“Bangga Sebagai Anak, Abah Kerja Tak Kira Waktu..”-Anzalna Titip Kata Semangat Buat Bapa!

Share

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja berita yang agak mengejutkan diterima berikutan pemecatan Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Bahkan bapa kepada pelakon Anzalna Nasir  juga akui terkejut selepas menerima surat penamatan perkhidmatan tersebut dan turut merasakan dirinya dizalimi.

Sebagai anak, Anzalna tepat menyifatkan bapanya sebagai seorang yang begitu komited untuk memartabatkan industri filem tempatan.

Menurut Anzalna di akaun Instagramnya lagi, selain keluarga, masih ramai orang di uar sana yang menghargai segala usaha bapanya sepanjang memegang tampuk kepimpinan FINAS.

“Bangga sebagai anak. Abah amat prihatin soal pembangunan industri filem tempatan. Kerja tidak pernah mengira waktu.

“Ramai yang memuji abah tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi abah ketika ini.

Pada masa yang sama Anzalna juga turut reda dengan ujian yang menimpa ayahnya, meskipun begitu tetap positif dan yakin pasti ada hikmah yang tersendiri daripadaNya.

“Tetapi setiap kepayahan atau kesusahan, Allah akan balas dengan kemanisan jua akhirnya, apatah lagi bila abah ikhlas dalam kerjaya. Im always here for you dad.. I LOVE YOU, YOU ARE THE BEST!

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club