Pengorbanan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak sehingga besar tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.
Kerana itu, anak-anak harus menghargai dan melayani ibu bapa sebaiknya lebih-lebih lagi mereka sudah semakin tua dan memerlukan perhatian.
Biar bagaimana sekali pun pekerjaan yang ibu bapa lakukan, anak-anak seharusnya berbangga kerana dari titik peluh ibu bapa mereka mampu membesar dan berjaya.
Menerusi satu perkongsian, pelakon cantik manis Reen Rahim mengakui tidak malu dengan status dan pekerja ibu bapanya.
Keluarga saya sederhana je tapi kitorang best. Sumpah dari sekolah saya tak pernah kesah baba hantar dan ambil saya sekolah naik motor walaupun kadang baba penat baba comot.
“Saya bangga dia datang. Orang lain mak bapa kaya-kaya, mewah-mewah kereta datang ambil anak-anak.
“Entah memang dari kecil saya bangga gila kalau ibu bapa saya datang walau pun naik van tin biskut.
Jelasnya lagi, sebagai anak, harus menghargai dan menjaga ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan anak-anak.
“Adik-adik jangan ikut sangat dunia tipu-tipu ni. Ukur baju badan sendiri, jangan pura-pura tipu acah-acah hot acah-acah class, acah-acah kaya tapi nothing!
“Jadilah diri sendiri, jangan pentingkan diri paksa mak ayah untuk dapat kan apa yang kawan-kawan awak dapat, usaha sendiri
“Kalau ibu bapa kita, Allah S.W.T uji mereka untuk hidup tahap tu je, tak apa. Tanam dalam hati satu hari nanti aku akan bagi apa yang aku nak tu pada dorang, biar dorang yang bangga dengan kita.
“Sikit lagi… Saya nak jaga dorang macam mana dorang jaga saya dulu, tak payah fikir kerja duit, semua siap, hantar kan beramal je. Doakan.
Sumber: reenrahim