Berita

Banjir UM Reda, Tiada Yang Cedera

Share

Banjir UM Reda! Menerusi kenyataan media menerusi facebook rasmi universiti berkenaan, Universiti Malaya ingin memaklumkan bahawa keadaan banjir sekitar kampus telah reda manakala semua laluan telah dibuka semula.

Universiti Malaya juga mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian ini.
Semua staf, pelajar dan pelawat kampus dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengelakkan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan diri dan harta benda terperangkap dalam banjir.
Pihak universiti akan memantau situasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kampus terpelihara.

Terdahulu,  Tular sebuah video yang dimuat naik di aplikasi X, air banjir sudah memasuki kawasan kampus dan dilaporkan agak tinggi parasnya.

Video berdurasi 22 saat itu memaparkan seorang pegawai keselamatan memberi amaran untuk tidak menggunakan laluan ‘gate’ Kuala Lumpur untuk memasuki Universiti Malaya ekoran paras air tinggi.

Sikap prihatin lelaki berkenaan memberitahu situasi terkini di UM itu membantu kepada pengguna dan pelajar yang bercadang menggunakan laluan berkenaan. Berlatar belakang air banjir, lelaki itu memberi tahu info semasa meredah banjir.

“Kepada semua warga kampus pelajar dan pengguna, jangan masuk melalui ‘gate’ Kuala Lumpur ke dalam UM di sebalah Masjid Ar Rahman kerana banjir yang di paras agak tinggi.

“Air banjir juga turut melimpah di hadapan fakulti undang-undang dan di jambatan lingkungan budi,” katanya

INFO:
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pagi Selasa di beberapa kawasan dalam negara. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru), Sarawak: Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis). Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam

Sumber: Bernama, Universiti Malaya , Pusat Keselamatan Universiti Malaya