Pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan memperkukuhkan Pakej Ransangan Ekonomi 2020 pastinya ramai yang berlapang dada.
Apatah lagi dengan bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk tempoh maksimum enam bulan kepada setiap pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan kemelut ekonomi yang melanda negara ketika ini.
Pastinya pengumuman ini membuatkan sekurang-kurangnya ringan sedikit beban kewangan yang ditanggung dalam keluarga.
Selain itu, memetik laporan penuh di akhbar Sinar Harian, PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk tempoh maksimum enam bulan kepada setiap pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan kemelut ekonomi yang melanda negara ketika ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muh LPyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini.
Menurutnya, keputusan itu juga diambil sebagai langkah untuk menambahbaik dan memperkukuhkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan bulan lalu.
“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM120 juta dan dijangka dapat memberi manfaat kepada 33,000 pekerja.
“Bantuan ini juga hanya layak dinikmati oleh pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat EAC di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, langkah tambahan lain yang diambil adalah diskaun caj elektrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian, pelaksanaan projek-projek kecil bernilai RM2 bilion dan pembayaran asal bagi Bantuan Sara Hidup (BSH).
“Kerajaan akan memastikan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 seperti yang telah diumumkan 27 Februari 2020 diteruskan.
“Selain itu, pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Kerajaan juga akan meneruskan dasar fiskal yang bertanggungjawab dan dasar mesra perniagaan bagi menarik pelaburan yang berkualiti juga diteruskan,” katanya.
sumber : Sinar Harian