Mak-mak takkan terlepas dari berhadapan masalah anak kencing di atas tilam. Betul tak? Sekali sekala boleh la lagi laratkan diri basuh tilam tu, tapi kalau dah kerap sangat, mau naik hangin juga dibuatnya! Kiki.
Sabar ye mak-mak, nak marah anak pun kadang benda berlaku di luar sedar. Tak sempat nak marah anak buat muka kesian. Kalau diorang tolong basuhkan tak apa lah juga, sejuk sikit hati maknya. Tapi dalam mimpi jela ye!
Nak tahu apa punca yang menyebabkan anak-anak kencing di atas tilam dan cara untuk atasinya? Jom ikuti perkongsia dari Dr Redza Zainol ni!
“Saya pening anak saya hari-hari kencing atas katil. Dah besar panjang masih menyusahkan.”
Cepat-cepat saya tenangkan keadaan. Selepas saya periksa, anaknya baik saja.
Tak ada tanda-tanda gangguan saraf yang menyebabkan anak terkencing tanpa kawalan sepanjang masa.
Selalunya, kanak-kanak mula berhenti kencing malam selepas usia 5-6 tahun. Namun, 6.2% kanak-kanak usia 7-12 tahun masih lagi kencing waktu malam.
Terkencing waktu malam atau nama lainnya Nocturnal Enuresis, sebenarnya bukan salah anak kita. Kalau selalu dimarah atau dimalukan, anak boleh jadi tertekan sampai rasa rendah diri.
Puncanya :
❤️ Ruang pundi kencing yang kecil.
❤️ Kurang hormon vasopressin semasa tidur. Vassopressin penting untuk kurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
TIPS UNTUK IBUBAPA
✅ Beri anak minum air secukupnya pada waktu siang.
✅ Bawa anak kerap ke tandas, 4-7 kali sehari dan paling penting pastikan anak kencing sebelum tidur.
✅ Guna alas tilam yang kalis air (waterproof mattress protector).
✅ Beri ganjaran kepada anak jika dia tak kencing malam. Beri stiker kegemaran anak ialah satu contoh bentuk ganjaran yang selalu diguna.
✅ Hanya benarkan anak minum 2 jam sebelum tidur.
✅ Elak beri minuman berkafein seperti kopi dan cola, ia akan buat anak lebih kerap kencing.