
Hakikatnya kita sering diuji daripada pelbagai sudut, dan ujian-ujian ini jugalah menyebabkan kita rasakan sesuatu yang menyakitkan hati. Ada yang berasa sedih, marah, benci dan pelbagai emosi negatif lainnya.
Pun begitu, dalam berdepan dengan ujian sebenarnya saat dan ketika itulah banyak menuntut kita bukan hanya untuk bersabar tetapi mendidik hati lebih terbuka berdepan dengan masalah. Andai terus diikut rasa hati, bimbang juga akhirnya badan rosak binasa.
Jadi bagaimana cara sewajarnya untuk seseorang itu segera bangkit daripada melalui saat-saat kepayahan dalam hidup agar diri dan hati tidak terus dirundung duka.
Hal ini dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun untuk panduan bersama.
Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita. Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
➡Kesat air mata tu,
➡Tarik nafas,
➡Zikir, Ya Qawiyy (40x atau sebanyaknya), sudahi dengan doa – Ya Allah Ya Qawiyy Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
➡Zikir, Ya Fattah (40x atau sebanyaknya), sudahi dengan doa – Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
➡ Lepas tu cepat-cepatlah buat kerja, atau apa-apa aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat cara orang berniaga, yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja.
Jatuh itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana allah. Dia sentiasa ada dekat dengan kita. Sangat dekat!
sumber : Asma Binti Harun
”Kelopak Mata Amsyar Sampai Terbelah”, Ibu Ni Kongsi Pengalaman Ngeri Anak Jadi Mangsa Akibat Dicakar Kucing!

Pengalaman yang cukup mengerikan buat wanita ini bila mana anak kecilnya menjadi mangsa cakaran kucing peliharaan mereka.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba di kediaman mereka menyebabkan si kecil ini terpaksa menahan kesakitan dan menerima jahitan pada tempat yang dicakar.
Ikuti pendedahan puan Nor Hidayah Isa akan insiden yang berlaku ke atas anaknya, Amsyar.
Baru ada masa nak update kat fb..tujuan untuk dijadikan kenangan dan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain. Serangan daripada kucing rumah.
.Hari pertama 1 jun 2020..kenangan yang tidak boleh dilupakan.
kami ada pelihara kucing nama grey.hari kejadian sekitar 11pg macam tu.pintu buka tp pintu grill tutup.jadi nampak la kat luar kucing bergaduh lari lalu depan rumah..cepat2 la tutup pintu sebab takut grey lari keluar jugak sebab dia pernah panjat grill tu lari kejar kucing lain dan hilang…sehari kami cari baru jumpa.
Tak nak kejadian sama berulang jadi tutup pintu.tak sangka tindakan saya tu..membuatkan grey marah..amsyar masa tu duduk berdekatan dgn grey dekat depan pintu juga..lepas ja tutup pintu tu berlalu nak duduk di sofa…
lps tu la grey nampak amsyar terus dia terkam kepala amsyar dan gigit cakar semua…benda tu jadi sangat cepat berapa saat ja..bayangkan macam kucing bergaduh tu..betul2 grey buat mcm tu kat amsyar.dakap kepala amsyar mcm musuh dia.
Bila nampak tu terus baling bantal dekat grey..grey lari..tapi grey datang balik macam nk serang lagi..saya ambik bantal tadi pukul grey…sebab geram sangat grey buat macam tu dekat amsyar..tgk amsyar terbaring darah dah meleleh dari mata..masa ni baru perasan..
kelopak mata amsyar terbelah kena cakaran grey..nampak isi terkeluar.dan kesan gigitan di kepala cakaran di dada,belakang kepala,mulut..mengigil tgk luka banyak macam tu…
Amsyar dah meraung raung..Mama pun nangis sama.masa dukung amsyar tu grey macam nak serang lg.kami lari masuk bilik…tutup pintu Call husband suruh balik dia ada kt luar masa tu.nasib dia memang otw balik.
Tak berani keluar bilik dah.tak lama husband sampai.terus ke klinik..baju mama penuh darah..masa tu tekan dgn tisu ja luka kat mata amsyar sebab darah banyak keluar.
Luka dekat kelopak mata Amsyar kena 5 jahitan.Allah pelihara tak kena dalam mata..mungkin dia tutup mata masa serangan tu..jangan kecam saya..saya pun tak tau benda ni nak jadi.
Doakan amsyar cepat sembuh.hari ni bengkak dah surut.mudahan cepat baik Amsyar.mama minta maaf sayang…salah mama..mama x potong kuku grey…
Pesanan saya kalau nak jaga kucing pastikan kuku di potong,vaksin,dan kasi…nasib baik kami vaksin grey..kalau tak mungkin jangkitan kuman dekat luka lebih teruk.
Peningkatan Covid-19, Pm Umum Perintah Kawalan Pergerakan Selama 2 Minggu. Taska, Sekolah & IPT Antara Yang Terbabit!

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu ini, 18 sehingga 31 Mac di seluruh negara. Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Berikut ucapan Penuh PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.
Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.
Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.
Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.
Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.
Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.
Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara.
Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T.
Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dah Start Makan Tak Boleh Berhenti, Rasanya Memang Padu. Wanita Ni Kongsi Resipi Biskut Nestum Dari Mak Mertua!

Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut raya berasaskan konflake atau pun nestum, boleh mencuba resipi yang satu ini. Menurut Aishah, resipi yang dikongsikan ini adalah merupakan resipi turut temurun dan sangat digemari ramai.
Bahkan menurutnya, dulu masa arwah opah (ayah mentua punya mak) ada, opah mesti suruh mak mentua buat biskut nestum ni, buat berbalang-balang. Pastu opah simpan bawah katil, siapa-siapa yang nak, kene jumpa opah dulu, dia bagi sorang satu je, punya nak jimat sebab tak nak habis cepat.
Jadi untuk yang ingin mencuba resipi ini, di sini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.
Hari ni saya nak share resepi BISKUT NESTUM mak mentua saya.. biskut ni mesti ada tiap kali raya.. biskut ni orang dulu2 je kenal kot, orang sekarang tak tau la kenal ke tidak.. kalau sekali pandang, mesti orang akan ingat biskut kelapa.
Biskut ni pon ada cerita jugak.. dulu mase arwah opah (ayah mentua punya mak) ada, opah mesti suruh mak mentua buat biskut nestum ni, buat berbalang-balang, pastu opah simpan bawah katil, siapa-siapa yang nak, kene jumpa opah dulu, dia bagi sorang satu je, punya nak jimat sebab tak nak habis cepat…
Eh, biskut ni rasa dia unik tau, kalau dah start makan, mesti tak boleh berhenti.. siapa suka and pernah makan biskut ni? kalau yang belum rasa, meh sini saya kongsikan resepi BISKUT NESTUM ni…
Bahan-bahan:
1 kotak kecil cornflakes
1 tin kecil nestum
1 cawan penuh planta
6 sb madu
3/4 cup gula
*mesti guna cawan yang sama untuk sukatan.
*resepi ni untuk yang baru nak cuba buat..
selamat mencuba…
Cara Buat :
Ramas cornflakes sampai hancur, jangan telalu halus, nanti bile dah bakar, tak dapat tekstur rangup tu.
Ni hasil cornflakes setelah diramas.
Cornflakes yang telah dicampur dengan nestum.
Satukan planta, madu dan gula. Kacau sampai sebati je,bukan nak bagi hancur.. kacau guna senduk kayu ye, jangan pakai wire whisk macam saya.
Dah sebati, campurkan dalam nestum dan cornflakes tadi.
Lepastu, gaul dengan tangan sampai nestum tadi tak berderai dan basah-basah.. andai kata masih nampak bederai dan kering, boleh tambahkan planta dan gula.
Ok,ni cara nak letak dalam acuan. kena tekan sampai padat, kalau tak nanti bila keluarkan dari acuan, dia bederai..
Bakar pada suhu 180°c, selama 6minit, api atas bawah
yeayyy,siap dah…
~~serbuk2 yg jatuh2 tu boleh campur balik dalam bancuhan tadi, masukan balik je, boleh guna lagi.. kalau ade yang tak jadi pon, boleh campur juga dalam bancuhan tadi, gaul je balik.. takmembazir kan..
Ni yang dah siap susun dalam bekas.
Sumber : Aishah Hasan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club