Dalam Negara

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri Untuk Penjawat Awam & Pesara!

Share

Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri yang akan dibayar mulai minggu depan.

Tidak hanya penjawat awam bahkan sebanyak RM250 turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan, pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada.

“Maka saya putuskan, insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA di sini, hari ini.