HomeBeritaBanglo Putih Buat Kucing. Hartawan Ini Sanggup Berhabis Puluhan Ribu Demi Keselesaan...
Banglo Putih Buat Kucing. Hartawan Ini Sanggup Berhabis Puluhan Ribu Demi Keselesaan Kucing-Kucingnya. Ramai Tak Puas Tengok ‘House Tour’. Cantik Sungguh
Kalau di Hollywood, selebriti Paris Hilton adalah salah seorang pencinta kucing yang sangat terkenal sampaikan dia mempunyai banglo untuk kucing-kucing kesayangannya.
Tapi ramai yang tidak tahu, di Malaysia pun kita ada pencinta kucing yang telah membina banglo khas untuk kucing-kucingnya.
Sejak perkongsian seorang pemuda tular di media sosial, ramai yang kagum dengan bonglo putih yang dikongsikan dalam video miliknya itu. Namun siapa sangka banglo putih yang tersergam indah itu dihuni oleh sekumpulan kucing.
Rakaman yang tular itu dibuat ketika pemuda berkenaan berkunjung ke rumah agam milik sebuah keluarga sempena sambutan Aidilfitri.
Pemilik ‘banglo kucing’ itu, Datin Rauzawani Ab Hadi berkata ia diletakkan di halaman kediamannya di Bachok, Kelantan.
Lebih dikenali sebagai Datin Rauzaa, katanya, pada awalnya kesemua 13 kucing peliharaannya ditempatkan di dalam sangkar, kira-kira enam tahun lalu.
“Banglo kucing ini ada dua tingkat, sebahagian kucing berada di tingkat bawah dan separuh lagi ditempatkan di tingkat atas,” katanya.
“Tiga tahun lepas saya bercadang untuk menempatkan kesemuanya dalam ‘sangkar’ baru dengan sentuhan kreatif yang kelihatan seperti sebuah banglo.
“Ada tempat kucing tidur dan bermain serta kipas untuk pengudaraan. Banglo kucing ini juga mempunyai tangga untuk kucing-kucing ke tingkat atas dan tingkap kaca untuk dilihat dari luar.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, banglo kucing yang bertemakan Inggeris tersebut merupakan ideanya sendiri kerana suka membela haiwan itu sejak kecil.
“Kos keseluruhan banglo kucing adalah sekitar RM20,000. Luaran saja nampak mewah, di dalamnya seperti sangkar kucing,” katanya sambil menambah kucing yang dibelanya kini berjumlah lima ekor baka Scottish, manakala yang lain dijual dan diberi kepada orang.
“Selain itu, terdapat lampu yang dipasang di luar banglo untuk pencahayaan di waktu malam, dan sekelilingnya didirikan pagar bagi membolehkan kucing-kucing bermain dalam kawasan pada waktu petang,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.
Ads
“Saya tengok rumah-rumah anjing mereka cantik, jadi saya fikir kenapa tidak bina yang cantik juga untuk kucing-kucing di rumah.
Menurut Datin Rauzaa, idea untuk membina banglo kucing itu tercetus selepas melihat foto rumah-rumah anjing yang dibela ‘mat salih’, menerusi laman sosial.
Usahawan kosmetik itu menjelaskan bahawa membela kucing-kucing itu memberi ketenangan kepadanya dalam kesibukan dengan urusan kerja dan keluarga.
“Kebiasaannya bibik (pembantu rumah) yang tolong uruskan makan minum dan lain-lain untuk kucing-kucing, tapi saya akan memastikan kebajikan haiwan ini terjaga,” katanya mengenai lima kucingnya yang diberi nama Ressa, Lola, Loly, Jony dan Jeny.
“Bila saya ada masa lapang, saya akan singgah ke banglo kucing ni. Bila tengok rasa tenang, pada masa sama saya rasa kasihan… saya ni memang mudah kasihan tengok haiwan.
Ads
Datin Rauzaa yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki memberitahu, sama ada sangkar atau banglo, apa yang lebih penting adalah penjagaan rapi haiwan tersebut.
“InsyaAllah, saya ada niat untuk besarkan lagi banglo kucing untuk buat tempat permainan haiwan-haiwan ini pada masa akan datang. Kiranya macam ubah suai rumahlah,” katanya.
“Jika kita jaga haiwan-haiwan ini dengan baik, insyaAllah ada ganjaran pahalanya. Apatah lagi kita dituntut untuk berbuat baik kepada kucing, jauh sekali menzalimi atau menyakitinya.
Menanam sayur di laman rumah bolehlah dijadika suatu terapi buat yang suka bercucuk tanam. Melihat pokok yang hidup subur menghijau dan dapat pula menikmati hasil tuaian pasti saat yang cukup menggembirakan.
Pun begitu sebagaimana sedia maklum untuk mendapatkan tanaman yang subur perlulah dijaga rapi. Tidak boleh hanya sekadar disiram dengan air semata-mata. Ini berdasarkan pengalaman daripada puan Liyana Mohd Poad yang biasa menanam pelbagai jenis sayuran seperti pokok bendi, bayam, pakchoy dan kailan. Tanaman-tanaman tersebut perlu dibaja mengkut caranya yang betul dan untuk itu jom baca perkongsiannnya di sini.
Ini ‘Jadual’ Pembajaan Yang Dipraktikkan Untuk Pokok Sayur Bendi, Bayam, Pakchoy dan Kailan.
Minggu 1-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 2-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 3-tinja kambing proses setengah sudu kecil.
Ekstra Info
Sebelum tanam anak pokok, gaulkan tanah dengan tinja ayam dulu. Biarkan selama dua hari atau 4/5 hari dahulu supaya tanah sebati dengan baja kemudian baru tanam.Tapi yang guna tanah ready made 6+,8+,10+ ,tanah sawit, tak perlu tunggu beberapa hari, boleh tanam terus, baja letak kemudian. Sebaiknya tanam baja di dalam tanah untuk proses penyerapan yang cepat dan tidak diganggu semut atau lalat.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mendidik anak merupakan satu perkara yang sangat penting dalam dunia parenting. Lebih-lebih lagi jika anak itu masih lagi berusia kecil. Mahu mempunyai anak ini merupakan satu tanggungjawab yang besar dan bukan amanah yang boleh dipermainkan.
Ketika diusia masih kecil, ibu bapa merupakan contoh terbesar yang dipandang oleh anak-anak. Oleh itu mereka sebenarnya mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Jika tidak, dari mana lagi asalnya pembentukkan personaliti mereka?
Tatkala membesar, melakukan kesilapan dalam kehidupan harian merupaka satu perkara yang normal. Apa yang tidak normal adalah apabila anak-anak diketawakan dan diperlekehkan kerana kesilapan yang dilakukan. Sepertinya menyatakan “padan muka” atau mengejek merupakan satu perkara yang amatlah tidak sihat kepada minda si kecil!
Si Manja Kehilangan Keyakinan Diri
Sama seperti kita sebagai manusia akan hilang keyakinan diri apabila diejek akan kesilapan yang telah dilakukan. Cuba bayangkan, kita yang sedang belajar mengenai sesuatu dan kita melakukan kesilapan. Apa perasaannya jika kita diejek dengan kesilapan itu? Malu bukan? Now, bayangkan pula si kecil yang mengalaminya!
Takut Mencuba Sesuatu Yang Baru
Apabila sudah sering dikuasai dengan pandangan diperlekehkan, akan munculnya pula perasaan takut untuk mencuba sesuatu yang lain. Bukan itu sahaja, perasaan ini juga akan menjadi punca kehilangan semangat untuk mempelajari sesuatu!
Murung
Si kecil akan cepat murung dan sukar untuk bergembira. Hal ini kerana mindanya sering terganggu akan perasaan seperti dirinya tidak berguna dan tidak bagus. Yang paling teruk, akan menjadi satu masalah apabila anak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif!
Pendedahan ibu bapa kepada si anak adalah merupakan satu pendedahan yang sangat penting. Oleh itu dinasihatkan kepada anda untuk menjadi ibu bapa yang lebih bijak.
Dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing ketika ini, jalan terbaik adalah untuk kita semua bertindak bijak mendisiplinkan diri melalui sekatan pergerakan ‘lockdown’ kendiri serta mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan.
Memetik daripada laporan berita, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menarik balik tempoh kebenaran dua jam berada di premis perniagaan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sosial dan ekonomi bermula 1 Jun lalu.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, prosedur operasi standard (SOP) masa itu ditangguhkan melibatkan premis perniagan termasuk pasar raya dan kompleks beli-belah.
“Pengguna bagaimana pun masih boleh datang ke premis perniagaan untuk berbelanja cuma jangan ambil masa terlalu lama.
“Ini sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan selain memastikan orang ramai lebih menghabiskan masa di rumah daripada di pasar raya atau kedai yang tidak sepatutnya,” katanya selepas mengetuai Ops Bersepadu Pemeriksaan SOP Akta 342 di Lotus Extra Bercham hari ini.
Sementara itu, Azman turut memaklumkan sebanyak 41 kes membabitkan syarikat atau individu yang gagal mematuhi SOP dengan nilai kompaun RM283,500 sepanjang tempoh pelaksanaan lockdown bermula 1 Jun hingga semalam.
“Kesalahan paling banyak dilakukan oleh sektor peruncitan melibatkan kedai serbaneka yang dibuka di stesen minyak.
“Kedai serbaneka dibenarkan beroperasi bermula pukul 8 pagi tetapi ada yang sudah membuka seawal 6 atau 7 pagi dan menutup lebih lewat daripada waktu yang dibenarkan,” katanya.
Azman turut memaklumkan sebanyak 579, 892 premis sudah diperiksa dan 227 daripadanya dikenakan kompaun sejak pelaksanaan penguatkuasaan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digerakkan pada Mei hingga semalam.
“Berdasarkan statistik, pematuhan dalam sektor perdagangan pengedaran berada pada tahap yang memuaskan di mana sebanyak 98.51 peratus premis patuh kepada SOP ditetapkan,” katanya.
Mak ayah jangan ajar anak minta duit raya walaupun anggap gurauan. Sudah menjadi kebiasaan ketika menjelang Hari Raya, selepas sesi kunjung-mengunjung dan bermaafan, kanak-kanak akan menerima duit raya sebagai tanda keceriaan menyambut bulan yang mulia ini.