Perkongsian pendakwah bebas Ustaz Zulhazwan Ismail berpisah nyawa dengan ibunya, Norjahan Nahoon Ghanny, 58, yang meninggal dunia di Madinah dua minggu lalu membuatkan ramai sebak.
Diberikan kesempatan sebagai mutawwif ibunya sebelum dijemput Ilahi, kongsi Ustaz Zul, sukar untuk dirinya mengungkapkan kata-kata selepas pemergian ibunya tersayang.
“Syukur mak selesai buat umrah dan semalam mak ziarah Rasulullah SAW dan malam tadi mak dijemput oleh Allah SWT dihadapkan saya dan sahabat-sahabat jemaah.
“Rezeki abang dapat khidmat jadi mutawwif untuk mak bagi perjalanan terakhir mak di bumi Makkah dan Madinah…inilah hadiah terbesar Allah buat mak dijemput di bumi Madinah dimana adanya kasih Rasulullah SAW.
“Ya Allah terima kasih hadiahkan mak dikebumikan di bumi Madinah. Suka sedih semua perasaan bercampur tak tau nak luahkan dan gambarkan mana hanya Allah yang mengetahui hati ini..
“Macam tak percaya balik Malaysia tanpa mak bersama terpisah antara Malaysia dan bumi madinah..
“Insya-Allah ramai yang mendoakan mak rehat dan damai lah mak setelah bersusah payah saat hidup di dunia kini dibumi madinah tenanglah di sisi Rasulullah SAW,” coretnya bersama beberapa hantaran video di Instagram.
Video yang kembali tular di media sosial itu turut memaparkan momen-momen terakhir Ustaz Zul bersama arwah ibunya sebelum disemadikan di kota suci itu.
Malah, doa serta ucapan takziah turut membanjiri ruangan komen akaun media sosial Ustaz Zul.
Sumber : Instagram @zulhazwan_ismail