Bangun Pagi Susah Berdiri & Sakit Pijak Lantai, Fad Bocey Jalani Ujian MRI. Ramai Mendoakannya!

Share

Nikmat sihat adalah yang tidak ternilai harganya, apabila kita sihat bukan sahaja rutin harian dapat kita lunaskan dengan lebih baik malah pastinya kita dapat menjalani kehidupan ini dengan tenang.

Pun begitu, hidup ini penuh dengan ujiannya. Sekali sekala nikmat sihat di’tarik’ dan sebagai hambaNYa kita harus tabah dan sabar menerimanya.

Terbaharu pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey difahamkan sedang dirawat di hospital swasta selepas dikatakan mengalami masalah sakit tulang belakang; slip disc.

Menurut kisahnya, selepas bangun pagi semalam (Khamis) Fad mula rasa saklt sehingga susah untuk bangun dan memijak lantai. Setelah isterinya menghubungi pihak hospital, doktor sudah dapat menjangkan kemungkinan ianya akibat slip disc.

Berita ini telah dikongsikan oleh isterinya, Nur Syahira A Rahman menerusi Instagram milik Fad.

Menurut perkongsian Syahira, Fad kini terpaksa direhatkan buat sementara waktu daripada terlibat dengan aktiviti luar mahupun bekerja demi untuk memastikan Fad kembali pulih.

“Fad not available for the time being .anything boleh contact wife dia ya .

“Doktor suspek slip disc and tengah tunggu utk buat MRI .lepasni sapa yg ajak dia main bola lagi kena pkir banyak kali nak dapat approval 🤭🤭🤭🤭,” tulisnya.

Memaklumkan lagi keadaan terkini suaminya, Syahira sekali lagi berkongsi video suaminya sedang terbaring dan katil diusung oleh petugas hospital  untuk mendapatkan rawatan. Justeru itu, dia juga mohon peminat dan wargamaya mendoakan kesembuhan buat suaminya.

“Utk yang tanya fad kena slip disc yg agak teruk selepas buat MRI smlm .pagi ni dia akan go through procedure dengan @drshahirpain .doakan buat dia moga semuanya back to normal .thank you buat yg tk henti doakan dia .hanya Allah dpt membalasnya ❤️” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Fad dan Shuibsepahtu menjadi antara rakan yang terawal berbuat demikian.

 

ARTIKEL MENARIK : Simpan Bawang Elak Rosak, Lagi Terjamin Bila Buat Cara Ni. Mudah Sangat!