Banyak Aktiviti Di Luar, Antara Faktor Kematian Covid-19 Tinggi Di Kalangan Lelaki!

Share

Mendengar penjelasan daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan update Covid-19 hari ini (14 April) berkenaan kes lelaki lebih tinggi kadar kematian berbanding kaum perempuan, nyata itu juga cukup membimbangkan.

Apa tidaknya, lelaki sebagai ketua keluarga adalah tempat bergantung harap isteri dan anak-anak.

Andai mereka yang menjadi mangsa covid-19, tidak tergambar betapa sukarnya kehidupan akan dilalui oleh keluarga yang ditinggalkan. Apatah lagi jika anak-anak masih kecil.

Jadi sebab itulah pentingnya untuk kita semua terus kekal berada  di rumah agar tidak dijangkiti.

Memetik laporan Astro Awani, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar kematian kaum lelaki akibat wabak COVID-19 di negara ini adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Ia termasuk faktor kehadiran jemaah lelaki di Himpunan Tabligh di Sri Petaling

serta aktiviti kumpulan itu yang banyak berada di luar rumah.

“Persoalan kenapa lelaki yang meninggal dunia berbanding wanita, iaitu 75 peratus lelaki dan wanita 25 peratus. Dalam himpunan di Sri Petaling kebanyakan adalah lelaki. Kita dapati kes kematian paling tinggi ialah mereka yang hadir di Sri Petaling iaitu lebih 30 peratus. Itu satu faktor.

Kedua, mungkin lelaki banyak aktiviti luar banding wanita. Namun  yang pasti, mereka meninggal dunia 50 peratus adalah lebih 60 tahun ke atas jadi risiko dia semakin tinggi. Lebih daripada 85 peratus daripada mereka yang meninggal dunia ada penyakit lain contohnya kencing manis, darah tinggi dan jantung,” tambahnya lagi.

Ujarnya, mereka yang mempunyai penyakit lain akan mempunyai gejala yang lebih teruk berbanding mereka yang tiada penyakit.

“Itulah antara faktor yang menyebabkan kes kematian lelaki itu tinggi,” ujar beliau

sumber : Astro Awani