Macam mana nak bersihkan bantal begini? Nah! Boleh cuba cuci bantal ini ikut cara yang dikongsi oleh Nismira melalui akaun TikTok miliknya. Menggunakan 3 bahan hasilnya bantal penuh peta memang bertukar bersih.
Bantal bila bersarung memang nampak elok tapi cuba buka sarung, macam ‘peta’ penuh dengan kesan kotor. Kalau dah bertahun-tahun guna lagilah, akan ada tompokan kuning kesan dari rambut yang basah, air liur dan sebagainya. Malah ada yang berbau.
Cara Bersihkan Bantal Kotor Dan Berbau
* Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
* Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.
* Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
* Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.
Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.
Ads
Bila nampak bantal dah bersih, boleh buang air kotor tadi dan bilas.
Kemudian boleh dijemur hingga kering. Hasilnya memang puas hati.
Ads
Cara Bersihkan Bantal Kotor Dan Berbau – Kata Nismira setiap 3 bahan yang digunakan itu ada fungsinya, baking soda untuk naikkan warna putih, manakala borax untuk hilangkan bau busuk sementara pencuci untuk bersihkan kotoran.
Bolehlah tidur dengan selesa malam2 tanpa bau yang tidak menyenangkan..
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Suatu ketika dahulu, nama penyanyi Zaiton Sameon sangat gah di persana industri seni tanah air. Namun selepas satu kejadian hitam yang mengorbankan anak tunggalnya iaitu Allahyarham Azirwan Abu Bakar yang ketika itu baharu berusia 13 tahun.
Akibat dari insiden itu, penyanyi yang popular dengan lagu Menaruh Harapan ini telah koma dan seterusnya mengalami gangguan emosi yang teruk selain hilang ingatan.
Kini peristiwa hitam tersebut sudah 33 tahun berlalu, Zaiton Sameon mengakui kehidupannya kini seakan seperti lagi-lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini kerana lirik yang dinyanyikan dalam beberapa lagu seolah menggambarkan kisah duka perjalanan hidupnya.
“Saya sangat terharu dengan perhatian orang ramai tetapi tidak boleh menangis. sudah tidak ada air mata lagi untuk menangis.”
“Lagu-lagu saya semua ada kena mengena dengan hidup saya kan? Berendam Airmata, Menaruh Harapan dan Diriku Yang Tersingkir,” katanya lagi.
Mengimbau detik hitam kemalangan yang menimpanya kira-kira 33 tahun yang lalu, Zaiton berkata dia tidak pernah meminta mana-mana bantuan daripada persatuan artis.
Sepanjang tempoh itu juga tiada mana-mana pihak yang mengambil tahu mengenai kebajikannya sebagai seorang anak seni.
“Sepatutnya mereka ambil tahulah tentang perkembangan saya kan?
“Kenapa sewaktu saya di hospital masing-masing berebut datang, tetapi selepas saya keluar hospital, tiada sebarang bantuan diberikan,” ujarnya.
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Malah kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh rakan artis seangkatannya.
“Ada individu yang membawa mulut memberitahu penganjur bahawa saya kini sudah tidak boleh menyanyi dan dikatakan ‘lalok’.
“Saya masih lagi boleh menyanyi, mengingati lirik, malah mengaji pun masih boleh membaca dengan tajwid yang betul,” katanya.
Pada penghujung tahun lalu, Zaiton Sameon telah diberikan Kad Pemegang OKU.
“Masa makcik bersalin dahulu pada tahun 1970, 1972 dan 1976, makcik tak ikut sangat cara pantang yang melampau… makan saja yang berkhasiat. Well, saya masih sihat, tiada penyakit tiga atau empat serangkai!”
Demikian komen seorang wanita berusia 77 tahun yang dikongsikan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Imelda Balchin, di laman Facebook beliau.
Apa yang ingin ditekankan oleh Dr Imelda adalah supaya para wanita mencontohi warga emas berkenaan, iaitu pentingnya menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan daripada sumber yang sahih, iaitu doktor, dan bukannya semberono mengikut petua orang lama.
“Alhamdulilah kepada women empowerment, bila masing-masing sudah tambah ilmu pengetahuan kesihatan yang sahih dari pakar yang ahli di dalam bidang yang merawat wanita, tidak kira orang muda atau orang tua, masing-masing akan ada lebih keyakinan untuk membuat pilihan untuk diri sendiri tanpa rasa tertekan dan takut tentang masa depan mereka.
“Dengar saja nasihat doktor pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) tentang makanan sihat untuk seumur hidup, rajin bersenam dan apa anda perlu buat untuk penjagaan organ dalaman untuk jangkamasa panjang,” ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook.
Dr Imelda turut berkongsi enam petua penjagaan kesihatan dalaman wanita selepas bersalin yang disyorkan oleh pakar :
1) Untuk kesihatan jangka panjang payudara, rahim dan ovari, ialah menyusu badan. Ini terbukti mengurangkan risiko kanser payudara, kanser dinding rahim dan kanser ovari.
2) Untuk kesihatan jangka panjang pangkal rahim atau serviks, lakukan pemeriksaan kanser serviks seperti pap-smear atau ujian HPV (Virus Human Papilloma).
3) Untuk menjaga payudara, belajar memeriksa payudara sendiri sekali setiap bulan, dan kemudian lakukan ujian saringan mammogram atau ultrasound apabila sudah berumur 40 tahun ke atas.
4) Belajar buat senaman Kegels setiap hari sampai ke tua untuk mencegah peranakan jatuh.
5) Amalkan pemakanan sihat seumur hidup dan rajin bersenam untuk mengurangkan obesiti, diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, strok, risiko penyakit kronik tiga serangkai yang juga boleh meningkatkan risiko kanser dalaman dan pelbagai jenis kanser lain.
6) Minta suami untuk berhenti merokok. Ini terbaik untuk kesihatan jangka panjang organ dalaman anda dan kesihatan seluruh keluarga di samping mengelakkan pembaziran wang.
Tambah Dr Imelda, wanita tidak sewajarnya mengikut pantang larang atau petua orang lama untuk menjaga kesihatan dalaman.
“Enam petua yang saya berikan kepada anda semua ini memang sudah terbukti berkesan dan tak mahal pun.
“Tak payah nak menakutkan wanita selepas bersalin dan ugut mereka berpantang macam zaman dulu untuk kesihatan dalaman.
“Apa yang lebih penting untuk penjagaan kesihatan ialah ada ilmu pengetahuan kesihatan yang sahih dan memperkasakan wanita kita,” ujarnya.
Kehilangan anak adalah salah satu bentuk duka yang paling berat untuk ditanggung oleh seorang wanita bergelar ibu. Tentunya rasa kehilangan itu memenuhi ruangan hati dan fikiran yang memberi kesan yang cukup mendalam dan sulit untuk diungkapkan.
Apatah lagi andai perginya si anak terkait asbabnya daripada diri sendiri. Pasti bukan mudah untuk diterima.
Ini sebagaimana tularnya berita pilu yang terjadi kepada seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas kira-kira 10 jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, semalam.
Menurut sumber sebagaimana memetik berita di Berita Harian, ibu mangsa yang juga seorang doktor tiba di hospital itu untuk bekerja dan tidak menyedari dia meninggalkan kanak-kanak itu, sehingga pukul 5.30 petang.
“Wanita berkenaan menerima panggil telefon daripada suaminya jam 5.30 petang menyatakan anaknya tiada di taska dan selepas diperiksa sekali lagi oleh suaminya, wanita itu terus pergi ke tempat letak kenderaan iaitu lokasi keretanya diletakkan.
“Dia mendapati anaknya berada di kerusi bayi bahagian belakang dalam keadaan tidak bermaya lantas mengeluarkan mangsa untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber itu menambah, hasil rakaman percakapan bapa mangsa pula mendapati, dia telah datang ke taska dan mendapati mangsa tiada di situ.
Jelasnya, bapa mangsa telah menghubungi isterinya dan memaklumkan anaknya tiada di taska serta meminta isterinya pergi ke tempat letak kereta.
“Ketika bapa mangsa tiba di lokasi parkir kereta, dia mendapati isterinya sedang memberikan CPR kepada anaknya dan meminta isterinya membawa mangsa ke wad kecemasan untuk tindakan lanjut pada 5.35 petang,” ujarnya.
Sumber itu berkata, bantuan pernafasan telah dilakukan selama enam minit tetapi mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan tanda-tanda hayat.
“Bayi itu telah disahkan meninggal dunia dan bedah siasat akan dilakukan untuk menentukan punca kematian,” katanya.
Kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, ibu mangsa membawa bayi itu untuk dihantar ke taska.
“Mangsa diletakkan di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska tetapi ibu bayi berkenaan terus ke tempat kerja dengan anggapan mangsa telah pun dihantar ke taska.
“Ibu mangsa hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska,” katanya dalam satu kenyataan.
Zam Halim berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik disahkan meninggal dunia pada pukul 5.53 petang hari sama oleh pegawai perubatan HCTM.
Tambahnya, keterangan daripada ibu mangsa akan diambil selepas selesai urusan pengebumian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.