Pernah tak satu tahap, rela ‘pejam mata’ buat-buat tak nampak kerja rumah yang masih belum dibereskan sebab rasa penat sangat?
Haaa…. Sabar ye sis semua! Normal tau semua tu. Sebabnya… Tak terkejar atau tak pernah habis kerja kat rumah. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil, pusing sana pusing sini, kemas sana kemas sini, tup tup sepah balik!
Dah penat urus rumah, bila suami balik tengok rumah tak terurus dan mula memerli, tak pasal main emosi pula! Haaa. Sebelum suami nak ‘berleter’ macam-macam, cer bagi mereka baca ni, perkongsian dari Super Daddy Khairul Abdullah ni. Mesti tak terkeluar segala hujahannya tu!
Aku ni dah 2 minggu tak kemas rumah. Jadi pengurus rumahtangga ni adalah sejenis kerja berat yang drained your energy, physically dan mentally.
Rumah aku dah berselerak yakmat. Lantai melekit, sofa berconteng dan segala jenis sisa dok ada, baju penuh berlonggok dalam bakul, bilik tidur bersepah kemain, bilik air pun aku cuci sinki dan toilet jer.
Penat. Penat sampai aku tutup aku punya deria dan sensori untuk rasa tak selesa, kotor dan macam-macam. Asalkan lipas dan tikus besar tak datang, aku ok jer.
Burnt out weh. Burnt out.
Apa benda burnt out tu?
Ia adalah sejenis keletihan melampau akibat tugas yang banyak dan kerja yang berlebihan.
Siapa kata kerja duduk rumah, memvakum, mengemop, sapu sawang, menyiang ikan, memotong bawang, memasak, mengemas katil, mengemas lego, mendobi, melipat kain baju, menggosok baju, menyiram pokok, menukar lampin, memandikan anak, hantar anak sekolah, ambik anak sekolah, buat susu, cuci botol, suap makan, mengajar, menempik, melaung, menjerit, menangis itu semua adalah kerja mudah dan tidak penat?
Korang cuba rasa sendiri maka tahulah yang it was never easy. Mujurlah aku ni seorang diri. Takde isteri nak komplen. Kalau pengurus rumahtangga yang lain? Mesti suami bising kan? Apalah lantai melekit ni, kenapalah ada biskut kat sofa ni. Kenapa penuh serbuk dan sisa kat karpet ni. Kenapa sakit sangat terijak lego ni, dan macam-macam lagi.
Ads
Jangan marah bila sesekali rumah bersepah, tawar diri bantu isteri
Gais, kalau balik rumah dan perasan rumah berselerak maka ketahuilah olehmu yang isterimu itu tu tengah burnt out. Jadi, bantulah. Kalau tak just diam sahaja, jangan komplen.
Paling bagus, kutiplah toys tu, angkatlah kain di jemuran tu, cucilah toilet dan bilik air tu. Anak-anak tu kejar semua ke bilik air dan mandikan dan siapkan. Dan ajaklah isteri keluar makan di luar.
Atau, memandangkan Covid yang masih berleluasa ni maka order jelah online. Namun kalau sedang berjimat cermat maka suruhlah isteri masak kalau diri sendiri tak pandai. Tapi syaratnya yang lain kena bantulah.
Ads
Janganlah tengok dia yang nak senyum tu pun tak berapa terdaya dan kita pergi tambah lagi beban dia.
Dah suruh dia masak sedap-sedap, jangan lupa taruh belacan lah itulah inilah. Lepas tu di layan kita macam raja, siapkan air basuh tangan, siap sendukkan nasi tambah, siap tuangkan air minuman dan tunggu kita makan sampai kenyang sambil dia uruskan dan suapkan makan anak-anak. Kita pulak lepas makan sedap-sedap tinggal jer pinggan tu atas meja.
Hmmm. Hati perut simpan kat mana entah?
Kalaupun selama ini memang kita jenis dapat layanan begitu, dah memang gitu cara kita suami isteri melayan dan dilayan, tapi bila nampak isteri tengah burnt out, maka kita take over lah pulak.
Seksa weh, jadi surirumah dengan anak-anak kecik ni. Aku dah 2 tahun buat semua ni sorang diri. Aku tahu lah betapa sukarnya. Sampai pandai bersilatlah semua mak-mak ni, semua jurus dia tahu.
Ads
Selalunya isteri ni memang redha bila jadi suri rumah dan buat segala macam kerja sebab ada yang rasa itu memang tugas dia. Sebab dia tak bekerja di luar, jadi kerjanya di rumah. Itulah perkahwinan, bantu membantu. Suami di kerja cari duit, dia di rumah uruskan semuanya.
Namun jangan ambil kesempatan.
Jangan sesekali kita perlekehkan isteri bila dia mengadu penat. Jangan sesekali kita keluarkan ayat:
“Eleh, kerja duduk rumah pun penat sangat ke?”
Kalau kita keluar ayat begitu maka kita telah hina isteri dan pekerjaan dia.
Aku yakin hampir semua isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa ni sanggup jer bertukar kerja dengan suami dia. Biar dia keluar pagi balik malam kerja di pejabat, dan kita terhegeh-hegeh nak tukar lampin anak yang beraknya dah busuk sampai bau ke rumah jiran sebelah.
Waktu tu baru kita tahu langit tinggi rendah. Kalau kita nak jadi raja, maka layanlah isteri macam permaisuri.
Haaa gituuuu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Jasmin Hamid berkongsi pengalaman terkena serangan jantung menerusi aplikasi TikTok.
Jujur mengakui dirinya tidak sangka akan diri mengalami penyakit yang digeruni itu memandangkan dia mengamalkan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
“Saya berlapang dada dan menganggap ini adalah ujian daripada Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh dan boleh keluar hospital secepat mungkin,” kata pelakon berumur 48 tahun ini.
Jasmin Hamid sebelum ini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di sini, selepas mengalami serangan jantung.
“Dada terasa berat seperti dihempap batu, kalau lambat ke hospital saya mungkin terkena serangan strok”.
“Selepas berjumpa Datuk Eizlan Yusof, saya sedang mengemas di dapur. Kemudian saya mula rasa kurang selesa seperti hendak pitam, yang mana tangan, muka dan rahang terasa kebas. Manakala kepala dan perut saya juga terasa sakit.
“Saya terus masuk ke dalam bilik kerana suami dan anak sudah tidur. Takut apa-apa terjadi saya berseorangan di ruang tamu. Peluh dingin sudah membasahi seluruh tubuh.
“Kemudian saya cuba tidur namun tidak mahu lelap. Saya makan ubat kerana mula rasa sakit-sakit badan kerana sebelum ini saya terkena ‘diarrhea’.
“Rupanya saya terlupa, arwah mak saya dulu dia sakit perut. Rupanya itu adalah tanda-tanda sebelum terkena serangan jantung,” kata Jasmin yang berkongsi pengalaman tersebut menerusi aplikasi TikTok.
Kebanyakan peminat mendoakan kesejahteraa dan kesembuhan pelakon itu.
“Saya tidak suka tinggal di hospital, terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan saya kembali pulih. Suami hanya boleh berada di sisi ketika waktu melawat saja.
Terdahulu, berita itu dikongsikan suami Jasmin iaitu Nazmir Abd Rahim, 36, menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram Jasmin memohon orang ramai dan pengikut pelakon itu sama-sama mendoakan kesihatannya kembali pulih.
Jasmin dan Nazmir yang juga pembantu peribadinya melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), pada 19 November tahun lalu selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Jika dilihat kehidupan anak-anak kita pada masa ini, tidak keterlaluan dikatakan semuanya ‘melekat’ bermain gajet. Jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan kita zaman kanak-kanak dahulu.
Boleh dikatakan macam-macam aktiviti kita lakukan, selain bermain kita juga akan membantu ibu ayah melakukan kerja rumah dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang mudah. Apa yang pasti bukannya ‘terperap’ di dalam bilik.
Pun begitu melalui perkongsian di laman tiktok, @mfs_bengkelbesi ada berkongsi video berkenaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin membuat kerja-kerja dan turut membantunya mengecat meja.
Sebagai ganjaran, anak kecil ini mahu usahanya itu dibayar dengan beras dan bukannya wang ringgit. Kerana baginya dengan beras dapat makan ramai-ramai bersama ahli keluarga.
Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.
Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.
Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”
“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.
“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.
Meninjau diruangan komen, ramai mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki. Bahkan ramai memuji dan tidak menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.
Nak rumah kelihatan mewah dekorasinya tidak semestinya memerlukan bajet yang tinggi. Jika rajin dan kreatif tentu semuanya menjadi.
Salah satu cara nak buat ruang rumah yang sempit menjadi luas adalah dengan cara menggunakan cermin.
Penggunaan cermin berupaya memberi refleksi meningkatkan kadar cahaya dalam bilik lebih luas dan terang.
Dengan itu, perkongsian ini sungguh inspirasi menggunakan cermin di kedai Eco sebagai feature wall. Hanya menggunakan cermin harga RM2.10 sahaja rumah terus kelihatan mewah.
Cermin dari Kedai ECO RM2.10 je. Spray SparklingGold dari Mr. DIY.
So, lepas siap wainscoting haritu, saya tambah lagi seri kat wall. Tampal cermin ECO kat atas wainscoting. Terus nampak lagi woww!
Process menampal agak mencabar, sebab wall tak berapa lurus.
Tapi puas hati bila dah siap.
Selamber je susun kat kedai Eco. Saya guna 18 keping untuk bagi nampak besarProcess spray cat. Jemur semalaman bagi cat meresap masukNi spray dia. Color dia so cantikkSusun dulu sebelum tampal kat wall.Dah siap!
Nampak mewah cermin walaupun pada harga RM2.10 aje. Selamat mencuba!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.