Pasti anda semua tahu akan kisah pelakon dan juga pengarah ini. Tahun lalu berlaku detik hitam yang pasti menjadi lipatan dalam memorinya. Farid Kamil yang juga suami kepada aktres, Diana Danielle, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan dadah.
Khatam Al-Quran dalam masa 30 hari
Ironinya, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Menerusi perkongsian yang dibuat kepada Mstar, Farid memberitahu bahawa semasa di penjara dia telah melakukan banyak perkara yang sebelum ini kerap ditinggalkan dan kurang memberi perhatian.
Antaranya dia telah berjaya katam 30 juzuk al-Quran serta kerap bangun malam untuk menunaikan solat tahajud.
“Didalam penjara, saya buat benda yang saya tak pernah buat contohnya saya bangun untuk solat tahajud dan berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari. Kalau dalam keadaan bebas belum tentu saya buat perkara itu.”
Ads
Mengubah diri lebih baik
Sementara itu, Farid tetap bersyukur dengan apa yang terjadi kerana sedikit sebanyak mengubah dirinya kepada lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya bersyukur diberi kesempatan untuk bertaubat dan mengalami benda yang orang lain tak dapat. Mungkin tuhan nak tunjuk sesuatu dalam keadaan sedemikian supaya hidup saya jadi lebih baik.”
Ads
Isteri tetap di sisi
Dalam pertemuan tersebut juga, Farid sempat memberikan kredit kepada isteri tercinta Datin Diana Danielle kerana tetap ada dalam keadaan baik mahupun ketika dia ditimpa malapetaka.
“Alhamdulillah, diana sangat supportive… sejak awal perkenalan sampailah ditimpa malapetaka itu, dia masih bersama saya.
Ads
“Dia dan anak-anak menjadi kekuatan untuk saya menghadapi masa-masa mendatang ini, betapa beruntungnya saya memiliki isteri bernama diana danielle.
Dalam pada itu, Farid yang sedang giat menyiapkan filem terbarunya yang berjudul Remp-it 2 dilihat cukup optimis menempuhi hari-hari akan datang kerana sedar masih ada yang menyokong serta berada dibelakangnya bagi memberikan semangat untuk terus maju.
Biasanya kalau beli tauhu di kedai, tak boleh simpan lama sebab mula terasa masam kan. Sayang pula kalau yang beli banyak, membazir kalau masam. Cuba tip mudah ini untuk memastikan tauhu yang dibeli tahan lama dan tidak berbau atau masam.
Perkongsian ini dimuat naik oleh puan Ani Zam. Katanya tip tersebut diperoleh daripada ibu mentuanya.
Salam Jumaat
Hari ini nak share tips simpan tauhu agar tahan lebih lama. Tips ini saya dapat dari ibu mertua saya 😀😀. Pastikan beli tauhu yang masih elok dan tidak berbau masam
Cuci bersih menggunakan air paip. Kemudian rebus tauhu selama 10 minit atau hingga mendidih
Bila sudah sejuk , simpan di dalam bekas yg berisi air tapis / air masak hingga menenggelamkan tauhu tersebut. Simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga seminggu
Perah sebijik limau kasturi supaya tauhu tak cepat busuk, berlendir. Tahan lebih lama… (cara2 nya basuh tauhu,, masuk dlm bekas, letak air suam atau air paip/masak simpan dlm peti sejuk.). Selalunya saya simpan sampai seminggu. Kdg sampai 2 minggu.
Dia sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Walaupun sudah bergelar isteri dan memiliki dua cahaya mata comel, namun dia tidka betah duduk diam. Dia juga turut bersama suami terjun ke dalam dunia perniagaan.
Tidak cukup dengan itu, ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini kini bergelar pengacara pula mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah.
Akui Tya Ariffin lagi, pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbi kerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannya terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Ingat lagi tak watak animasi merah jambu, Poppy dan rakannya Branch dalam filem Trolls? Kini mereka kembali lagi tau dengan jalan cerita yang lebih menarik, lucu dan paling penting buatkan anda semua tak duduk diam menari sekali dalam Trolls World Tour!
Filem arahan Walt Dohrn ini dibintangi oleh Anna Kendrick, Justine Timberlake, J Balvin, Rachel Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton dan Mary J.Blige.
Bermula dari kiriman surat dari Queen Barb dari kumpulan Trolls hard-rock, Poppy dan Branch mengetahui satu rahsia yang sekian lama disembunyikan oleh ayahnya, tentang perpecahan suku trolls akibat perbezaan genre musik mereka, iaitu Funk, Country Tekno, Klasik, Pop dan Rock.
Namun, kemunculan puak Rock ini sebenarnya membawa niat jahat untuk menghancurkan segala jenis musik demi menghidupkan dunia rock.
Jadi, bermulalah pengembaraan Poppy, Branch dan rakan-akan lain untuk menyatukan semula semua suku Trolls ini. Agak-agak, berjaya ke Queen Poppy menyatukan kembali semua suku Trolls?
Kalau nak tahu, kenalah tonton di pawagam bermula 12 mac! Eh sebelum tu, buat peminat K-pop, Red Velvet turut ada dalam filem ini tau! Gerenti anda akan terpukau dengan tarian mereka!
Min dah tengok, serius best! Siap ikut menari lagi tau dalam pawagam tu! Haa tunggu apa lagi, jom ajak keluarga pergi tengok bermula 12 Mac ini!
TROLLS harus bersatu untuk menyelamatkan setiap genre muzik! Filem bergenre fantasi/pengembaraan, TROLLS WORLD TOUR membariskan selebriti ternama seperti Anna Kendrick, Justin Timberlake, J Balvin, Rachel Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton, Mary J. Blige sebagai pelakon alih suara.Eh selain tu, buat peminat Kpop, katanya Red Velvet bakal membuat kemunculan dalam filem arahan Walt Dohrn ni. Betul ke? Semuanya akan terjawab pada 12 Mac ini! Jangan lupa tonton! #MYTrollsWorldTour
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...