Prihatin dengan masalah negara yang dilanda wabak Coronavirus (Covid-19), Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berdua membuat keputusan tersebut untuk membantu meringankan beban kerajaan menangani pendenik COVID-19.
Baginda berdua juga menyahut keputusan kerajaan yang agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong ke Tabung COVID-19.
“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatian dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara.
Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia (Isnin, Mac 30), Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya di barisan hadapan, di atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik ini.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi Kerajaan berkait di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tatacara pengendalian COVID-19 di Malaysia,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Baginda berdua untuk terus berdoa memohon ihsan Allah S.W.T semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Sumber: Astro AWANI
Masih Boleh Hamil Lepas Pembedahan Cyst, Pakar Sakit Puan Ni Kongsi Tip Pemakanan Untuk Wanita
Rambut tumbuh dalam kilang telur? Adakah harapan untuk hamil? Itu mungkin persoalan yang menjadi tanda tanya terutama kaum ibu.
Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat mengakui kes sebegini berlaku ke atas wanita tanpa disedari. Namun, ketumbuhan begini sebenarnya tidaklah bahaya jika dirawat lebih awal.
Justeru, beliau menyarankan mereka yang mempunyai masalah ini menukar gaya hidup yang lebih sihat.
Berikut beberapa tip gaya pemakanan selepas pembedahan cyst yang perlu ibu-ibu tahu.
DERMOID CYST PADA OVARI KIRI
Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovari. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya. Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal. Lepas bedah perlu amalkan cara hidup sihat.
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-laian. Saya galakkan makan ulam , sayur bayam, bendi, terong, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor separuh masak dan oat atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu . Masak sup sayur kobis, karot, brokoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Sumber: Dr Hamid Arshat
ARTIKEL MENARIK: “Rasa Janggal Sangat, Dulu Sarah & Bibik Urus.” Shuib Persiap Diri Jaga Anak, Ramai Tawar Diri Jadi Ibu Susuan Ayash!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Manfaat Air Rebusan “Antioxidant Boost” Guna Serai, Halia & Lemon Jer. Cantik Luar & Mantap Dalam Kena, Cuba Ni!
Nak cantik kan? So, jangan culas, kena rajin barulah hasilnya memuaskan hati. Nak nak lagi yang sudah bersuami.
Tidak perlu memikirkan bab modal kerana bahan-bahannya sudah ada di dapur anda. Serai, lemon dan hali memang banyak khasiatnya, bukan sahaja dalam masakan, bahkan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan diri juga.
Perkongsian dari Noriza Rahman mungkin boleh membantu anda yang ingin cantik dan mantap luar dan juga dalaman.
Nak tahu caranya, jom baca ni.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pepatah yang sudah mangli. Nak buat tu tak susah, tapi yang payahnya nak istiqamah. Betul, kan?
Siapapun suka melihat kecantikan wanita daripada sudut luar fizikalnya, raut wajah yang berseri seri dan ‘figure’ badan yang menawan saja. Namun hakikat sebenar, kecantikan tu terletak pada kesihatan dalaman wanita itu sendiri.
Kan selalu dengar pepatah cantik dalam cantik juga luarnya?
So, untuk kalian semua yang mahu benar-benar cantik di mata suami perlu SEGERA lakukan sesuatu dan sebaiknya jangan pernah culas atau liat untuk mengamalkan minum air rebusan istimewa ini.
Masa balik kampung, ayah bagi seperdu pokok serai. So, alang alang serai, halia dan lemon ada banyak sangat dalam gerobok ni, meqza nak kongsikan kepada kalian khasiat air rebusannya jika diamalkan.
1. Meningkatkan pencernaan dan mengelakkan sembelit
Serai penuh dengan khasiat fitokimia yang membantu meningkatkan pencernaan dan fungsi lain saluran gastrousus. Jadi ianya bersifat menenangkan dan mengurangkan kekejangan abdomen perut. Selain daripada tu, ia juga boleh merangsang reseptor di usus untuk bekerja dengan lebih cekap apabila menyerap nutrien dari makanan.
2. Melegakan senggugut
Wanita yang setiap bulan ada simptom PMS digalakkan sangat amalkan meminum air serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja boleh bantu hilangkan kesakitan rengat senguggut tu, malahan yang loya mual juga akan tutut hilang.
3. Faedah anti-kanser
Baru-baru ini para saintis di Universiti Ben Guriun melakukan kajian mengenai ciri-ciri anti-mutagen dalam serai. Jumlah citral yang didapati hanya dalam 1 gram serai telah diminum ke dalam teh dan kemudian ditambah kepada sampel sel kanser dan sihat. Sel-sel kanser yang masuk dimusnahkan tanpa membunuh sel-sel yang sihat.
4. Menurunkan tekanan darah
Untuk mereka yang sering ada masalah tekanan darah tinggi, cuba lah minum setiap hari. Selain ubatan hospital, lemon pun boleh bantu mengurangkan masalah hipertensi.
5. Buat yang dah terover STRESS tu, kalian wajib minum. Perghhh! Memang jiwa akan tenteram lahhh.
6. Sebagai diuretik
Selalu tahu lemon sahaja yang berfungsi sebagai diuretik. Eh serai ni pun boleh juga tau. So, kalau bergabung dua ni memang mantoppp lah. Selain tu ia juga boleh bantu meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik.
7. Detoksifikasi
Serai juga merupakan pencegah toksik yang membantu membersihkan buah pinggang, hati, pundi kencing dan pencernaan, dan juga kaya dengan mineral seperti kalium, besi, dan magnesium. Jadi semua organ ni dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan. Besttt kan?
8. Meningkatkan kadar metabolisme
Kita makin berusia makin kurang metabolisma badan. So, halia sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
9. Menyokong penurunan berat badan
Antioksidan polifenol yang terdapat dalam lemon pula bantu mengurangkan berat badan pada mereka yang terlebih BMI atau obesiti.
Jika kalian ingin glowing dari dalam, ini adalah resipi air rebusan serai yang bagus ditambah dengan ‘spicy ginger’ serta ‘zesty lemon’ yang memberikan rasa ‘kick’.
Kalian boleh memulakan minuman pagi dengan secawan air rebusan yang hangat atau sejuk untuk diminum sepanjang hari. Memang terasa sungguh kepahitan dan kepedasannya. Tapi, itu lah penawarnya.
Nak cantik kan? So, jangan culas tau ?
Noriza Rahman
Nak cantik dalaman terpancar luaran.
Balik kampung dapat banyak serai dan lemon ayah bagi, jadi buat lah air rebusan ni.
Cara penyediannya:
7 batang serai – diketuk (guna 3 batang pun ok)
Halia sebesar ibu jari – diketuk
3 biji lemon – dihiris (kalau takde lemon, boleh ganti limau nipis)
Air dalam 1liter
*Ini meqza bahagikan segelas tu 3 kali minum, bukan sekaligus minum. Kalau tak nak masam sangat cukup 1 biji je, serai sekadar 3 batang.
Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.
Wajib diminum setiap pagi atau malam. Sebaiknya diminum semasa perut kosong.
Rasanyaaa? Umphhh lah!
Kalau tak boleh nak teguk segelas, man man minum. Rasa nak manis, tambah lah madu sikit.
Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum.
Posted by Noriza Rahman on Sunday, 13 January 2019
Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum.
Jangan Ingat Rezeki Tu Duit Je. Hati Senang, Isteri Baik & solehah Pun Rezeki. Walau Tak Banyak Duit Tetapi Sentiasa Rasa Cukup.
Perkahwinan membuka pintu rezeki bagi pasangan suami isteri. Namun jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Demikian yang dikongsikan oleh Saudara Amir Syahir.
Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.
Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!
Kredit: AmirSyahir