Bahagia sebuah keluarga itu pelbagai cara. Ia termasuk mempunyai adik beradik yang ramai.
Namun untuk membesarkan anak yang ramai ada cabarannya.
Ia menjadi momen yang akan dikenang dan menjadikan diri lebih motivasi.
Begitulah perkongsian saudara Mohd Yazid Islam dalam facebooknya tentang cabaran mempunyai adik beradik yang ramai.
“Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.”
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Cabaran hidup dengan RM150
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je.
Ads
Alhamdulillah pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah
Allah bagi rezeki kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Ads
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Masak dapur kayu nak jimat
Ads
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Arwah ayah pentingkan solat berjemaah
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.
Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes Public Mutual saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
Sumber: Mohd Yazid Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tak kisah la anak lelaki ke perempuan, waktu mereka masih kecil ni la mudah untuk ajar serba serbi asas di rumah.
Tak ada la besar nanti bila kita minta tolong, macam-macam alasan keluar. Sampaikan mak-mak nanti mula la keluarkan ayat ‘keramat’, ‘kau ingat mak orang gaji dalam rumah ni?’ Opsss.
Paling penting, ibu ayah perlu tahu basic macam mana nak biasakan anak-anak dengan kerja di rumah. Nak tahu? Jom ikuti perkongsian dari Puan Wawa Shauqi di laman Facebook miliknya nak ajar cara mudah mak ayah libatkan anak-anak dengan tugas di rumah.
Saya membesar dengan memerhati trend tugas rumah dipikul oleh para wanita. Yes. Solo & stand alone.
Tapi, waktu tu tak menjadi persoalan. Kerana yang lelaki sibuk mengerjakan ladang, menukang rumah atau menjala ikan dari subuh ke senja.
Tapi zaman sekarang, saya tak mahu trend ‘solo & stand alone’ tersebut berleluasa.
Cukup-cukuplah wujud golongan lelaki yang hanya tahu mengangkat sunnah nabi berpoligami.
Tiba masanya kita raikan pula generasi lelaki yang turut mengangkat sunnah membantu isteri.
Cewah!
Jom mak ayah. Kita ajar anak bahawa, tugas-tugas di rumah adalah tanggungjawab bersama.
Untung-untung, bila mereka dah dewasa, mata mereka nampak pada tugas rumah yang perlu dilaksana. Bukan TV, selimut gebu atas katil, game mahupun dunia alam maya.
Ada 8 cara mudah untuk libatkan anak dengan tugas rumah :
1) Ajarkan anak untuk lap air setiap kali tumpah dan tutup balang selepas dibuka.
2) EXPECT IMPERFECTION bila anak mencuba. Biar tak kemas, herot berot dan lambat selesai.
Kekemasan akan bertambah dari masa ke semasa. Yang penting mak ayah istiqomah bagi dorongan untuk berjaya.
3) Puji bila anak berjaya. Beri dorongan bila anak putus asa.
Pilihlah untuk membina semangat mereka dengan positif kata-kata.
4) Izinkan anak turut serta dalam setiap kerja. Akan wujud rasa terganggu.
Mak ayah kena tebalkan sabar. Mereka kan sedang belajar.
5) Mulakan dengan tugas-tugas mudah seperti angkat pinggan sendiri ke dapur selepas makan.
Bila dah makin mampu, lanjutkan ke tugas membasuh pinggan.
6) Mulakan perkataan menyuruh dengan ‘Jom’. Ia lebih mesra berbanding bila kita direct menyuruh.
7) Kepimpinan melalui teladan.
Elak gunakan kuasa parents kita untuk bersenang-lenang waktu anak kita arah-arahkan.
Nak anak jadi hebat, kita perlu turut modelkan kehebatan.
8) Jadikan tugas rumah antara sesi anak-anak bermain. Tunjukkan yang tugas rumah itu menyeronokkan. Bukan membebankan.
Sabar kena tebal. Bukan mudah untuk serahkan kerja pada anak yang kawalan tangan masih lemah. Bukan mudah untuk berkompromi bila hasil yang diharapkan tak menjadi. Kerja yang sedia menimbun, akan jadi makin bertambah.
Tapi itulah ‘harga’ yang perlu kita laburkan. Lagi banyak kita mampu sanggup, lagi tinggi nilai diri anak yang dapat kita pupuk.
Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023. Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad Nama Pilihan Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023
Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki, menurut angka ONS.
Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022.
Teka teki mengenai kehamilan penyanyi Ernie Zakri Yang sebelum ini meniti di bibir peminatnya terjawab apabila empunya diri memaklumkan dia kini sedang hamil empat bulan.
Isteri kesayangan Syamel ini mengakui tidak mengalami sebarang alahan teruk pada awal kehamilan. Bagaimanapun ketika kandungan memasuki trimester kedua dia mulai sensitif terhadap makanan dan mengalami alahan.
“Alhamdulillah usia kehamilan saya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan. Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan.
“Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas mengenai dirinya yang seolah-olah menyembunyikan berita tersebut, Erni jujur menjelaskan tidak berniat sedemikian. Sebaliknya berharap ramai memahami situasi dan keadaan yang dilalui dirinya dan suami yang juga penyanyi, Syamel yang kehilangan ibu tercinta bulan lalu.
“Sebenarnya kami memang nak berkongsi berita ini lebih awal tapi disebabkan ketika itu arwah umi Syamel jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia, kami rasa ia bukan waktu yang tepat untuk meraikan berita gembira ini.
“Biarlah keadaan kembali tenang dan seluruh ahli keluarga sudah cukup kuat dan reda dengan pemergian arwah umi. Kami tiada niat langsung nak sorok kehamilan.
“Jika ikutkan hati memang nak berkongsi lebih awal tapi tak terkeluar dalam waktu yang sangat sensitif untuk keluarga kami,” katanya.
Begitupun, Allahyarham Wan Faaizah Karim sempat mengetahui berita kehamilannya, Ernie berkata, arwah begitu teruja sebaik mengetahui perkara itu.
“Sebelum umi nak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kami sempat membuat panggilan video dengannya. Alhamdulillah umi sangat gembira dan teruja.
“Kami bersyukur sangat apabila umi serta seluruh ahli keluarga sudah mengetahui berita gembira ini. Cuma sedih apabila arwah tak sempat untuk melihat cucu sulungnya,” katanya.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...