
Siapa yang tak kenal dengan pasangan selebriti popular ini, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Radza. Setelah pasangan ini mendapat cahayamata sulung, peminat turut mengikut perkembangan anak kecil ini.
Kini sudah mencecah usia lima bulan, Isaac Raees turut mendapat jolokan ‘Dimple Baby Isaac’ sentiasa menawan hati warganet.
Terbaru, menerusi Instagram milik bayi comel ini didapati sebuah video, Isaac Raees seakan sedang membaca buku.
Bayi yang dilahirkan pada 5 Januari lalu di Perth Australia, ini bersuara ‘babbling’ dengan nyaring. Tentu peminat mendengar pun geram melihat keletahnya.
Usually Mummy reads to me. Now it’s my turn to read to Mummy
Rata-rata peminat teruja melihat keletah anak pasangan popular ini.
Sumber: isaacraees
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Jadi Baik Dulu…”- Bila Anak Rasa Diri Tak Pandai, Achey Titip Nasihat Paling Mudah & Netizen Setuju!

Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat kejayaan anak-anak di dalam bidang pelajaran. Hatta bila melihat anak menyarungkan jubah konvokesyen di peringkat umur 5 atau 6 tahun sekali piun, aura gembira dan bangga sudah dapat dirasai.
Itu apatah lagi jika kelak berjaya menyambung pelajaran hingga ke menara gading. Pasti ianya menjadi momen terindah dalam hidup si anak dan sebagai ibu ayah kita tumpang bangga.
Mungkin itu jugalah yang dapat digambarkan dengan perasaan Achey Bocey baru-baru ini apabila berkongsi gambar di instagramnya bagi menzahirkan ucapan tahniah buat anak tersayang iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menerusi hantaran tersebut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah bergambar bersama puteri kesayangannya itu yang sedang memakai jubah konvokesyen berwarna hijau.
Namun begitu, apa yang menyayat hati ramai, pelawak yang berusia 36 tahun itu mendedahkan anaknya itu pernah meluahkan perasaannya dengan mengatakan dirinya mempunyai kekurangan.
Pernah keluar dari mulut dia…” kakak tak pandai.. kakak semua tak boleh”… Kalau macam tu kakak jadi baik dulu… inshaAllah pandai menyusul…🤲
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan wargamaya tersentuh hati dengan nasihat yang diberikan oleh Achey kepada anaknya itu. Malah ada juga yang terus memberikan motivasi dan doa agar Tiara berjaya di dunia dan di akhirat.
Pandai ayah dia ajar. Betul. Apa-apa hal, jadi baik dulu. Pilih utk jadi baik, buat baik, cakap yg baik-baik. Insha Allah yg selainnya ada menyusul. ❤️ congratulations kakak.
Acik pun tak pandai.. Hormat org tua kita hargai org sekeliling kita… Alhamdulillah cikgu skrg… Jgn mudah putus asa.. Yg penting utamakan solat dulu.. Itu yg Allah tengok
semoga cemerlang dunia akhirat tiara.. ❤️
jgn ckp mcm tu tiara….ada org rasa diri dia tak pandai…tp bila dh besar dia paling pandai…uncle dulu pun rasa diri xpandai…tp alhamdulillah dpt mengharungi diri sehingga degree…kekadang xsangka…yg penting berkat ibu bapa tu…semoga yg terbaik buat tiara….buat ayah dan mama kamu bangga💪
Sumber : acheykintangkintung
Guna Teh Hijau, Madu Dan Halia Aje Nak Kempis Perut Macam Anak Dara. Mudah Aje Buat Minuman Ni

Beberapa minggu lagi kita akan menyambut Ramadan dan seterusnya bakal meraikan Syawal. Bagi yang memilih baju kebaya tahun ni tentu dah kena pastikan badan kembali langsing serta perut macam anak dara. Solusinya ada jika kita ketahui petua yang betul.
Perkongsian oleh Zana Mokhtar boleh jadikan panduan bagi yang mencuba petua untuk kurus dan kempiskan perut.
Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni . Tapi kena konsisten setiap hari la ye.
In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.
Bahan bahan dia tak ada la susah mana nak sediakan . Janji cukup bahan.
Bahan-bahan
1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau.
1 inci halia di slice nipis nipis.
Madu ( ikut suka)
Cara dia kan macam gini:
1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.
2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.
3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.
4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.
4. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah .
Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau. Moga petua ni dapat manfaat kengkawan lain yang nak kurus tu.
“Abang Mampu Beli Ni Je…” – Doktor Tunaikan Hasrat Isteri Sambut Anniversary Di Mekah

Sambutan hari ulang tahun perkahwinan adalah satu perkara yang “wajib” bagi setiap pasangan suami isteri. Mengikut cara tradisionalnya, makan malam romantik atau “candlelight dinner” sudah cukup tetapi pasangan perubatan ini akan menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 di Makkah.
Baru-baru ini, Dr Ahmad Samhan telah memuat naik satu hantaran di Facebook berdedikasi untuk isterinya, Dr Rushaida Zabidi. Beliau berkata bahawa impian isterinya adalah untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka di Makkah serta mengucapkan terima kasih kepada agensi Umrah yang dipilih kerana membantu merealisasikan impian isterinya.
Diilhamkan oleh isterinya, Dr Ahmad mengimbas kembali kepada zaman kesusahan mereka sepanjang 10 tahun berkahwin pada hantaran yang sama.
“Kami diijabkabul di tahun 3 perubatan. Tak mudah berumah tangga ketika masih belajar. Pernah sekali aku betul-betul tak ada duit. Tapi takkanlah dah ada isteri ni aku tergamak nak minta duit belanja dari Abah. Duit aku hanya cukup-cukup beli sepapan telur” luah Dr Ahmad.
“‘Sayang, bulan ni abang mampu beli ni je. Kita makan nasi dengan kicap, telur sebiji kita kongsi ya?’.’Tak apalah, ini pun dah cukup’. Dia masuk bilik ambil marker dan tulis atas telur nombor 1 hingga 30. Tujuan supaya tak masak lebih dari sebiji setiap hari. Aku sebak” jelas beliau.
Dr Ahmad Sahman juga menceritakan kehebatan isterinya menemani dan menjaganya ketika jatuh sakit pada 7 tahun yang lepas.
“7 tahun lepas aku disahkan ada ketumbuhan rahang. Perlu jalani pembedahan besar. Pembedahan ini menjadikan aku manusia bisu. Mulut diikat dengan dawai dan tekak di tebuk. Kaki disimen, minum susu ikut hidung dan kencing melalui tiub. Siksa, Allah saja tahu. Namun, dia tetap setia disisi menemani dan menjaga. Sikit pun tak mengeluh. Dialah yang sentiasa beri kata-kata semangat waktu aku putus harapan. Dialah yang sentiasa memahami dan memberi sokongan penuh setiap apa yang aku lakukan.”
“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, ada wanita hebat di belakangnya. Wanita yang telah banyak berkorban. Kerana itu aku berusaha sedaya yang mampu untuk penuhi hasratnya. Nasihat saya untuk suami, hargailah isteri ketika susah dan senang. Jangan lupa pengorbanan dia bila berada di puncak. Layanlah dia sebaik mungkin. Hargai dia. Hari ini dia ada, esok lusa mungkin dia tiada. Kerana apa yang dia buat untuk kita dan keluarga tiada bandingan” nasihat Dr Ahmad.
Hantaran Dr Ahmad Samhan telah menyentuh hati warganet yang sebanyak 23,000 di Facebook. Semoga artikel hari ini memberi manfaat dan inspirasi kepada anda semua. Sayangilah pasangan anda sebelum terlambat.
Terima Kasih.
Sumber: Dr Ahmad Samhan di Facebook