Hubungan

Balik Kerja Rumah Berselerak. Jangan Komplen, Spoil Mood Isteri! Mungkin Dia Tengah ‘Burnt Out’

Share

Pernah tak satu tahap, rela ‘pejam mata’ buat-buat tak nampak kerja rumah yang masih belum dibereskan sebab rasa penat sangat?

Haaa…. Sabar ye sis semua! Normal tau semua tu. Sebabnya… Tak terkejar atau tak pernah habis kerja kat rumah. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil, pusing sana pusing sini, kemas sana kemas sini, tup tup sepah balik!

Dah penat urus rumah, bila suami balik tengok rumah tak terurus dan mula memerli, tak pasal main emosi pula! Haaa. Sebelum suami nak ‘berleter’ macam-macam, cer bagi mereka baca ni, perkongsian dari Super Daddy Khairul Abdullah ni. Mesti tak terkeluar segala hujahannya tu!

Aku ni dah 2 minggu tak kemas rumah. Jadi pengurus rumahtangga ni adalah sejenis kerja berat yang drained your energy, physically dan mentally.

Rumah aku dah berselerak yakmat. Lantai melekit, sofa berconteng dan segala jenis sisa dok ada, baju penuh berlonggok dalam bakul, bilik tidur bersepah kemain, bilik air pun aku cuci sinki dan toilet jer.

Penat. Penat sampai aku tutup aku punya deria dan sensori untuk rasa tak selesa, kotor dan macam-macam. Asalkan lipas dan tikus besar tak datang, aku ok jer.
Burnt out weh. Burnt out.

Apa benda burnt out tu?

Ia adalah sejenis keletihan melampau akibat tugas yang banyak dan kerja yang berlebihan.
Siapa kata kerja duduk rumah, memvakum, mengemop, sapu sawang, menyiang ikan, memotong bawang, memasak, mengemas katil, mengemas lego, mendobi, melipat kain baju, menggosok baju, menyiram pokok, menukar lampin, memandikan anak, hantar anak sekolah, ambik anak sekolah, buat susu, cuci botol, suap makan, mengajar, menempik, melaung, menjerit, menangis itu semua adalah kerja mudah dan tidak penat?

Korang cuba rasa sendiri maka tahulah yang it was never easy. Mujurlah aku ni seorang diri. Takde isteri nak komplen. Kalau pengurus rumahtangga yang lain? Mesti suami bising kan? Apalah lantai melekit ni, kenapalah ada biskut kat sofa ni. Kenapa penuh serbuk dan sisa kat karpet ni. Kenapa sakit sangat terijak lego ni, dan macam-macam lagi.

Jangan marah bila sesekali rumah bersepah, tawar diri bantu isteri

Gais, kalau balik rumah dan perasan rumah berselerak maka ketahuilah olehmu yang isterimu itu tu tengah burnt out. Jadi, bantulah. Kalau tak just diam sahaja, jangan komplen.

Paling bagus, kutiplah toys tu, angkatlah kain di jemuran tu, cucilah toilet dan bilik air tu. Anak-anak tu kejar semua ke bilik air dan mandikan dan siapkan. Dan ajaklah isteri keluar makan di luar.

Atau, memandangkan Covid yang masih berleluasa ni maka order jelah online. Namun kalau sedang berjimat cermat maka suruhlah isteri masak kalau diri sendiri tak pandai. Tapi syaratnya yang lain kena bantulah.

Janganlah tengok dia yang nak senyum tu pun tak berapa terdaya dan kita pergi tambah lagi beban dia.

Dah suruh dia masak sedap-sedap, jangan lupa taruh belacan lah itulah inilah. Lepas tu di layan kita macam raja, siapkan air basuh tangan, siap sendukkan nasi tambah, siap tuangkan air minuman dan tunggu kita makan sampai kenyang sambil dia uruskan dan suapkan makan anak-anak. Kita pulak lepas makan sedap-sedap tinggal jer pinggan tu atas meja.

Hmmm. Hati perut simpan kat mana entah?

Kalaupun selama ini memang kita jenis dapat layanan begitu, dah memang gitu cara kita suami isteri melayan dan dilayan, tapi bila nampak isteri tengah burnt out, maka kita take over lah pulak.

Seksa weh, jadi surirumah dengan anak-anak kecik ni. Aku dah 2 tahun buat semua ni sorang diri. Aku tahu lah betapa sukarnya. Sampai pandai bersilatlah semua mak-mak ni, semua jurus dia tahu.

Selalunya isteri ni memang redha bila jadi suri rumah dan buat segala macam kerja sebab ada yang rasa itu memang tugas dia. Sebab dia tak bekerja di luar, jadi kerjanya di rumah. Itulah perkahwinan, bantu membantu. Suami di kerja cari duit, dia di rumah uruskan semuanya.

Namun jangan ambil kesempatan.

Jangan sesekali kita perlekehkan isteri bila dia mengadu penat. Jangan sesekali kita keluarkan ayat:

“Eleh, kerja duduk rumah pun penat sangat ke?”

Kalau kita keluar ayat begitu maka kita telah hina isteri dan pekerjaan dia.

Aku yakin hampir semua isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa ni sanggup jer bertukar kerja dengan suami dia. Biar dia keluar pagi balik malam kerja di pejabat, dan kita terhegeh-hegeh nak tukar lampin anak yang beraknya dah busuk sampai bau ke rumah jiran sebelah.

Waktu tu baru kita tahu langit tinggi rendah. Kalau kita nak jadi raja, maka layanlah isteri macam permaisuri.

Haaa gituuuu.