Banglo Putih Buat Kucing. Hartawan Ini Sanggup Berhabis Puluhan Ribu Demi Keselesaan Kucing-Kucingnya. Ramai Tak Puas Tengok ‘House Tour’. Cantik Sungguh

Share

Kalau di Hollywood, selebriti Paris Hilton adalah salah seorang pencinta kucing yang sangat terkenal sampaikan dia mempunyai banglo untuk kucing-kucing kesayangannya.

Tapi ramai yang tidak tahu, di Malaysia pun kita ada pencinta kucing yang telah membina banglo khas untuk kucing-kucingnya.

Sejak perkongsian seorang pemuda tular di media sosial, ramai yang kagum dengan bonglo putih yang dikongsikan dalam video miliknya itu. Namun siapa sangka banglo putih yang tersergam indah itu dihuni oleh sekumpulan kucing.

Rakaman yang tular itu dibuat ketika pemuda berkenaan berkunjung ke rumah agam milik sebuah keluarga sempena sambutan Aidilfitri.

Pemilik ‘banglo kucing’ itu, Datin Rauzawani Ab Hadi berkata ia diletakkan di halaman kediamannya di Bachok, Kelantan.

Lebih dikenali sebagai Datin Rauzaa, katanya, pada awalnya kesemua 13 kucing peliharaannya ditempatkan di dalam sangkar, kira-kira enam tahun lalu.

“Banglo kucing ini ada dua tingkat, sebahagian kucing berada di tingkat bawah dan separuh lagi ditempatkan di tingkat atas,” katanya.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

“Tiga tahun lepas saya bercadang untuk menempatkan kesemuanya dalam ‘sangkar’ baru dengan sentuhan kreatif yang kelihatan seperti sebuah banglo.

“Ada tempat kucing tidur dan bermain serta kipas untuk pengudaraan. Banglo kucing ini juga mempunyai tangga untuk kucing-kucing ke tingkat atas dan tingkap kaca untuk dilihat dari luar.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, banglo kucing yang bertemakan Inggeris tersebut merupakan ideanya sendiri kerana suka membela haiwan itu sejak kecil.

“Kos keseluruhan banglo kucing adalah sekitar RM20,000. Luaran saja nampak mewah, di dalamnya seperti sangkar kucing,” katanya sambil menambah kucing yang dibelanya kini berjumlah lima ekor baka Scottish, manakala yang lain dijual dan diberi kepada orang.

“Selain itu, terdapat lampu yang dipasang di luar banglo untuk pencahayaan di waktu malam, dan sekelilingnya didirikan pagar bagi membolehkan kucing-kucing bermain dalam kawasan pada waktu petang,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.

“Saya tengok rumah-rumah anjing mereka cantik, jadi saya fikir kenapa tidak bina yang cantik juga untuk kucing-kucing di rumah.

Menurut Datin Rauzaa, idea untuk membina banglo kucing itu tercetus selepas melihat foto rumah-rumah anjing yang dibela ‘mat salih’, menerusi laman sosial.

Usahawan kosmetik itu menjelaskan bahawa membela kucing-kucing itu memberi ketenangan kepadanya dalam kesibukan dengan urusan kerja dan keluarga.

“Kebiasaannya bibik (pembantu rumah) yang tolong uruskan makan minum dan lain-lain untuk kucing-kucing, tapi saya akan memastikan kebajikan haiwan ini terjaga,” katanya mengenai lima kucingnya yang diberi nama Ressa, Lola, Loly, Jony dan Jeny.

“Bila saya ada masa lapang, saya akan singgah ke banglo kucing ni. Bila tengok rasa tenang, pada masa sama saya rasa kasihan… saya ni memang mudah kasihan tengok haiwan.

Datin Rauzaa yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki memberitahu, sama ada sangkar atau banglo, apa yang lebih penting adalah penjagaan rapi haiwan tersebut.

“InsyaAllah, saya ada niat untuk besarkan lagi banglo kucing untuk buat tempat permainan haiwan-haiwan ini pada masa akan datang. Kiranya macam ubah suai rumahlah,” katanya.

“Jika kita jaga haiwan-haiwan ini dengan baik, insyaAllah ada ganjaran pahalanya. Apatah lagi kita dituntut untuk berbuat baik kepada kucing, jauh sekali menzalimi atau menyakitinya.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club