Betik antara buah-buahan yang menjadi kegemaran semua. Memiliki banyak khasiat kerana buah yang kaya dengan kalsium, vitamin, zat besi, dan riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah.
Enzim dalam betik, dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan mengurangkan sembelit.
Malah, bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, pengambilan buah betik yang konsisten adalah salah satu cara mudah untuk mengurangkan lemak yang degil.
Anda boleh makan buah betik, yang kaya akan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak berlebihan dari dalam tubuh.
Rendah Kalori
Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan. Hal ini sangat menyihatkan bukan?
Serat
Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh mencetuskan kenaikan berat badan.
Lemak
Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Memakan betik tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih mudah turun.
Air
Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89 peratus dari berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari tubuh dan melancarkan metabolisme.
Diet Betik Selama Seminggu
Mulakan untuk mengambil betik pada setiap pagi. Potong dadu dan jadikan salad untuk sarapan. Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu.
Tempatkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Setelah matang simpan dalam peti sejuk selama seminggu. Pengambilan segera atau dalam beberapa hari.
Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu sentiasa minum air putih, makan makanan kaya serat dan rutin bersenam. Inshaallah, anda boleh dapatkan bentuk badan ideal.
Sumber: Wanista
“Kerja Keras Berbayar, Bangga Dengan Bella.” Bolot 9 Anugerah Cemerlang Di Sekolah, Dr Halina Mahu Bella Terbang Tinggi Tapi Tetap Rendah Diri.
Isi Kandungan
TogglePasangan ini sentiasa menjadi ikutan para netizen terutama sekali dalam mendidik anak-anak.
Melihatkan karekter ayah yang tegas, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak.
Sebelum ini, beliau mengakui anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
Tidak hairanlah bila mana anak-anaknya sangat bijak dan sentiasa mendapat pujian netizen. Terbaru, Dato Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Datin Dr Halina berkongsi kisah kejayaan anak sulung mereka, Sophea Isabella atau lebih mesra dipanggil Bella apabila meraih pelbagai anugerah di sekolah.
Pic – Hari Anugerah Cemerlang Islamic School for Bella …
We are at Bella’s Islamic School now giving her moral support .
Alhamdulillah – Bella did well for her Islamic studies Primary One .
Bella is getting award for –
Cemerlang AlQuran
Cemerlang Tauhid
Cemerlang Fekah
Cemerlang Sirah
Cemerlang Bahasa Arab
Cemerlang Akhlak
Cemerlang Khat
Cemerlang Hadith
Cemerlang Keseluruhan
Truly proud of her achievement .
TQ to all of Bella’s Ustazah who guided her with patience and pushing her to the limit .
May you be a great Ummah one day Bella,’ Tulis Dato’ Dr Sheikh Muszaphar di laamn instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Manakala Datin Dr Halina turut berkongsi kegembiraan yang sama.
Bella’s hard work pays off. Tahniah Bella… semoga Bella akan jadi contoh kepada Tasha, Adam & Noah. Tadi ucapan dr headmaster SRA… dia pesan… jgn membezakan anak2… setiap anak2 ada kelebihan masing2, cuma mungkin kita tak nampak sekarang. Pesanan yg bagus tu…
Terima kasih ustazah Anis ajar Bella dan kawan2… dan jugak ustazah2 lain yg sama2 mengajar anak2 ni.. Bella sayang btul dgn ustazah2 dia.. .
Im proud of you Bella.. I want you to fly sky high but at the same time, I want you to be humble. Respect your teachers and elders, be kind to your friends.. and you will be fine.. inshaaAllah,” ujar Datin Dr Halina yang sangat humble orangnya.
View this post on InstagramA post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on
Sementara itu, ramai pengikut mereka mengucapkan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian anak sulung pasangan ini.
_eda.hidayah Antara kunci kejayaan: hormat ibu bapa, hormat guru2, sayangi darah daging dan berbaik dgn org skeliling. Alhamdulillah.. proud of u bella ? tahniah❤️❤️❤️
elminadia congrats bella…betul tu doc.i pn mintak dijauhkan dr membezakn anak2. takut akan buat anak tu rase rendah diri dikalangan ahli keluarga sendiri dan masyarakat. we just need to encourage and asah bakat setiap anak2.and the most important things is doa ibu bapa tu sendiri kan
noorsofie75 Masya Allah Tabarakallah.Alhamdulillah doa dan usaha dari ibu ayah serta kemahuan anak2 yang ada kemahuan dan kesungguhan,tahniah Bella
d_nashrin Bagus Dr enroll anak ke SRA ?. Tak sangka. Ingat dulu sure enroll international school sb status both of u n @drsheikhmuszaphar I get inspired bila baca bab anak2 ? Congrats?
farrahmahful Congrats Dr. H and S. Now both of u slowly got the ‘gold’ that u work for. InsyaAllah Sophea Isabella will have Humble as her middle name just like her parents. Love to seeing how Dr. H and S spread love awareness for the followers on IG everyday. ?
Sumber: IG drhalina & drsheikhmuszaphar
Potluck Raya Anak, Bihun 4 Kati. Lambakan Makanan, Dah Membazir!
Potluck raya atau open house adalah kelaziman yang diadakan apabila memasuki minggu kedua Syawal.
Bukan sahaka orang dewasa, anak-anak di sekolah pun turut terlibat sama. Whatsapp grup sekolah ada yang menyediakan senarai makanan yang bakal di bawa oleh murid-murid.
Walaupun senaraikan menu yang disediakan oleh pihak guru itu bukan wajib, namun kesungguhan ibu bapa begitu membanggakan terutama para ibu.
Namun, kadang kala para ibu lupa bahawa konsep potluck bukan perlu membawa banyak makanan untuk satu kelas, ia konsep berkongsi makanan dalam kuantiti yang kecil. Tidak perlu menyediakan menu makanan untuk satu kelas.
Akibatnya tanpa sengaja berlaku pembaziran. Inilah yang dikongsi oleh seorang guru mengenai situasi potluck apabila diadakan di sekolah. Banyak makanan berlebihan. Bukan tidak menghargai kesungguhan para ibu menyediakan makanan namun seharusnya bersederhana supaya tidak berlaku lambakan makanan. Malah ada juga para ibu ‘sentap’ apabila masakannya tidak habis.
Moga kita bersederhana dalam menyediakan makanan potluck untuk anak-anak.
POTLUCK RAYA BIHUN 4 KATI.
Isu bawa makanan oleh anak anak tapi tak ada yang makan. Aku rasa terpanggil untuk menunggang isu yang tengah hangat umpama bara api yang membakar lemang. Makan tak seberapa tapi nak membuatnya renyah yakmat oii.
Sekolah mengadakan jamuan hari raya sebagai meraikan anak anak. Tak wajib pun bawa makanan. Biasanya guru dan pihak sekolah dah plan dah. Macam sekolah aku 25hb nanti, dah pakat dengan PIBG. Satu menu utama dah disediakan oleh kantin.
Makanan yang dibawa anak anak biasanya ikut emaknya. Jangan tanya bapaknya. Nama kelas anak pun kadang tak tahu. Terpulang pada emaklah.
Tapi emak macam biasalah. Prihatin. Kesian dekat anak. Nanti orang lain bawak. Anak kita tak bawa. Dah rasa macam berdosa besar.. Padahal takdak apapun. Tak percaya tanyalah sang ayah. Lantak pi lah kata ayah.
Emak emak yang rajin ni pun masaklah dalam dingin subuh hatiku terusik. Kerna nasib diri dirantauan. Terdengar takbir raya terlihat sini sana. Penyeri malam raya ehhh..ternyanyi pulak. Yang paling mudah, bihun, nasi goreng, hotdog. Bila semua emak seolah mempunyai naluri yang sama, jadilah 10 orang murid bawa bihun, 19 lagi bawa hotdog. Padahal anak kat rumah bihun pun tak makan.
Jadilah lebihan berlambak. Nak bagi dekat si Daniel Haikal, emak Daniel pun goreng bihun jugak. Maka terpaksa lah Putra Naim bawa balik semula bihun digoreng emaknya.
Bila balik Putra Naim bawak balik semula bihun. Benganglah si emak sampai up status. Anak dia kecik hati, low esteem sebab tak ada orang makan bihun. Anak tak kecik hati sangat kut. Emak je kan.
Bayangkan bihun saja 10 jenis. Anak mana yang makan bihun banyak. Kat rumah pun order grab atau panda. Banyak mekdi dari nasi. Aduhai.
Benda ni tak jadi isu kalau bincang dalam group wasap. Ni tidak. Group wasap kelas jadi tempat tanya esok kena pakai baju apa. Anak tak hadir sebab urusan keluarga. Kesian anak. Kecik kecik dah kena pikir pasal keluarga. Sampai cikgu kena off comment. Aduhai lagi.
Apa salah bincang Senah buat ketupat, Peah buat rendang. Rogayah masak kuah lodeh, Aminah buat kuah kacang. Kan pelbagai. Tak pun kutip duit beli mekdi yang anak anak suka makan. Tak pun pizza hut ke. Nak lagi mudah pakat dengan guru kelas buat jamuan raya kat hotel. Mak ayah sponsor. Konpom tak ada yang kecik hati.
Dah beban kesalahan jatuh atas bahu cikgu yang sedia disalahkan ni. Sebab anak rasa rendah diri sebab budak lain tak makan yang dia bawa. Sampai nangis anak tu. Mau tak menangis emak dah jegil sampai buntang bijik mata.
Lagi best kalau mak mak pulak rancang buat sambutan raya kat sekolah..pakat ramai ramai. Raikan anak anak dan cikgu pulak. Bincang dengan PIBG. Rasanya tak timbul dah kut masalah. Tu la. Mesyuarat PIBG taknak datang. Jadi Ajk pun tak datang jugak😂.
Ni ha anak aku ni emak dia dah kalut nak bawak apa. Tadi pegi mall cari hadiah hari guru lah. Aku jugak kena pergi sekali. Ni anak aku ni nak bawak apa makanan gi sekolah ni. Senang senang aku suruh Cik Puan Isteri goreng bihun saja lah.
Tanya aku senang saja. Nah ambik duit bagi dekat cikgu. Beli lah apa pun. Senang. Duit raya korang bila lagi nak guna kan.
Benda boleh gaduh buat apa nak bincang ye dak. Ni lah orang perempuan. Depa stress dengan kita kita sekali kena heret jadi stress sama
Ok. Jemput mai beraya kat wall aku ni. Jangan maki hamun dah la. Bawak bihun sekali.
Maaf Zahir Batin wei. Gurau takkan tak boleh
Sumber: Cikgu Zahran
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ayah Lumpuh, Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Dimurahkan Rezeki!
Pasti sahaja kita sebagai anak telah melihat jerih perih ayah selama ini untuk membesarkan kita. Lantas, wajar untuk kita membalas setiap jasa baik dan kasih sayang yang telah dicurahkan selama ini. Apatah lagi andai kesihatan mereka terjejas, kitalah tempat mereka bergantung harap.
Demikian juga perkongsian seorang lelaki ini, Harmanto Abdul Aziz. Demi menjaga dan menguruskan keperluan bapa tercinta yang lumpuh akibat angin ahmar, dia nekad berhenti kerja di sebuah syarikat automotif lapan tahun lalu.
Difahamkan sebagaimana dilaporkan di dalam Harian Metro, Harmanto membuat keputusan tersebut setelah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga. Menurutnya lagi, berhenti kerja adalah jalan terbaik walaupun tiada wang simpanan ketika itu dan berdepan sindiran daripada mereka yang tidak berada di tempatnya.
Kerap Ambil Cuti
“Dulu saya bekerja di bahagian pentadbiran dan pengambilan pekerja namun banyak ambil cuti kerana ayah, Abdul Aziz Salleh, 82, kerap keluar masuk hospital.
“Pada waktu itu, ada tugasan diberi tidak dapat disiapkan dan kerana enggan menyusahkan ramai pihak, saya ambil keputusan berhenti dengan menghantar notis 24 jam.
“Bagaimanapun, tiga hari juga saya fikir sebelum hantar notis dan memang tidak nampak cara lain kecuali berhenti,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 13, di sini.
Tiga Hari Koma
Harmanto berkata, bapanya dulu seorang yang aktif bersukan sebelum jatuh sakit pada awal 2014 selepas berkebun.
Katanya, bapanya dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan kronik ketika itu.
“Disebabkan itu, ayah menjalani pembedahan trakeostomi atau tebukan pada leher bagi memasukkan tiub pernafasan.
“Ayah kemudian diintubasi (ditidurkan) dan tiga hari koma. Selepas sedar, ayah lumpuh sebelah kiri daripada tangan ke bawah.
“Dulu, ayah ada ke hospital untuk pemeriksaan susulan namun sudah empat tahun tidak jumpa doktor untuk periksa keadaannya,” katanya.
Dimurahkan Rezeki
Meskipun tiada pekerjaan tetap, Harmanto mengakui tidak boleh duduk diam malah mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan berbekalkan kemahiran yang ada.
Berkat usaha dan kesabaran, Harmanto tidak pernah putus rezeki malah dapat menghantar anaknya menyambung pengajian ke menara gading.
“Rutin harian saya pada sebelah pagi adalah sediakan sarapan sebelum hantar anak ke sekolah dan isteri ke pejabat.
“Tengah hari, saya ambil anak pulang dari sekolah kemudian rehat seketika sebelum keluar ambil isteri pada sebelah petang.
“Ada kalanya, saya dapat tempahan memasak malah pernah juga orang panggil baiki tingkap dan sebagainya jadi saya buat saja semua kerja asalkan dapat duit. Ikutkan, saya tidak belajar kemahiran itu namun mungkin ia anugerah Allah buat saya.
“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah lagi tadah tangan minta sedekah atau sumbangan sebaliknya usaha sendiri kerana yakin rezeki Allah itu luas. Cuma jika ada yang nak menyumbang sekalipun biarlah untuk ayah,” katanya.
Terus Berharap
Jauh di sudut hati, Harmanto masih berharap bapanya kembali sembuh dan kuat berjalan seperti dulu.
“Semua anak senasib dengan saya tentunya mahu ayah mereka sembuh.
“Cuma, kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan usaha kerana selebihnya serah kepada Allah,” katanya.
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club