Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik sensasi, Joy Revfa yang pernah terpercik dengan kontroversi sekitar 2017 lalu dek perkahwinan keduanya bersama seorang penyanyi ketuhanan putus di tengah jalan.

“Bangkit & ‘Move On’ Demi Anak.” Akur Dengan Ujian Hidup, Joy Revfa Fokus Bisnes, Enggan Toleh Ke Belakang!Dek kerana ini,  hampir setiap inci sisi peribadi ibu kepada Muhammad Arryan Firdaus berusia tujuh tahun ini diintai.

Reda seketika, namun angin kontroversi kembali bertiup usai , Joy Revfa pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia ini kemudiannya melangsungkan pertunangan dengan jurulatih kecergasan bertubuh ‘sado’ sekitar Mac tahun lalu.“Bangkit & ‘Move On’ Demi Anak.” Akur Dengan Ujian Hidup, Joy Revfa Fokus Bisnes, Enggan Toleh Ke Belakang!Yang terindah hanya sementara, demikian juga dengan hubungan mereka juga putus di tengah jalan. Namun, Joy Revfa tidak menjadikan kegagalan tersebut sebagai penamat segalanya.

Langit tak selalunya cerah, namun awan mendung pasti berarak berlalu bagi menerbitkan cahaya sinar. Demikian juga perjalanan hidup setiap orang. Ada masanya gelap, ada masanya cerah.“Bangkit & ‘Move On’ Demi Anak.” Akur Dengan Ujian Hidup, Joy Revfa Fokus Bisnes, Enggan Toleh Ke Belakang!“Saya akur dengan ujian hidup ini. Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti. Pilihan yang ada ialah untuk terus kuat.

“Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak.

“Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.

“Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah… saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu,” katanya.“Bangkit & ‘Move On’ Demi Anak.” Akur Dengan Ujian Hidup, Joy Revfa Fokus Bisnes, Enggan Toleh Ke Belakang!Baru melancarkan koleksi gincu dipanggil BlackRevfa, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin diaju persoalan bagaimana terus bangkit selepas berdepan dengan kemelut hubungan tak berpanjangan.

“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.

Ads

“Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya,” katanya.“Bangkit & ‘Move On’ Demi Anak.” Akur Dengan Ujian Hidup, Joy Revfa Fokus Bisnes, Enggan Toleh Ke Belakang!Tambah Joy yang terkenal dengan tagline ‘Cantik Bukan Lagi Fantasi’, dia tidak menafikan tanggungjawab semakin besar apabila menjadi ibu dan ayah kepada anaknya sekali gus menguruskan empayar perniagaan.

“Namun saya anggap ketidaksempurnaan itu lah yang akan menyempurnakan diri sendiri. Tak ketinggalan sokongan, motivasi dan kerjasama padu daripada keluarga dan pasukan di dalam syarikat berikan suntikan semangat setiap hari.

“Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.“Bangkit & ‘Move On’ Demi Anak.” Akur Dengan Ujian Hidup, Joy Revfa Fokus Bisnes, Enggan Toleh Ke Belakang!“Kita diciptakan untuk mewujudkan kemuliaan Allah SWT dan memanfaatkan kelebihan yang ada dalam diri kita. Percayalah setiap kelebihan bukan ada pada sesetengah orang tapi ada di setiap dalam diri kita. Cubalah cari, anda pasti akan jumpa,” katanya optimis.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI