Bila ada yang ringgan tulang membantu, memberi pertolongan kepada keluarga orang lain yang berdepan dengan masalah, benar sifat ini harus dipuji.
Namun jangan ada antara kita bila membantu berasa angkuh dan memperlekehkan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarga tersebut.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Khairul Hakimin, berkongsi kisah tentang seorang ibu berdepan masalah anak terkencing di dalam kereta.
Jom kita ambil pengajaran dan semoga dapat mendidik diri menjadi lebih baik…Amin
Lepas mesyuarat tadi saya pergi ke parking kereta, nak terus ke meeting seterusnya.
Sampai je dekat kereta ada seorang mak kecoh-kecoh. Saya teragak-agak nak masuk kereta, last-last saya tanya juga kenapa.
Anak lelakinya terkencing dalam seluar dan dia tak tahu nak balik rumah macam mana. Elok kami bersembang, datang lagi sekeluarga nak ke kereta juga.
Oleh kerana mak budak tadi duk dukung baby, dia juga takut nak tinggalkan anak yang basah lencun terkencing itu sendirian, maka dia duk cari surat khabar untuk alas tempat duduk keretanya.
Kami pun kasilah mana yang ada dan akhirnya ada makcik duk cakap, “anak kau pakai saiz apa? Mari makcik naik atas kejap belikan seluar. Payah benor takut kusyen tu busuk.”
Depa pun bersembang dan nampak makcik itu meluru masuk ke dalam shopping mall itu semula, saya pun kasi mineral water ke depa, terus balik rumah.
Ads
Ada 1 momen yang saya yakin emak budak itu jadi panik dan takut ialah masa saya nak ke kereta dia duk cakap telefon. Kemudiannya dia marah-marah anaknya.
Boleh jadi, dia takut dimarahi suami kerana kereta itu memang nampak sangat baru. Boleh jadi juga dia berusaha tak nak keretanya busuk takut anaknya dipukul oleh suami jika balik ke rumah nanti. Entah.
Saya tak tahu semua itu. Namun saya belajar juga sesuatu.
Pertama, tak boleh judge apa-apa selagi tak tahu kisahnya. Tanya sahaja. Lantaklah orang kata kita menyibuk dan sebagainya, tanya.
Kedua, bantu sahaja mana yang boleh. Tak mampu, doakan kebaikan.
Ads
Kita tak pernah tahu kesusahan orang. Dan memang ya dalam hati kita, kita boleh cakap, “menda gitu pun nak kecoh, balik jelah, nanti cuci.”
Saya pun ada terdetik gitu. Namun apabila dalam perjalanan ke tempat lain tadi, boleh jadi kalau saya dalam ketakutan, saya akan berusaha selesaikan semuanya walau orang nak kata apa sahaja kepada saya.
Kita semua berdosa dalam banyaknya masalah orang kerana hati kita selalu mengikut detik syaitan dalam tak sedar.
Dan itulah fungsi istighfar. Salah, istighfar, silap, istighfar.
Ads
Kita bukan baik mana. Orang susah, kita usaha bantu. Orang senang, kita senyum dan melihat mereka dengan penuh sangka baik.
Kita manusia, hamba kepada Allah. Banyak dosa. Dan sangat banyak yang berkumpul dalam hati kita.
Kita sering tak perasan yang kecil-kecil itu boleh jadi bertimbun, lalu membukit dan menggunung.
Dan entah-entah semua itu jadi akses mudah ke neraka. Entahlah. Begitulah kita. Tak baik mana pun.
Buat makcik yang bantu tadi, saya tabik. Inilah contoh orang yang kita nak di mana-mana.
Bantu sahaja tanpa kenal, tolong sahaja mana mampu. Dan itu tak perlu selfie, tak payah mengakui sudah berbuat baik sana sini.
Cukup dengan 2-3 patah kata, terus bertindak dan selesai. Alhamdulillah.
Laman rumah yang cantik tentunya memberi nilai istimewa untuk seisi keluarga. Tidak dinafikan juga dengan adanya laman yang sempurna, tersusun rapi dengan tanam-tanaman yang subur akan turut memberi kesan emosi yang lebih tenang dan damai buat penghuni kediaman. Begitu juga auranya turut sama dirasai oleh jiran-jiran dan orang sekeliling.
Ini sebagaimana bila kita melihat indah dan rapinya laman milik puan Nor Hayati Ini.
Memetik kata-kata Puan Nor Hayati Ismail di Utusan Online ‘‘Sebenarnya, saya tercabar dengan kata-kata rakan-rakan dalam ‘geng kebun’ yang merasakan agak mustahil untuk menanam kubis dalam pasu lebih-lebih lagi di kawasan panas.
“Sebagai percubaan, saya tanam dalam dua pasu sahaja, tak sangka tumbuh dengan baik membuatkan saya bersemangat untuk tanam lebih banyak lagi.
“Selain kubis, saya juga tanam salad dan kubis bunga, di samping bunga seperti kekwa, vinca, mawar Jepun dan petunia.
Nyata, ruang laman kediaman semi D keluarga ini nampak sungguh tenang dan damai. Apatah lagi bila melihat setiap pokok bunga yang ditanam galak berbunga lebat, nampak cukup berseri.
Mencungkil rahsia memiliki taman sebegini, ayuh kita ketahui rahsianya daripada pemilik kediaman ini sendiri, Puan Nor Hayati Ismail.
“Macam-macam jenis bunga, sayur dan ulam-ulaman yang akak tanam. Akak duduk rumah semi D jadi ada lah ruang untuk akak berkebun. Dalam ruang yang terhad kalau pandai susun atur akan cantik, banyak yang boleh dimanafaatkan”
Kongsinya lagi, kenalan serta jiran-jiran menyifatkan dia mempunyai ‘sentuhan ajaib’ kerana kebolehan dalam mengendalikan tanaman yang dianggap sukar oleh sesetengah orang.
Dalam pada itu, disebabkan dia sendiri tidak begitu gemar makan sayur, hasil tanaman yang diusahakan dihulurkan kepada jiran tetangga yang datang berkunjung.
‘‘Ada juga orang luar yang singgah rumah untuk membeli sayur-sayur ini. Sesetengahnya sanggup membeli pada harga yang lebih mahal daripada kedai.’’
Ini jelas sekali membuktikan, tidak akan pernah rugi bagi sesiapa pun yang berbudi pada tanah.
Rutin Harian
Meninjau rutin harian wanita ini dalam mengurus laman mininya agar rapi dan hidup subur, ini katanya,”Setiap pagi lepas hantar anak akak ke sekolah, akak akan terus jenguk kebun mini akak ni. Hujan ke panas ke akk tetap siram tanamam-tanaman akak ni. Sebab ada pokok yang rimbun tu air hujan tak dapat masuk dalam pasu. Akak akan pastikan pokok-pokok akak segar dan subur.”
“Daun kering, bunga layu tu semua akak buang setiap hari. Anak-anak akak pon boleh katakan berkongsi minat yang sama dengan akak. Rajin tolong akak berkebun. Suami akak pon banyak membantu”
Kongsi Tip Untuk Ibu Yang Berkeja
“Bagi ibu-ibu yang berkerja boleh je nak menanam tu. Bagi masa untuk ruang santai kita tu dengan bercucuk tanam. Sedikit sebanyak boleh ringankan belanja dapur. Tanam sayur, tanam ulam. Yang penting kena pandai bahagikan masa. Sambil-sambil santai balik kerja ke hari minggu ke, boleh je tanam sikit-sikit… Siram sekali sehari je….Lagi pon balik rumah tengok hasil tanaman boleh legakan tekanan seharian bekerja.”
sumber : Nor Hayati Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun pendidikan terawal adalah dari rumah.
Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak justeru cara mendidik mereka harus betul supaya tidak tersalah langkah.
Mulakan dari awal bak kata pepatah jika nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Menerusi satu catatan, wanita bernama Nurul Atika Moktar berkongsi tentang tip mendidik anak yang dikongsikan oleh seorang wanita cina kepadanya.
Ilmu keibubapaan ini cukup penting dan boleh digunapakai oleh ibu bapa sekalian dalam mendidik anak-anak.
Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Mulanya tegur aunty tu sebab muka dia nampak sangat sangat muda, tapi rambut semua dah putih. Saja tanya umur dia, dia cakap 58. Tapi serius muka dia macam umur 30 macam tu. Cantik sangat! Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Nak bagi badan muda muka cantik, hati kena baik. Sentiasa positif, jangan selalu marah, hati cantik muka pun cantik”
“Kalau boleh biar anak pandai bahasa ibunda dulu. Lepas tu jangan campur-campur. Nanti anak confuse. Saya ajar anak saya harini 1 hari cakap Mandarin. Esok 1 hari cakap Bahasa Melayu. Lagi esok 1 hari cakap Inggeris. Tak ada campur. Lagi anak senang ingat”
“Benda basic macam atas bawah luar dalam, warna, bentuk, apa dia rasa macam suka sedih marah, semua kena ajar bukan guna buku,bukan guna telefon.
“Jadi mak bapak hati kadang-kadang kena keras. No means no. Kalau anak menangis nak telefon jangan terus bagi. Bagi anak faham bila kita cakap TAK, dia faham memang tak boleh”.
Sekadar gambar hiasan
Itulah permulaan perbualan kami. Lepas tu dia tengok Adra tengah belek-belek sayur. Tanya ni apa, tu apa. Haa tu yang terus aunty tu ajar macam-macam.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
Sekadar gambar hiasan
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”. Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan. Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. “Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kata air tangan seorang isteri itu pengikat kasih sayang dan keharmonian dalam rumah tangga. tetapi kalau tak pandai masak pun tidak bermakna rumah tangga tidak harmoni kan. Bergantung bagaimana pembawaan suami isteri dalam melayari bahtera perkahwinan bersama.
Seperti mana yang dikongsikan oleh pelakon Aeril Zafrel yang secara terbuka mengakui bahawa isterinya, Wawa Zainal tidak pandai memasak tetapi dia masih menerima Wawa sebagai suri hatinya itu.
Zaman sekarang ni tak kisah perempuan pandai masak ke tak, yang penting pandai cari duit. Orang lelaki ni kalau lapar dia boleh order je. Tapi kena juga pandai buat basic, masak air ke masak nasi ke kan. Macam Wawa pun, tak pandai masak saya terima je seadanya.
Pendedahan Aeril itu berikutan Wawa Zainal memuat naik satu perkongsian di instagramnya.
Salah seorg leader mengadu dia tak pandai masak lagi .. risau sgt sbb da nak kawin🤭 so aeril bagi la kata kata semnagat sikit hahahha.. mcm wawa dulu baru kahwin dengan dia pun tak pandai masak.
Macam2 buku masakan beli🤣 igt lagi ada 1 buku masakan tebal gila.. 365days cook nama buku tu.. hari2 dok belek😂alhamdulillah sekarang bagitahu je masak apa 🥜 je😝🤣
tapii betul ke lelaki tak kesah perempuan tak pandai masak🤭
Tiada kata mampu gambarkan perasaan seorang ibu dunia terasa gelap sekelip mata bila anak yang dikandung, dijaga bagai nyawa sendiri tiba-tiba lesap tanpa jejak.Menerusi...