Jika diberi sebuah kehidupan yang senang, hidup mewah dan kaya raya, tentu sahaja ramai yang mahukannya. Apa tidaknya segala kehendak dan impian selama ini boleh dimiliki dengan mudah. Semua yang dihajatkan boleh sahaja dibeli bila mana wang bukan lagi menjadi penghalang.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun hakikatnya untuk hidup kaya raya ia tidaklah semudah yang disangka. Bukan senang nak senang!
Selain kita melihat kegigihan usaha yang berpanjangan dan tidak mengenal lelah, pastinya juga ada rahsianya yang tersendiri.
Atas sebab itu juga, tidak hairanlah ilmu untuk menjadi kaya atau jutawan sering dicari dan dipelajari daripada orang yang berjaya. Apatah lagi jika dapat menuntut dengan kaum Cina yang diakui ramai yang berjaya membina kekayaan melalui perniagaan sendiri. Itu tidak dapat dinafikan.
Mengetahui berkenaan rahsia kejayaan orang Cina menjadi kaya, Pengasas AKTA Tuition Maths & Add Maths Tutor Adam Kelvin telah berkongsi 5 rahsia yang nyata mencuri perhatian warganet di akaun facebooknya.
Rahsia orang Cina bina kekayaan
Bantu adik-beradik.
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.
Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.
Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.
Harta yang ada dikembangkan.
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Ads
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih
hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA..
Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.
Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Ads
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.
Gambar sekadar hiasan
Save dulu baru spend
Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.
Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.
Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.
So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
Tak suka berhutang
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Ads
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.
Kadang-kadang terasa juga betapa lamanya menunggu berkenaan bila kah masanya kita akan mendapat pengesahan tarikh pemberian vaksin Covid-19. Tidak mahu terlepas info, hingga ada sebahagian antara kita akan memantau maklumat terkini MySejahtera miliknya. Tiap waktu!
Namun tidak dinafikan ada juga kes-kes di mana tarikh temujanji yang diberikan tidak disedari muncul di MySejahtera. Ini disebabkan tidak semua selalu periksa dan bila terdetik hati untuk buat semakan, akhirnya didapati tarikh penerimaan vaksin telah dijadualkan dan terlepas untuk menghadirinya.
Disebabkan perkara begini ada yang terjadi dan orang ramai tidak mahu tercicir namanya untuk tersenarai mendapatkan semula tarikh vaksinasi. Maka ramai bertanyakan solusi kepada maslaah tersebut kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jadi inilah jawapan yang dikongsikan oleh KKM di akaun facebook rasmi mereka, dan sekurang-kurangnya memberi rasa lega kepada mereka yang terlepas janji temu atau tidak boleh hadir untuk menerima vaksin sebelum ini.
Apa yang anda boleh buat hanya menunggu lagi dan tidak perlu menghubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan untuk mendapatkan temujanji baharu. Ini kerana ia akan diperbaharui secara automatik.
Apa yang penting selepas ini jangan terlepas pandang dan perlu buat semakan SMS/MySejahtera selepas 7 hari (dari janji temu asal) untuk notifikasi janji temu baru.
Pun begitu, KKM memaklumkan penjadualan semula janji temu ini TIDAK TERPAKAI untuk tempahan vaksin AstraZeneca.
Andai setiap awal pagi, pandangan mata dijamu dengan keindahan pokok-pokok bunga yang ditanam di laman rumah, pastinya ia cukup menenangkan.
Apatah lagi, jika tanaman tersebut sarat berbunga penuh warna warni seperti pokok bunga ros jepun ini. Pastinya akan bertambah berbunga-bunga hati kita jadinya. Cukup puas hati!
Di sini dikongsikan rahsia untuk yang ingin mencuba menanam pokok ros jepun ini dan nak pastikan berbung lebat, ini tipsnya.
Bismillah
Rahsia Ros Jepun jenis Carnation sis cepat merimbun penuh pasu:
Tanah dimasukkan hampir permukaan pasu (Tanah sis beli kat nursery, All in One or 6in1, kalau anda pandai campur sendiri tanah pun bagus)
Kerat ros jepun dari pasu asal, tinggalkan 2 3 helai daun. (Jangan risau, nanti naik merimbun balik RJ pasu asal.
Cucuk rapat-rapat dan tinggalkan 2 3 daun juga dan potong.
Selesai cucuk tanam, tabur baja biji bunga, or mix dengan baja subur pun boleh, kemudian letakkan air perlahan-lahan ( tabur sikit je macam tabur garam dalam masakan)
Kalau baja jenis air boleh terus sembur.
Biar beberapa minit, kemudian sembur racun untuk bena & serangga, recommended brand Brogard, kalau takde, brand apa-apa pun boleh .
Terus letak di tempat kena cahaya matahari.
Selepas 3 minggu pasu dah keluar banyak cabang-cabang baru, dah jadi macam rumput karpet.
Sebulan setengah dah keluar bunga-bunga. Rempoh untuk Ros Jepun Carnation matang, berbunga penuh tak berenti ialah +-2bulan.
*RJ jenis Carnation antara yang tahan lasak, kena hujan pun takpa, asalkan air boleh keluar bawah pasu.
*Harus letak tempat kena cahaya matahari, 6jam ke atas.
*RJ suka baja, baja setiap 14hari sekali
*Siram pagi & petang kecuali hujan.
*Hapuskan Bena,Kulat & Ulat guna racun serangga
Nasi lemak menjadi antara menu sarapan yang enak di makan dan tidak hairanlah di mana-mana restoran atau gerai makanan ada sahaja menyedaikan menu nasi lemak sebagai pilihan buat pelanggannya. Bahkan kini nasi lemak bukan sahaja dijual untuk menu sarapan malah juga sebagai menu makan malam di gerai-gerai makan yang tertentu.
Boleh kata semuanya sedap-sedap belaka. Maklumlah peniaga sudah semestinya pakar dalam menyediakan menu yang digemari ramai ini.
Namun buat kita sebagai ibu yang sekali sekala menyediakan menu ini untuk keluarga, tidak dinafikan kadang-kadang masak menjadi, sekali sekala ada juga nasi lemak yang dimasak termentah atau terlembik.
Sekiranya ini berlaku apa yang perlu kita buat agar nasi lemak tersebut dapat diselamatkan untuk menjadi santapan keluarga.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian daripada Puteri Azie ini dan semoga ianya bermanfaat dan harapnya tidaklah pula nanti seisi keluarga terpaksa pula makan nasi lemak mentah atau nasi lemak lembik dek kerana tersalah sukatan santan dalam masakan.
Menurutnya Puteri Azie, disebabkan dia di dalam keluara yang berniaga nasi lemak, insyaAllah tips yang dikongsikan ini menjadi. Nak cuba boleh… Andai tak menjadi, jangan kecam saya. Insya Allah.. saya dah buat tu saya berani kongsi.
Seandainya nasi lemak yang dimasak LEMBIK.
Caranya:
Masukkan telur 5 hingga 8 biji ke dalam periuk. Pastikan telur sudah di basuh bersih. Kalau periuk kecil, 3 biji sudah mencukupi.
Kemudian bungkus tudung periuk dengan kain.
Tutup semula periuk dalam 15 minit.
JIKA tidak menjadi alamatnya tambah lagi air dan menu akan bertukar daripada nasi lemak menjadi BUBUR LAMBUK.
Jika nasi lemak yang dimasak MENTAH
Caranya :
Letak air panas di dalam cawan yang di campur garam.
Letakkan di tengah-tengah periuk nasi.
Kemudian tutup periuk nasi dan masak lagi dalam 10 minit.
Selain itu, Mak saya kata,”Nasi lemak yang menjadi dan sedap, nasinya berderai-derai dan bukan melekat-lekat dan berketul-ketul.”
Ni Petua mak saya bagi. Waktu air dah kering masukkan 1/2 senduk minyak masak. Bagi periuk kecil, 2 sudu sudah cukup. Boleh juga gunakan minyak yang kita goreng bawang besar dan bawang putih. Kalau rasa malas tuang ja minyak masak!
Confirm!! Nasi lemak korang sedap! Gebu-gebas ja rasa. Yang penting santan kena cukup.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.