“Bangga Sifat Prihatin Tuanku, Mengalir Air Mata Sebak.” Agong Lawat Kawasan Banjir, Warganet Titip Doa!

Share

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk bersama-sama turun padang melihat kawasan banjir yang melanda Pahang.

Sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata. Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut.

Terbaru pasangan DiRaja yang menjadi kesayangan rakyat ini turun padang melihat kawasan yang dilanda banjir bersama, meredah jalan yang dinaiki banjir

semalam tengku mahkota ke benta ,raub Hari ni permasuri & tuanku ke pekan …hebatnya ❤️semua turun padang…

tuanku masih segar dalam ingatan banjir pada tahun 2009, tuanku dan anak anak mencemar duli di sek keb permatang keledang pekan untuk melawat dan memasak untuk mangsa mangsa banjir. ketika itu tuanku bawa anak anak beri sumbangan. seronok sungguh tengok diorang hulurkan sumbangan. bagus sungguh didikkan agong dan tuanku dalam membesarkan anak anak, supaya sentiasa dekatkan dan beramah mesra bersama rakyat.

Itu antara pujian dan penghargaan dari rakyat kepada pasangan DiRaja ini menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Tunku Azizah menerusi laman instagramnya.

Perkongsian Tunku Azizah mendapat reaksi warganet, rata-rata memuji keprihatinan Keluarga DiRaja ini yang sentiasa turun padang memberi sokongan buat rakyat di dalam kesusahan.

tokmariam Ya Allah…berani nya Tuanku…..be careful…..staysafe
fatimahnuman Allahu seronok betul dpt pemimpin mcm ni. alhamdulilah
yeeru.vu Raja berjiwa rakyat.. semoga orang2 pahang dilindungi Allah.. aamiinn
mumycha Hati-hati tuanku.. semoga Allah sentiasa melindungimu.. Aamiin ya Allah.. 🤲🤲
Mengalir air mata sebak
naezadamha Ya Allah lindungilah la Raja dan Permaisuri kami.. Ampun tuanku..
datohjsatar Allah pelihara RAJA KAMI ya Allah mulia sungguh hatinya …
zaitunrashid Mgalir airmata sebak tgok kbaikan Raja dn Permaisuri kita snggup turun mlihat rakyat😢 Smoga Allah kurniakn ksihatan yg baik buat Raja dn Permaisuri kita serta sluruh ahli kluarga Baginda.Aamiin🤲❤️