Bantuan Awal Persekolahan, Setiap Anak Dapat RM150. Ibu Ayah Sediakan Dokumen Ni Untuk Tuntut!

Share

Syukur! Pastinya ramai ibu ayah yang berasa lega dengan adanya Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang anak bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan kepada murid-murid di sekolah masing-masing.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut iaitu murid warganegara Malaysia, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya dan murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); Sekolah Agama; Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

 

 

Menerusi laporan yang dikongsikan  Sinar Bestari, berikut disenaraikan panduan kepada ibu bapa atau penjaga yang perlu disediakan sebelum mengambil bantuan tersebut di sekolah anak masing-masing.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah

1) Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.

2) Sila bawa bersama
– Sijil lahir/kad pengenalan murid
– Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
– Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)

3) Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2023.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

4) Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.

5) Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.

6) Fasa 1 akan diserahkan pada
a) 16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat
b) 17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima
c) 18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Sumber : Sinar Bestari

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club