Idea Kreatif Buat Benteng Air Guna Plastik, Tindakan Lelaki Ni Berjaya Selamatkan Rumah Dinaiki Air!

Share

Keadaan banjir di negeri pantai timur pada waktu ini di lihat semakin buruk, ia susulan hujan berterusan hingga ada beberapa kawasan telah dinaiki air bahkan ada sesetengahnya telah terputus hubungan.

Pun begitu idea kreatif yang dikongsikan oleh seorang penduduk di Kampung Banggol Tiga Daerah, Bukit Abal di sini mungkin boleh dijadikan inspirasi di masa akan datang. Hanya dengan  menggunakan plastik sebagai benteng, dia berjaya mengelak limpahan air banjir memasuki ke kawasan kediamannya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Memetik laporan Sinar Harian, Suhaimi Mohamad, 50, berkata, idea asal itu dicetuskan oleh arwah bapa saudaranya kerana kediaman mereka sering ditenggelami air setiap kali musim tengkujuh.

“Buat benteng ini tidak sukar, hanya memerlukan plastik dan ia dipasang pada pagar rumah, kemudian disokong oleh papan dan batu bata bagi mengelakkan ia dihanyutkan air deras.

“Alhamdulillah setakat ini sudah tiga kali rumah kami terselamat daripada banjir,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, ramai yang terpegun dengan situasi tersebut sehingga pernah tular tahun lalu apabila hanya kediamannya sahaja tidak dilimpahi air.

Ujar Suhaimi terdapat lima buah rumah yang terlibat yang merupakan adik-beradiknya.

Katanya, banjir kali ini sedikit luar biasa apabila air deras dan banyak tidak seperti biasa.

“Jika hujan masih tidak berhenti kami bimbang air akan makin naik dan deras.

“Sehingga hari ini sudah tiga hari hujan tanpa henti menyebabkan jiran tetangga ada yang perlu berpindah,” jelasnya.

Sumber :Sinar Harian

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club