“Bandingkan Keluarga Belah Suami Vs Isteri” Ustazah Asma Harun Senarai 12 Pesanan Kena Elak Waktu Raya!

Share

Hari Raya sudah pun tiba, tua muda pasti raikannya dengan penuh gembira bersama keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai. Namun disebalik keseronokkan itu, haruslah berpada-pada dan beringat supaya tidak berlaku perkara yang tidak baik.

Justeru, pendakwah bebas Ustazah Asma Harun berkongsi 12 pesanan yang perlu dielak pada Syawal ini.

1. Elak komplen sepah sana sini, debu sana sini, tak siap itu ini. ditujukan pada anak yang duk sama dengan mak ayah. Syukur mereka jadi wakil jaga mak ayah, bebel dalam hati je, pastu pakat la kemas dan buat apa yang patut.

2. Elakkan sangat bandingkan keluarga belah suami vs keluarga belah isteri, bab selesa, layanan, kesibukan, makanan, duit raya dan lain-lain.  Perbezaan kelurga bukan titik perpecahan, tapi menoktahkan sefahaman. Gaduh raya jangan lama-lama.

3. Elak pergaulan bebas dalam keluarga, halal itu jelas, haram itu jelas. Ipar duai & sepupu sepapat berlainan jantina. memang rasa dekat, tapi tetap tak boleh bersentuh, bertepuk tampar, & wajib pelihara aurat. Biarlah raya bersyariat

4. Jangan, jangan bawa sikap malas ke kampung, simpan kat rumah sendiri je. Buat-buat rajin pun takper, sendiri makan minum sendiri basuh, sendiri ke dapur tanpa diajak, sendiri mengemas, kalau tak. kamu tu bikin orang rimas!

5. Elakkan mengumpat dan mengata, tak puas hati sana sini, dalam ramai-ramai memang akan ada perangai yang menyakitkan mata dan hati, tapi nak betulkan orang saat baru bertemu memang susah, so doakan dalam hati dan abaikan. Bo layan jer.

6. Jangan dibiar anak meminta duit raya, mengira duit raya, membanding duit raya depan. Didik =

1.Ucap terima kasih
2. Senyum tunjuk gembira
3. Doakan “semoga murah rezeki yang barakah”
4.Terus simpan

7. Janganlah asyik dengan PHONE! Raya dah datang, nak tunggu bila lagi, inilah waktunya pulikan dan mesrakan hubungan Suami Isteri & anak-anak, Ibu Ayah & adik beradik. Jangan duk hubung yang jauh, yang dekat buat tak nampak!

8. Janganlah duhai anak, sesama adik beradik bermasam muka serba tak kena, sebenarnya ibu ayah yang akan terluka, ingatlah memori zaman kecil membesar bersama, ibu ayah rinduuu nak kembali zaman dulu, gaduh kejap je, mudah kembali bersatu.

9. Elakkan duhai Ibu Ayah bandingkan antara anak hingga layanan berbeza, berdasarkan hadiah atau duit raya, semua rezeki tak sama, kasih sayang cuba kasi rata. Jika ada yang susah, bantulah jika mampak anak cucu sendiri juga yang gembira

10. Elakkan membazir, ambik banyak rasa sikit, sentuh hidu tapi tak makan, makanan berlambak jadi takde nilai, kesan Ramadhan langsung takde perubahan, amaran Than jangan jadi saudara syaitan. Orang miskin sambung kelaparan

11.Jangalah duhai wanita, bersolek dan pakai emas berlebihan, pakai busana menjolok mata, ketat sendat melekat, iri kanan malaikat mencatat, jangan sebulan ramadhan hilang berkat, Syawal pula jadi musim musibat.

12. Jangan sebab raya raya raya, sampai tinggal SOLAT, sibuk penat layan tetamu, sibuk penat berjalan, savang nak bersihkan makeup, suami pun tak bertegas, satu keluarga dimurkai Allah. RAYA kita nak bahagia dunia Akhirat.

Sumber : Gempak