Bantuan STR bantu pasangan muda sambut bayi sulung. Menyambut kelahiran anak memerlukan perbelanjaan yang besar, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak sulung.

Bantuan STR Bantu Pasangan Muda Sambut Bayi Sulung

Nur Amera Fatiha Hamsan, 26, yang dijangka bergelar ibu pada Ogos ini, mengakui sedang menyediakan kelengkapan bayi secara perlahan-lahan agar tidak terbeban, memandangkan mereka perlu membeli barangan baharu sepenuhnya.

Namun, suri rumah dari Taman Tasik Utama, Ayer Keroh itu merasa lega apabila menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang banyak membantu meringankan kewangan beliau dan suaminya, Irfan Faiz Azhar, 28, dalam menyambut kelahiran anak pertama mereka.

Bantuan STR Bantu Pasangan Muda Sambut Bayi Sulung
Kredit foto: Freepik

“Saya berkahwin pada Oktober lepas dan Alhamdulillah, ada rezeki menimang cahaya mata selepas beberapa bulan. Cuma, agak mencabar juga untuk menyediakan barangan bayi kerana suami saya bekerja sebagai penjawat awam rendah.

“Syukur, bantuan STR digunakan dengan sebaiknya untuk membeli barangan bayi seperti pakaian, lampin kain dan tilam,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Untuk lebih berjimat dan memaksimumkan nilai bantuan itu, Nur Amera Fatiha memilih untuk membeli semasa promosi jualan murah sama ada di platform e-dagang atau secara fizikal di pusat beli-belah.

Ads

Bantuan STR Bantu Pasangan Muda Sambut Bayi Sulung

Sementara itu, Irfan Faiz, 28, berkata selain STR, mereka juga menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara automatik ke MyKad, yang membantunya membeli keperluan dapur tanpa perlu mengeluarkan wang tunai dalam jumlah besar.

“Walaupun masih berdua, bantuan ini sangat meringankan beban kewangan bulanan kami, terutamanya kami baharu memulakan kehidupan berumah tangga dan akan menyambut anak tidak lama lagi,” katanya.

KERAJAAN MENYALURKAN PEMBAYARAN STR FASA DUA BERMULA 24 MAC, DENGAN PERUNTUKAN RM1.7 BILION BERBANDING RM1.5 BILION PADA TAHUN LEPAS, MELIBATKAN HAMPIR SEMBILAN JUTA PENERIMA TERDIRI DARIPADA 60 PERATUS RAKYAT DEWASA MALAYSIA MENDAPAT BANTUAN SEHINGGA RM650.

SARA pula merupakan usaha Kerajaan MADANI bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah menerusi bantuan dikreditkan ke MyKad penerima.

Ads

Bermula 1 April, program SARA diperluas kepada 5.4 juta penerima, meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada dan dengan kadar bantuan bulanan dinaikkan sehingga RM200 mengikut kategori berbanding RM100 sebelum ini.

Sumber: BERNAMA

Kredit foto top image: Freepik

Ads

Baca artikel lain juga: Amalan Sunnah Sambut Kelahiran Bayi Ni Mak Ayah Jangan Lupa Buat!

Atikah Suhaime Kongsi Momen Bersalin, Wajah Bahagia Sambut Cahaya Sulung!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI