Berita

Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari

Share

Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.

Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025.

Menurutnya, manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025.

“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.

“Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan beberapa kaedah iaitu serahan tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah pula akan diberikan menerusi ibu bapa atau murid.

“Cara kedua adalah pengkreditan ke akaun bank murid atau akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KPM memberitahu, Kerajaan Madani memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP.

Jelasnya, sebanyak RM150 diperuntukkan kepada setiap murid secara sekali bayar (one-off) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.

“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan Madani untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Kredit foto (top image): Berita Harian

Baca artikel lain juga: Bantuan Awal Persekolahan, Pelajar Tingkatan Enam Terima Februari 2025

Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) Diteruskan, Mak Ayah Boleh Tarik Nafas Lega!

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my