,” kata si bapa.
Baca artikel menarik lain di sini:
Malah dia turut menasihati anaknya supaya tidak melakukan perkara begitu pada masa hadapan.
Si bapa, Noor Erwan Mohamad Nor Din berkata, dia terkejut apabila anak keduanya itu menceritakan keinginan untuk membantu rakan yang susah.
Malah anaknya yang baru berusia enam tahun mengakui bermurah hati membelikan makanan untuk kawan-kawannya setiap hari.
Meninjau di ruangan komen nyata pelbagai reaksi dan ini antaranya yang menarik perhatian.
“bagus abah dia.. x melenting.. tegur baik2 tapi tegas,” tulis warganet.
“arwah anak sy pun mcm ni duit selalu hilang Dlm purse. sekali dapat tau dia bg kwn sbb kwn dia susah .bila arwah meninggal bnyk dpt sumbangan,” kongsi yang lain.
“Abah.. esok tukar duit singgit2.. buh dlm beg anak.. bkn sekat sedekah tp didik cara bersedekah.. Jgn bg dia ambik sendiri.. kira yg beri..🥰,” cadang yang lain.
“Anak no 2 memang bertuah punya budak😂😂,” tulis netizen.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club