Sebut bab bekal anak ke sekolah, pastinya kita terbayangkan keenakkan air tangan ibu kan. Melihat si isu bersusah payah bangun awal pagi untuk menyediakan segala kelengkapan.
Namun kali ini admin nak cerita tentang air tangan seorang ayah pula. Nampak tular perkongsiannya di dalam satu laman web masakan.
Menerusi catatannya, Wan Muhammad Hafiz Satar bangun seawal jam 5 pagi bagi meyediakan bekal untuk anaknya ke sekolah.
Selain itu, beliau turut berkongsi 30 menu bekal anak ke sekolah untuk panduan ibu bapa yang lain.
“Salam Semua…Disini saya kongsikan 30 menu Bekal anak ke sekolah sepanjang tahun 2018 yang pernah saya buat. Semoga memberi inspirasi untuk semua dalam menyediakan bekal anak kesekolah bagi tahun ni.
“Untuk maklman yang bertanya berapa lama saya ambil masa untuk siapkan bekal, saya start bangun jam 5 pagi untuk siapkan bekal anak. Sebelum tidur saya dah prepare awal² bahan² untuk masak, jadi bila bangun bleh masak terus.
‘Biasanya jam 6 pagi bekal anak dan bekal saya ketempat kerja dah siap semua. Lepas tu baru saya mandi, solat, sarapan dan bersiap utk hantar anak kesekolah. Jam 6.45am dah kluar rumah ke sekolah anak.
#Hari2BabaMasakBekalUntukAnak2
Selain itu, beliau turut memuat naik beberapa resipi untuk memudahkan ibu bapa memasak bekalan anak.
Pell Off Jagung Lagi Cantik Buat Begini. Sikit Pun Tak Pecah Isinya!
Memasak juga ada teknik dan skil yang tersendiri. Jika dipelajari akan menjadikan urusan memasak lebih mudah dan sempurna.
Contohnya dalam hal pell off isi jagung. Jika tidak tahu gayanya, isi jagung tidak terlerai cantik dan mungkin akan merosakkan bentuk biji jagung tersebut.
Nak tahu bagaimana? Ini ada cara yang istimewa iaitu tanpa guna pisau atau alatan lain, pun begitu biji jagung dapat ditanggalkan daripada tongkolnya dengan begitu sempurna.
Jom kita semak dan praktis cara yang digunakan oleh Puan Amyliya ini.
Hari ni saya nak share cara peel off jagung dari tongkolnya tanpa pisau @ peeler….jimat dan senang..
Boleh simpan dlm frezzer utk buat stock..bila2 masa nak guna just keluarkan dah boleh guna..saya mmg sentiasa simpan stock sbb anak2 suka mkn cekodok jagung..
Jagung ni boleh buat bubur, cekodok, jagung rebus dan lain2..
Mula bersihkan jagung..basuh bersih2..
Cara seterusnya sila lihat pd pic..
Note:-
Jagung yg baru petik masih lembut dan byk air..jd jika hendak peel off jagung tu kena simpan jagung dlm peti sejuk dlm bbrp hari spy jagung lebih keras & kurang moist…jadi nnt senang nak peel nnt…butir jagung tak pecah & tak berair..
Langakah
- Pegang hujung dan pangkal jagung dan patahkan…Saya tak dpt nk tunjuk sbb sebelah tgn pegang kamera..(hihihi…buat kerja seorg2)
Cantikkan jagung ni..harga seketul baru 99sen beli kat Tesco seminggu yg lalu..seketul boleh dpt dalam 280gm butiran jagungnya..
2. Ni dah dipatahkan..tanpa pisau ye.
3. Kemudian dgn menggunakan hujung ibu jari bkn kuku ye…peelkan butiran jagung buat 3 @ 4 baris dahulu..
Mula2 nak start mmg payah sikit..lama2 nnt ok…janji jgn guna kuku ye..nnt butir jagung pecah..
4. Ok…ni cth 4 baris yg saya buat…jadi buat sampai hujung ye..
So boleh le simpan dalam frezzer buat stock.
Kena Pantang Makan Laksa Sampai Setahun. Betul Ke? Saintis Ni Jelaskan Faktanya!
Kita sering dengar ketika berpantang selama 44 hari, ada beberapa jenis makanan tidak boleh diambil untuk mengelakkan kembung perut dan demi menjaga kesihatan dalaman ibu yang bersalin. Pun begitu, kita juga sering dengar ada satu makanan ini tidak boleh dimakan sehingga setahun lamanya. Jika diambil sebelum tempoh itu, ibu tadi akan merasakan tidak selesa dan sakit badan. Apakah menu itu?
Ya, laksa. Namun apakah sebabnya hingga begitu lama perlu berpantang makan laksa hingga bertahun lamanya? Dan adakah ianya benar atau sekadar amalan orang dulu-dulu. Oleh itu, jom kita dengar pandangan daripada saintis ini yang terpanggil untuk mengetahui kenapa wujudnya pantang laksa ini. Jom semak perkongsiannya dan semoga bermanfaat.
BETUL KE KENA PANTANG LAKSA SETAHUN LEPAS BERSALIN?
Saya tidak pernah tahu laksa kena pantang setahun sehinggalah saya membuka akaun media sosial. Sebagai seorang ahli akademik, saya ingin tahu, kenapakah wujudnya budaya pantang laksa setahun. Kenapa kebanyakan orang makan laksa ketika dalam pantang tidak ada masalah, tetapi sesekali saya terbaca komen ada yang makan laksa selepas bersalin rasa sakit macam hendak mati.
Mari kita lihat ‘the chemistry of laksa’.
1. Mee laksa.
Mee laksa dihasilkan dari tepung beras putih yang mengandungi kandungan kanji. Di dalam beras putih terdapat sehingga 78% kanji. Terdapat dua jenis kanji iaitu amylose dan amylopectin. Di dalam beras terdapat sekitar 0-30% amylose dan selebihnya adalah amylopectin.
Amylose adalah sejenis kanji (starch) yang tidak mudah dihadam. Amylose merupakan polimer yang terdiri dari 500-2000 unit glukosa yang dihubungi oleh ikatan glikosidik alfa (1–>4) secara linear. Ini menjadikan ia lebih kompak, lurus dan berbentuk helix.
Amylopectin juga merupakan sejenis polimer glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida alfa (1–>4). Berbeza dengan amylose, amylopectin mengandungi sekitar 5-15% ranting yang membentukan ikatan glikosida alfa (1–>6) bagi setiap 20-25 unit glukosa selain ikatan glikosidik alfa (1–>4). Ini menjadikan ia bersaiz besar.
Walaupun secara teori amylopectin kelihatan lebih sukar dihadam kerana saiznya yang besar, tetapi oleh kerana terdapat banyak ranting ia menyebabkan lebih banyak ruang untuk tindakbalas enzim berbanding amylose. Makanan yang mengandungi amylopectin yang tinggi mengandungi indeks glisemik lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi kandungan amylose yang lebih tinggi.
Dalam pembuatan mee, bahan yang mengandungi tinggi kandungan amylose memberikan tekstur licin dan berlekit. Pemanasan akan menyebabkan berlaku proses pengelatinan.
Seseorang boleh rasa ketidakhadaman dan kembung disebabkan oleh kanji amylose. Apabila kanji tidak dicerna dengan sempurna apabila sampai di usus kecil, bakteria di dalam usus akan mengambil tugas ini dan menukarkan kanji tidak tercerna ini kepada gas metana dan hidrogen. Jadi, sesetengah orang akan berasa kembung dan ketidakhadaman.
Seperti yang saya jelaskan dalam artikel lepas, masalah ini boleh dikurangkan dengan mengunyah makanan sehingga hancur, makan perlahan-lahan dan minum air dengan banyak.
Maksudnya jika seseorang yang tidak boleh makan laksa, bukan hanya ketika dalam pantang atau dalam tempoh setahun selepas beranak. Saya ada kawan yang tidak berapa toleran dengan beras putih. Tetapi dia tidak toleran sepanjang masa, bukan masa lepas beranak saja. Orang yang tidak boleh makan laksa akan mengalami ketidakhadaman sepanjang masa, dan akan mengalami ketidakhadaman akan memakan sebarang makanan yang mengandungi amylose. Maksudnya, beras putih pun tak boleh!
Jadi petua pantang laksa selepas pantang TIDAK TERPAKAI kepada semua orang.
2. Ikan
Selalu ikan yang selalu kita gunakan dalam pembuatan kuah laksa kedah atau laksa pulau pinang adalah ikan selayang/sardine atau ikan kembung. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi protein, omega 3 dan 6, kalsium dan nutrisi yang lain.
Alahan kepada makanan boleh disebabkan oleh histamine. Histamine ini boleh berpunca dari:
a) Badan kita sebagai tindak balas kepada makanan tertentu
Pengeluaran histamine berlebihan oleh badan sebagai tindakbalas kepada makanan tertentu. Antara reaksi alahan adalah selesema, hidung tersumbat, gegata, dan lain-lain. Adakah wujud kumpulan makanan tertentu yang mencetuskan penghasilan histamine berlebihan? Ia sebenarnya bersifat individu dan tidak sama antara satu sama lain. Kita hanya akan tahu setelah kita mengambil makanan tersebut. Jadi, jika anda tiada alahan pada makanan tertentu sebelum bersalin, anda juga tidak akan ada alahan selepas bersalin melainkan untuk individu yang telah disahkan doktor menghadapi masalah tertentu.
b) Pencemaran histamine dalam makanan laut.
Histamine atau scrombotoxin adalah sejenis toksin yang banyak dihasilkan oleh ikan dari keluarga Scombridae dan Scomberesocidae sebaik saja mereka mati. Antara ikan dalam keluarga ini adalah kembung (Rastrelliger kanagurta) dan keluarga ikan tuna. Dengan adanya kaedah penyejukan beku yang efisien, masalah ini sangat jarang berlaku. Pencemaran histamine berlaku apabila kandungan histamine melebihi paras selamat. Bagaimana untuk elakkan hal ini berlaku? Beli ikan segar dan pastikan cold chain terjaga!
Jika anda memang ada alahan, ia ada sepanjang masa bukan hanya ketika selepas beranak.
3. Bunga kantan dan daun kesum
Daun kesum (Persicaria odorata) dari keluarga Polygonaceae mesti ada dalam laksa. Mana sedap kalau tidak ada daun kesum. Daun kesum mengandungi sebatian kimia (Z)-3-hexenal, (Z)-3-hexenol, decanal, undecanal, dan dodecanal yang memberikan aroma daun kesum yang kita kenali.
Bunga kantan (Etlingera elatior) dari keluarga Zingiberacea sering digunakan sebagai perasa dalam laksa. Bunga kantan mengandungi sebatian kimia yang memberikan bau wangi seperti myrcene dan 1,1,-dodecanediol.
Kedua-dua bunga kantan dan daun kesum mengandungi phytonutrient yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Kedua-dua bahan ini mengandungi oligosakarida kompleks seperti kebanyakan sayur-sayuran. Tidak semua orang akan menghadapi masalah penghadaman oligosakarida yang sama. Jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda boleh makan selepas beranak. Saya pernah terang kaitan angin dengan makanan mengandungi oligosakarida di sini:
https://www.facebook.com/cheputeh.osman/posts/2300894409938018
Sekalipun anda mengalami ketidakhadaman dari pengambilan bunga kantan dan daun kesum sebelum beranak. Anda tidak akan kembung, ketidakhadaman, sejuk mengigil dan lain-lain kalau anda tidak menelan daun kesum dan bunga kantan.
Kesimpulannya, jika anda boleh makan sebelum beranak, maka anda pun boleh makan selepas beranak.
KLIK LINK UNTUK ILUSTRASI PENUH DAN SENARAI RUJUKAN.
PS Saya tidak tahu kenapa saya tulis laksa. Saya sebenarnya bukan peminat sebarang jenis mee. Saya makan nasi putih saja. Tapi kalau orang jamu saya makan saja.
sumber : Che Puteh Osman
Bersihkan Udang Galah Jangan Lupa Buang Kantung Najis Di Bahagian Kepala. Tak Reti Bersihkan, Begini Cara Betul!
Ada orang ingat cara membersihkan atau menyiang udang galah memadai sekadar di buang ‘janggut’ udang atau dibelah bahagian belakang udang. Namun itu sebenarnya masih belum selesai proses membersihkan udang galah, andai anda tidak membuang bahagian yang mengandungi kantung najis udang galah tersebut.
Jangan ingat bab membersihkan udang boleh dilakukan sambil lewa dan untuk mengetahui lanjut cara bagaimana untuk membuagkan kantung najis tersebut, jom ikuti perkongsian daripada Syahr Musafir ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapatlah kita bersihkan udang dengan cara yang betul.
Pagi ini pergi pasar tani saya beli udang galah. Ada orang tak reti siang ikan, jadi saya rasa pasti ada orang yang tak tahu siang udang galah sebab cara siang udang galah ini lebih komplikated dan leceh berbanding cara siang ikan. So saya share…
Boleh guna pisau atau gunting, saya lebih suka guna gunting.
Pagi ini pergi pasar tani saya beli udang galah.Ada orang tak reti siang ikan, jadi saya rasa pasti ada orang yang tak tahu siang udang galah sebab cara siang udang galah ini lebih komplikated dan leceh berbanding cara siang ikan. So saya share…Boleh guna pisau atau gunting, saya lebih suka guna gunting.1. Saya mulakan dengan memotong bahagian mata, optional. Saya potong mata sebab saya rasa 'serba salah' udang galah ni macam perhatikan saya tengah potong-potong dia 😅2. Potong bahagian macam tanduk atas kepala dekat dengan mata tadi.3. Potong benda-benda panjang, macam janggut, sepit, tangan dll tu. Untuk memudahkan kerja.4. Potong bahagian macam pipi udang galah. Ada kiri dan kanan.5. Istimewanya udang galah ni, sebab ada gigi. Kena buang gigi. Ada kiri dan ada gigi kanan. Buang kedua-duanya.6. Atas bahagian gigi ada kantung najis. Kan najis udang ada di bahagian kepala. Keluarkan kantung ni. Warna hitam.Settle bahagian kepala.7. Bahagian ekor macam ada 3 bahagian, potong ekor yang tajam di tengah. 8. Tarik tali najis dari situ. Tali najis ini bersambung hingga ke kepala udang. Tarik sampai habis. 9. Bilas dan alirkan air. Sebab kita dah buang kantung najis di kepala dan tali najis melalui ekor, maka bersihlah udang galah kita. Siap!Semestinya siang udang galah besar lebih mudah berbanding siang udang galah kecil. Ok, siap siang udang galah, kita nak masak pula. Menu apa ye nak masak untuk berbuka puasa hari ni…….? Masak udang galah, menu apa sedap? 🤩😍🤗#DapurDrSyahr #SuamiMasak #CaraSiangUdangGalah #KeluargaDrSyahr #MaluNakBuatVideoTapiBuatJugak 25/05/2019
Posted by Syahr Musafir on Saturday, May 25, 2019
1. Saya mulakan dengan memotong bahagian mata, optional. Saya potong mata sebab saya rasa ‘serba salah’ udang galah ni macam perhatikan saya tengah potong-potong dia.
2. Potong bahagian macam tanduk atas kepala dekat dengan mata tadi.
3. Potong benda-benda panjang, macam janggut, sepit, tangan dll tu. Untuk memudahkan kerja.
4. Potong bahagian macam pipi udang galah. Ada kiri dan kanan.
5. Istimewanya udang galah ni, sebab ada gigi. Kena buang gigi. Ada kiri dan ada gigi kanan. Buang kedua-duanya.
6. Atas bahagian gigi ada kantung najis. Kan najis udang ada di bahagian kepala. Keluarkan kantung ni. Warna hitam.
Settle bahagian kepala.
7. Bahagian ekor macam ada 3 bahagian, potong ekor yang tajam di tengah.
8. Tarik tali najis dari situ. Tali najis ini bersambung hingga ke kepala udang. Tarik sampai habis.
9. Bilas dan alirkan air. Sebab kita dah buang kantung najis di kepala dan tali najis melalui ekor, maka bersihlah udang galah kita.
Siap!
Semestinya siang udang galah besar lebih mudah berbanding siang udang galah kecil.
Ok, siap siang udang galah, kita nak masak pula. Menu apa ye nak masak untuk berbuka puasa hari ni…….? Masak udang galah, menu apa sedap?
sumber : Syahr Musafir
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club