Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik sensasi, Joy Revfa yang pernah terpercik dengan kontroversi sekitar 2017 lalu dek perkahwinan keduanya bersama seorang penyanyi ketuhanan putus di tengah jalan.
Reda seketika, namun angin kontroversi kembali bertiup usai , Joy Revfa pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia ini kemudiannya melangsungkan pertunangan dengan jurulatih kecergasan bertubuh ‘sado’ sekitar Mac tahun lalu.
Langit tak selalunya cerah, namun awan mendung pasti berarak berlalu bagi menerbitkan cahaya sinar. Demikian juga perjalanan hidup setiap orang. Ada masanya gelap, ada masanya cerah.
“Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak.
“Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.
“Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah… saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu,” katanya.
“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.
“Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya,” katanya.
“Namun saya anggap ketidaksempurnaan itu lah yang akan menyempurnakan diri sendiri. Tak ketinggalan sokongan, motivasi dan kerjasama padu daripada keluarga dan pasukan di dalam syarikat berikan suntikan semangat setiap hari.
“Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club