Bandingkan Menantu Ikut Kerja & Gaji, Ustaz Elyas Dedahkan 3 Jenis Mentua Bermasalah. Moga Dijauhkan!

Share

Bila bercerita tentang mentua, tidak dinafikan ramai menantu takut kalau dapat mentua yang banyak ragam. Lagi-lagi untuk menantu perempuan dan hidup sebumbung pula. Macam-macam yang dibimbangkannya.

Kalau boleh biarlah dapat mentua yang baik hati dan dapat menerima kehadiran diri dengan seadanya.

Itu satu kebiasaan yang yang diharapkan oleh semua menantu wanita.

Lantaran itu, perlu diingat suatu hari nanti diri kita juga akan menjadi mentua pada seseorang juga. Sebaiknya persiapkan diri untuk kita pula menjadi mentua yang baik dan elakkan diri daripada menjadi mentua yang bermasalah.

Ini sebagaimana menurut perkongsian di TikTok, Ustaz Elyas Ismail ada mengulas lanjut berkenaan ada 3 jenis mertua paling bermasalah, semoga ianya menjadi panduan bersama.

3 Jenis Mentua Paling Bermasalah

Beliau mendedahkan ada 3 jenis mentua yang disifatkan sebagai bermasalah di dalam video yang dikongsikannya itu.

Pertama :  Mentua yang bersikap pilih kasih dan gemar membandingkan anak menantu berdasarkan status kerja serta tangga gaji. Jika pendapatan tinggi, maka layanan baiklah yang akan diberikan namun jika gaji sederhana maka lebih kurang sahaja layanan diberikan.

Kedua :Mentua jenis mata duitan, memandang dikalangan menantu-menantu yang mana banyak duit dan banyak harta. Barulah dia suka dan baik.

@ustazelyasismail Memang sedih kalau ada mertua jenis macam ni..#fyp #foryourpage #fypシ #keluarga #suamiistri ♬ Kiss the Rain – Elise Bechstein

Ketiga : Mentua yang suka mengongkong, semua benda hendak di kawal padahal dalam hidup anak menantu biarlah mereka yang buat keputusan. Mentua sepatutnya sekadar bagi idea, cadangan sahaja.

Selain itu dalam sebuah video lain, pendakwah ini juga berkongsikan tentang jenis-jenis mak ayah yang dengki melihat kebahagiaan anak menantu sendiri. Tatkala rumah tangga anak-anak bermasalah, mereka semakin galak memburukkan keadaan sehingga mengundang kemudaratan lain.

@ustazelyasismail Susah hidup anak menantu kalau mak ayah macam ni..moga dijauhkan jadi mak ayah seperti 3 ini#fypシ #fyp #foryourpage #suamiistri #keluarga ♬ Kiss the Rain – Richard Abel

Semoga kita dijauhkan daripada perangai buruk ini.

Sumber : @ustazelyasismail

Saksikan sepanjang minggu ini bermula 7 hingga 11 Februari di fb keluargamagazine setiap jam 2.30 petang.

Bersama kita tambah ilmu berkenaan kesihatan keluarga #rawatdiri bersama  doktor pilihan.

Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.

 

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.