
Bantuan kewangan RM 600 kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji, sebagaimana diumumkan oleh PM baru-baru ini, disambut baik oleh ramai pihak.
Dan di sini, dijelaskan bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan tersebut sebagaimana yang dikongsikan di akaun Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan.
COVID-19: BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA UNTUK BANTUAN CUTI TANPA GAJI
Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan cara memohon bantuan cuti tanpa gaji ini.
Disini dijelaskan untuk pengetahuan rakyat bahawa anda yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan TIDAK PERLU MEMOHON kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank anda oleh majikan masing-masing.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka. Majikan akan menerima bayaran dari PERKESO dan WAJIB mengkreditkan RM600 tersebut kedalam akaun pekerja mereka dalam tempoh 7 hari.
Juga diingatkan lagi, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Anda boleh membuat pertanyaan lanjut di talian 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/
Sumber : Azmin Ali
Perhatikan Ori Baru Log In Maybank. Lelaki Ni Dah ‘Terkena’ & Kongsi Cara Nak ‘Block’!

Pada masa sekarang ini lebih-lebih lagi di zaman internet, macam-macam cara orang boleh lakukan untuk menipu bagi tujuan mendapatkan kehendak peribadi mereka seperti mendapatkan wang dan sebagainya.
Atas sebab itu juga, kita sebagai pengguna internet perlu lebih berhati-hati dan waspada agar tidak ‘terkena’ di masa akan datang.
Antaranya seperti membaca pengalaman yang dilalui sendiri oleh saudara Azizul Osman apabila ingin melihat baki akaun maybank secara dalam talian dan seterusnya membawa kepada masalah yang tidak diduga buat dirinya. Dan ini dikongsikan di akaun fbnya.
Nyata kisah ini boleh dijadikan iktibar dan secara tidak langsung jika terjadi kita tahu untuk bertindak dan sekali gus ‘block’ sebarang pindahan wang oleh pihak scammer tersebut.
Ini perkongsiannya.
Cerita dia macam ni.
Perkara ini berlaku kat aku hari Sabtu lepas.
Dalam kul 3.38 petang hati aku tetiba nak check balance kat Maybank.
So aku pun bukan laptop (dah lama x login Maybank2u kat laptop ye) Google Maybank.
Then aku tekan enter.
Aku click kat perkataan Maybank (tanpa sedar itu bukan laman web asli), serius aku x sedar itu fake weh.
Layout dia sama. Semua sama.
Aku login, letak password.
Pastu aku terima SMS, dgn TAC Nombor.
Kat laptop tu, dia kata letak nombor. So aku letak TAC tu ye. Xtau mcm mana. Aku ikut je.
Lepas tu, aku terkejut sendiri. Yg aku bg tadi tu TAC no kan.
Terperanjat (mcm kena pukul), aku pun pantas (xtau kenapa pantas dan kenapa x pakai app kat HP je masa tu).
Check balance. Adoi. Ada transaksi besar yang dipindahkan ke Lazada.
Xsempat nak snap, akaun kat app HP dah x boleh pakai.
Adoi. Serius xtau apa jadi kat aku masa tu.
Aku call Maybank, ckp kat deorg ada transaksi duit ke Lazada.
Deorg advise sekat Maybank2u dan kad bank.
Selesai bab tu.
Aku mintak pertolongan rakan2 ofis nak dapatkan PRO Maybank. Prakash nama dia.
Baik org dia. Alhamdulillah dia dapat tolong report kat team security Maybank.
Then Maybank advise Aku g report polis. Aku ikutkan sebab xtau nak buat apa.
Masa report polis, polis tanya mcm mana. Then aku xplain satu2. Ok fine report polis.
Pastu terima call dari Maybank, deorg ckp perkara ini sudah disiasat oleh mereka dan sudah di pengetahuan Lazada.
Mr Yap from Maybank call ckp yes ur case pihak Maybank tengah siasat.
And Monday or Tuesday, pihak Maybank akan call bagi perkembangan lanjut.
Dia kata kalau inter Maybank senang nak setel, tapi kalau melibatkan pihak ketiga susah sikit. Kena deal dgn pihak ketiga tu, nak pihak ketiga tu akan selesaikan then baru Maybank boleh setelkan part bank.
Laman web dia
((https://campaignmay2u.com/home/m2u/common/login.do)))
(JANGAN KLIK).
(aku pun tak tau macam mana boleh p web site ni).
Sedangkan aku type Maybank kot.
Hari ni pegawai Maybank call, ckp duit tu x boleh nak dapatkan balik sebab scammer tu dah guna tuk topup online gaming.
Dia kata klu ada balance, deorg cuba dapatkan.
Kalau korg kata xkan x perasan web site dia lain. The things is layout dia sama sebijik.
Mana tahu Allah nak beri ujian, mungkin aku ada buat silap dan mungkin ada benda2 yg aku buat ada yg x betul. So Allah nak beri pengajaran.
So korg hati2 ya. Pastikan ori baru login.
Kat bawah ni layout dia.
Korg bandingkan sendiri ya.
Sumber : Azizul Osman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari Bahagia & Berkat Dalam Hidup. Ikuti Perkongsian Ni & Perlu Amalkan!

Betapa ada orang mempunyai kekayaan dan kemewahan hidup namun di dalam hatinya terasa kosong tidak bahagia.
Pun begitu tidak hairan juga ada keluarga yang hidupnya sederhana namun dilalui dengan penuh keberkatan dan merasai nikmat bahagia.
Hakikatnya keberkatan hidup dan kebahagiaan itu perlu dicari, dan jika ditanya di mana sebenarnya punca bahagia, apakah jawapnnya?
Menjawab persoalan ini, elok kiranya kita baca perkongsian daripada saudara Ammar Kamilin.
Pinjam keberkatan Ramadan untuk merasai bahagia keberkatan al-Quran.
Beberapa hari lepas, dapat mendengar perkongsian Ustaz Faiz (Akademi Sinergi) tentang galakan tadabbur al-Quran (menyelami makna dan mesej yang Allah mahu sampaikan kepada kita).
Izin saya berkongsi beberapa buah fikir dan kesimpulan peribadi, mudah-mudahan bermanfaat.
1. Dalam surah al-Baqarah (2:185), dinyatakan, Ramadan bulan diturunkan al-Quran. Jika tidak kerana peristiwa penurunan al-Quran, Ramadan sama saja dengan bulan-bulan yang lain. Tidaklah Ramadan digelar ‘Penghulu Segala Bulan’.
Allah menyebutkan kaitan Ramadan dengan penurunan al-Quran, sebelum memerintahkan kewajiban berpuasa.
Maka, fahamlah kita, Ramadan adalah bulan yang sebaiknya kita merapatkan diri dengan al-Quran. Bukan sekadar berpuasa.
Jika bulan-bulan lain agak terleka, bulan ini, bagus jika kita kembali membaca dan menilik makna-makna ayat di dalam al-Quran.
Asbab konsisten memaknai al-Quran dalam bulan ini, besar harapan, kita akan membawa tabiat ini ke 11 bulan seterusnya. Sebelum bertemu semula Ramadan (jika dipinjam lagi nyawa).
2. Manusia hidup mencari keberkatan. Dari mana datangnya keberkatan?
Al-Quran memberikan jawapan.
Selain Allah turunkan keberkatan melalui hujan, yang menyuburkan bumi dengan tanam-tanaman dan keperluan haiwan untuk kita jadikan sumber makanan, Allah juga menurunkan keberkatan melalui al-Quran.
Ya, al-Quran yang kita pegang dan baca adalah sumber keberkatan. (Alangkah rugi selama ini tidak menghiraukannya)
Untuk merasainya, tidak cukup sekadar baca (apa pun ini lebih baik dari tidak dibuka langsung). Kita perlu memahami makna dan mesej yang disampaikan Allah. Kemudian perlu diamalkan seiring dengan apa yang telah kita fahami. Dengan faham dan amal syariat Allah, baru kehidupan akan dilimpahi berkat.
3. Kolam keberkatan letaknya di hati. Hati yang sentiasa ‘diairi’ dengan ayat al-Quran akan cukup untuk menampung apa saja ‘kemarau’ yang bertandang dalam hidup.
Ada masa kita berasa terlalu sakit di hati dengan ujian yang datang. Sesak dada tanpa ketahuan punca. Runsing dan terus buntu tanpa tahu mengapa. Puncanya kolam keberkatan di hati sudah kering. Ayat Allah sudah lama tidak masuk ke dalam hati (kefahaman pada ayat-ayat-Nya).
Solusinya, cari al-Quran. Baca dan fahami. Ada ketenangan dan manis di dalamnya. Sungguh!
4. Al-Quran perlu dijadikan amalan harian yang tidak boleh ditinggalkan, WALAU SATU HARI. Allah berfirman dalam surah al-Hadid (57:16), Hati akan jadi keras apabila tidak disirami ayat-Nya.
Hati keras umpama batu. Nak tumbuh apa pun tak boleh. Iman tak boleh tumbuh. Dengan orang jadi tiada ihsan. Cepat panas. Kena hentak sikit merekah. Pecah.
5. Yang sering disebut keberkatan itu bermakna, banyaknya kebaikan, bertambah kebaikan dan terus tetap dalam kebaikan. Bermakna hidup sentiasa baik-baik saja, walau sesukar mana ujian. Bukankah ini kehidupan yang kita mahukan?
Kongsikan catatan ringkas ini pada semua. Jangan sampai ada rakan kita yang meninggalkan Ramadan, kosong tanpa sedikit pun memahami makna al-Quran sama seperi tahun-tahun sebelum ini.
Berapa ramai yang tidak sempat mengecap ramadan tahun ini. Mereka juga seperti kita, berfikir tahun depan masih ada masa.
Kita sedang berada di dalamnya. Gunakan peluang dan untung ini untuk saham di sana. Entah ini yang terakhir.
Maka, selain menyedari untung diri, sebarkan sama mesej ini, supaya lebih ramai merasai keuntungannya.
Saya doakan, kita semua yang membaca ini dan menerima mesej ini, penuh kolam hatinya dengan air keberkatan dan cekal berdepan kemarau ujian. Dengan mencintai al-Quran. Amin.
Moga kita semua, bertemu Lailatul Qadr.
HANYA kepada Allah, kita kembali.
Sumber : Ammar Kamilin
“Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold

“Orang nak RM100,000 kita tak jual, jual tak ada untung simpan tak ada rugi,” luah penjual pokok keladi hiasan di dalam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok milik @pemburujanda8339.
Video berdurasi 32 saat itu telah menarik perhatian warganet berkenaan harga pokok keladi tersebut.
Menurut penjual, dia ditawarkan oleh seorang pembeli yang ingin membeli pokok keladi miliknya jenis Guine 916 Gold dengan harga kira-kira RM100,000.
Bagaimanapun katanya, dia tidak akan menjual keladi kesayangannya itu kerana ingin membiakkan bakanya. Jadi bolehlah peminat keladi membeli anak-anak keladi yang ada dan ini difikirkan lebih menguntungkan baginya.
“Kita simpan untuk jual anak (benih), benih ini sahaja pun RM3,000 hingga RM4,000,” jelas penjual itu.
Menyedari harganya yang begitu bernilai, peniaga ini juga dilihat terpaksa merantai setiap pokok keladi yang ada kerana bimbang dicuri orang.
Susulan perkongsian video daripada lekaki ini, rata-rata netizen terkejut dengan harga keladi terbabit yang hampir menyamai harga sebuah Proton X70.
“Harga dia (keladi) dah boleh beli Proton X70 baharu dengan spesifikasi tinggi. Tetapi hobi orang berlainan, ada yang sanggup beli demi hobi,” kata Hajar Abdullah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Guzs’s, ujarnya, “Dekat Selangor pun dah ramai bela keladi, ramai dah main. Ribu-ribu deap jual.”
Sumber : Tiktok @pemburujanda8339
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club